SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 26 Februari 2009

MENYILAU TARINGKU, hooooi!!! nak kena orang tua ni!!!!

Di Parlimen kelmarin, Karpal Singh menuduh bahawa dua biji peluru yang dihantar dengan pos kerumahnya adalah dilakukan oleh pemuda UMNO. Hatiku tersangatlah sakit mendengar tuduhan tersebut. Beliau menggunakan kelayakan KEKEBALAN selaku Ahli Parlimen untuk meluahkan kata-kata sedemikian di dalam institusi mulia tersebut. Jika kata-kata tersebut diluahkan dipohon tangga rumahku, nescaya kepala Karpal Singh akan tercerai dari badannya.
Yang itu aku sangat pasti. Aku ada perang semurai yang ku beli ketika aku membuat lawatan ke Jepun suatu masa dulu. Sangat sesuai diguna untuk memenggal leher Karpal Singh yang suka membuat provokasi kepada kaum ku yang sangat tulin sebagai Malaysian.

Bukan seperti Karpal Singh yang hanya beberapa ketika lalu memiliki status kewarganegaraan Malaysia ini.

Selaku Pengerusi DAP rakan PAS dan PKR dalam gabungan Pakatan Rakiyat, ucapan sebegitu juga mengambarkan pandangan dan pendapat DAP dan sebahagian PKR dan semua PAS. Pendirian PAS dalam hal ini sangat menjijikkan. Tidak ada apa satu komen walaupun menyangkut soal bangsanya melayu dan agamanya islam. Yang utama kepada PAS yang disokong oleh Kifli dan sebahagian besar melayu itu ialah kemenangan untuk merebut harta dan kuasa. Ayat suci hanya mereka gunakan sebagai retorik dalam perjuangan. Bukan agenda dalam perjuangan mereka.

Karpal juga mempertikaikan keputusan Sultan Perak beberapa minggu lalu. Karpal juga menentang keras hukum hudud yang kononnya diperjuangkan oleh PAS dan mendapat kerelaan dari DSAI. Suara bangkangan yang keluar dari mulut Karpal sangat keras dan kadang lari kearah ayunan kebiadaban dan sangat bertentangan dengan norma kehidupan selaku rakyat Malaysia yang telah lama duduk diatas tanah ini. Karpal seperti kaduk naik junjung apabila mendapat status kewarganegaraan malaysia.

Jelas sekali selain drp Karpal Singh, Lim Guan Eng juga sangat membenci bangsa melayu. Penghapusan DEB di Pulau Pinang membuktikan dakwaan ini. Terus terang orang melayu sangat bergantung harap kepada DEB bagi meneruskan agenda pembangunan bangsanya. Jika DEB dihapuskan, harapan bangsa melayu separuhnya telah terbantut.

Dalam hal ini kenapa PAS dan orang melayu dalam PKR masih membuta tulikan mata dan telinga mereka? Seolah mereka sanggup kehilangan semua akibat hanya marahkan nyamuk-nyamuk didalam UMNO.

Sedarlah.

1 ulasan:

ONE berkata...

salam,

rase nyer karpal singh ni da nyanyuk la..
x pun dia mmaen je kot sbb da x de keje laen nk wat..