SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 7 Mei 2009

Kita lupa prioriti!!!!!!

Ada sesuatu yang silap atau salah dalam rakyat Malaysia membuat sesuatu tindakan dan keputusan, sejak mutakhir ini. Akibat daripadanya, suasana kestabilan samada politik, sekonomi maupun sosial masyarakat dan negara berada dalam rentak yang tidak ketentuan. Saya turunkan beberapa insiden yang berlaku sebagai gambaran, iaitu seperti insiden Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak kelmarin, Perletakan jawatan DUN Penanti (YB Fairus ), Tindakan Nizar sehingga sembah derhaka kepada Duli Tuanku Sultan Perak, Kebiadaban Hindraf hingga memporak-perandakan perpaduan dikalangan masyarakat majmuk diMalaysia dan sebagainya.

Semua peristiwa diatas tadi adalah lontaran dari sikap yang jauh sekali dari semangat patriotik dan ingin melihat negara berada dalam suasana selesa dan situasi keselamatan yang terjamin. Cuma atas dasar kepuasan hati setiap individu yang bergelar pemimpin utama. Mainan politik yang didorongi oleh nafsu syaitan dan keinginan yang maniac untuk berkuasa melalui jalan yang tidak beretika dan berbudaya timor. Masalahnya tidak juga berbudaya barat. Sudah tentu ini bukannya budaya mengikut acuan negara Malaysia. Ianya seperti budaya kera atau Sang Halimunan yang berada didalam rimba belantara. Jika pandangan mereka, ianya okey dari segi perundangan dan pertimbangan kerakusan dan haloba, maka tidak kira ianya menganggu gugat keselamatan dan keamanan serta kepentingan ekonomi negara, maka akan mereka hunuskan keris yang terhunus ditangan mereka lalu memulakan tindakan yang keterlaluan.

Belum ada mereka yang bergelar Professor atau ahli bijakbestari yang menyuarakan kebimbangan diatas perkembangan minda rakyat muda Malaysia yang menuju kearah kerosakan dalam kebudimanan ini. Bahkan seolah mendapat galakkan dari bijakbestariwan itu tadi.

Pada hal orang tua dahulu kala lebih budiman walau tidak bergelar sarjanawan.
Apa maknanya "marahkan nyamuk, kelambu dibakar"?
Istilah "Pak Pandir Modern?
"Gajah dibibir mata tak nampak, kuman diseberang lautan nampak"?
"Mengata orang diri yang lebih"
"Kadok naik junjung"
""Umpama ayam,bertelor sebiji, riuh sekampong"
"Menang sorak, kampong tergadai"
dan berbagai-bagai lagi perumpamaan sebagai kiasan kepada prilaku yang kurang elok, yang sering dijadikan tabiat dan perlakuan umat bangsa dimana harus disingkirkan dari menjadi budaya kita. Namun malangnya kini semua itu tidak lagi diberikan agenda yang utama, malah sudah menjadi semacam satu keseronokan dikalangan kita. Dan jelas sekali ia sedang menjadi bahaya dan sedang membawa kepada kerosakan tamaddun bangsa yang telah berkurun kita bina bersama.

Macamanapun bijakbestarinya kita. Walau sekali kita memiliki ijazah bertimbun-timbun, namun jika hasil tangan kita tidak terbina secara budiman, maka kita hanyalah seorang pengembala unta.

Tiada ulasan: