SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 3 Mei 2009

Apa kata kita terima konsep MALAYSIAN MALAYSIA seperti yang disarankan oleh DAP?

Marilah kita sama-sama bayangkan dan renungkan bersama jika sekiranya kita berkeinginan untuk menerima konsep MALAYSIAN MALAYSIA seperti mana saranan yang diwar-warkan oleh DAP sejak ianya ditubuhkan sebagai parti kesinambungan PAP di Singapura?



Pada ketika konsep Malaysia Malaysia itu dilaksanakan maka kita telah memulakan perlumbaan diatas tanah yang sama rata dan sama jaraknya antara berbagai kaum yang sangat majmuk di Malaysia ini. Pada jangkaan anda siapa yang akan memenangi perlumbaan atau persaingan ini? Pada ketika itu semua dasar dan tindakan pelaksanaan samada kerajaan maupun swasta adalah berdasarkan meritokrasi dan semua kaum adalah dianggap istimewa tanpa sekatan dan kawalan serta peraturan untuk melindungi kepentingan mana-mana kaum termasuk gulungan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hatta kaum asli di Semananjung Malaysia yang jauh dibelantara, yang kini telah mula belajar mendekati kota.



Anda bijak, anda pandai, anda hebat dalam pelajaran dan pendidikan, maka anda memiliki peluang dan ruang untuk menjadi salah seorang yang memenuhi Pusat Pengajian Tinggi samada swasta maupun awam. Anda hebat dan lestari, maka anda berpeluang mendapat kemudahan di Bank-Bank komersial untuk memperolehi biayai bagi menjalankan perniagaan di peringkat domestik maupun antarabangsa. Tidak lagi seperti seperti mana dibawah kepimpinan BN yang tetap memberikan ruang dan peluang kepada kaum yang jauh ketinggalan dari kaum yang telah maju kedepan.



Tidak ada keistimewaan kepada agama islam kerana agama lain juga adalah agama yang dianuti oleh manusia ( bukan binatang )yang harus mendapat tempat sama tinggi dan sama taraf didalam dunia yang berlandaskan meritokrasi ini.



Pada masa ini telah ramai dari bangsa melayu yang mula berminat dan mengikuti fahaman ini. Rata-rata mereka duduk bersama kaum lain untuk merencanakan program negara didalam PKR dan DAP dan sebahagiannya dalam PAS. Yang dalam PAS, mereka melihat ini sebagai perjuangan islam yang tidak membeda-bedakan makhluk tuhan diatas muka bumi ini.



Secara logiknya saya tidak langsung membantah akan saranan DAP tersebut itu, kerana buat apa saya memeningkan kepala sedang usia sudah mendekati kubur atau pusara. Hanya kerana saya teringatkan kaum bangsa saya dan anak cucu cicit kita yang masih jauh ketinggalan dik akibat kejahatan kaum penjajah suatu ketika dulu. Yang menyebabkan ketinggalannya kaum bangsa saya. Saya penuh insaf bahawa sanya didalam dunia ini terdapat bangsa yang masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan fizikal dan rohaniah. Salah satunya bangsa saya. Dan saya kenalah menrima hakikat ini tanpa hipokrit.



Masih banyak usaha yang harus digembeling oleh pucuk pimpinan bangsa untuk membawa anak bangsa saya kemercu kehebatan diatas muka bumi ini. Ramai kalangan belia remaja suka berkelakuan yang tidak membina. Menghisab dadah dimerata, merempit tanpa faedah dan sekadar membuang masa. Pun dalam suasan sedemikian mereka lebih suka melakukan "ZINA" disegenap pelusuk negara. Tak kira muda, tua, dewasa, jejaka dan wanita. Padahal mereka bergelar muslim dan muslimah. Apakah perbuatan tersebut menggambarkan kemajuan keduniaan atau sekadar hanya kegembiraan semantara yang sebenarnya menjahanamkan bangsa dan agama mereka?



Yakinkah anda jika dasar Malaysian Malaysia dilaksana, bangsa majmuk di Malaysia ini menjadi sama rendah dan sama tingginya serta memiliki ruang dan peluang yang samarata. Bolehkah dihapuskan equiti 30% untuk bumiputera dalam kek ekonomi negara for the sake of malaysian which is not actually malaysian in their heart. Apakah sebenarnya gambaran kepada kita dengan penghapusan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi oleh kepimpinan baru negara? Sangatlah membimbangkan jika tidak disusuri dengan penjelasan yang telus dan jelas dari mereka yang bergelar pemimpin utama negara.



Pada ketika ini, disamping kita memberikan ruang dan peluang secukupnya kepada bumiputera untuk mengejar kejayaan kaum bukan bumiputera dalam ekonomi dan segala yang berbentuk dunia, kita juga tidak mengenepikan kebebasan kaum bukan bumi untuk selesa hidup dalam negara ini. Apabila equiti ekonomi mereka dijadikan sebagai ukuran,jelas sekali ianya tidak langsung tergugat bahkan semakin bertambah mantap. Pendekatan dalam kepimpinan negara seperti ini sangat ikhlas dan tulus dan sepatutnya masih diteruskan sekalipun telah ramai yang memasamkan muka dengan dasar yang sedia-ada. Termasuk muka setengah bumi sendiri kekadang seperti cuka. Namun itulah dia dasar yang bijaksana dan sangat prihatin kepada semua kaum dan bangsa yang ada.



Kaum Cina dan India nescaya akan lebih berjaya jika Malaysia Malaysia menjadi nyata. Kaum bumiputera akan tetap ditakuk lama, bahkan semakin terpinggir dan bertambah hina dalam negara yang asalnya mereka yang ampunya. Inikah yang kita mahu? Inikah yang gulungan bijakpandai melayu kini mahu? Inikah gulungan bijakpandai agama mahu? Kita janganlah bijak dan bahlol sekaligus. Kita janganlah pandai seperti Pak Pandir. Kita janganlah lupa garis panduan yang telah ditetapkan sejarah kerana jelas ianya baik untuk perjuangan memertabatkan bangsa bumiputera kita.



Bumiputera yang menjadi doktor, penguam, jurutera, angkasawan, arkitek, jutawan, economists, sejarawan, dan sebagainya harus berjumlah ramai dan hebat dipersada dunia. Kek ekonomi negara harusnya dimiliki bersama dalam nisbah yang tidak terlalu berbeda dikalangan bangsa malaysia. Budaya bangsa malaysia haruslah ditemui sebaiknya oleh pemimpin bangsa negara. Agama islam seharusnya mesti duduk dan mantap dan menjadi way of life sebahagian besar anak bangsa. Cina Malaysia dan India Malaysia tidak lagi sama seperti Cina China dan Cina Singapura maupun India India atau India Tamil Nadu. Ketika itu maka betapa cantiknya Malaysia jika pun Malaysia Malaysia akan menjadi sesuatu yang nyata dibumi Tanah melayu ini.

Gulungan Baba Melaka dan Mamak di Pulau Pinang adalah satu contoh nyata bahawa semua itu bisa menjadi satu kenyataan. Bukan sebaliknya menubuhkan satu lagi negara China maupun negara India diatas muka bumi ini.



Sebenarnya itulah dia Malaysian Malaysia yang diutarakan oleh DAP sejak ianya tertubuh berpuluh tahun yang silam. Bolehkah kita biarkan ini terjadi? Langkahlah mayat ku dulu jika itu yang dikehendaki. Namun sebelum habis bicara, aku tetap menyatakan kecewaku akan kaum bangsa ku yang telah mula sayang dan jatuh cinta dengan konsep Malaysian Malaysia yang DAP utarakan. Gilalah?????







Tiada ulasan: