SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 1 Jun 2009

POLITIK TONGGANG- LANGGANG.

Sekarang semacam berlaku satu "kesunyian" dalam suasana politik Perak. Samada keadaan dah kembali pulih seperti sedia kala atau hanya rehat sementara sahaja, adalah suatu persoalan yang perlu juga diberikan perhatian oleh para penulis dalam blog ini. Kita lupakan solan "kesunyian" atau ke hingarbingaran itu. Yang kita fokuskan ialah sebelum daripada ini, suasana politik di Malaysia ini khususnya di Perak sangat TONGGANG-LANGGANG sifatnya.

Saya ingin mengemukakan soalan..apakah ini yang kita mahukan dalam usaha mencari satu kebenaran? keadilan dan kesamarataan? Seperti yang sejak lama diperjuangkan oleh pihak parti pembangkang seperti DAP dan PKR? Kita kena tonggang-langgang, hingar-bingar, maki-memaki, tuduh menuduh dan demonstrasi dan tunjuk angkuh diklayak ramai. Bertindak melebihi had hingga berkurang hajar dan sebagainya? Inikah yang dikatakan bertamadun itu? atau ini kembali kezaman pra sejarah? Kepada saya ia adalah satu kehairanan kerana diantara mereka yang menimbulkan punca ketegangan dan lintang pukang politik itu ialah mereka yang bergelar lawyer dan golongan berpelajaran tinggi mencapai awan.

Kalau kita katakan pelajaran agama mampu menghalang kita dari bertindak ganas, lagi menghairankan saya kerana terdapat sebahgiannya adalah pemimpin sebuah parti yang mengelarkan diri mereka parti pejuang agama islam. Bukan sekadar hairan, malam semalaman saya bengong kerana semua kejadian tidak masuk dalam akal yang waras. Mungkin penganut lain akan mengatakan islam bukan agama yang membawa keamanan dan kesejahteraan. Tapi Hindu bagaimana? Telah digunakan oleh Hindraf untuk mengeruhkan suasana di Malaysia pada suatu ketika yang tak lama dulu? Hindu juga telah digunakan oleh penganutnya untuk bertindak diluar batas keagamaan mereka. Nasiblah baik kerana rakyat Malaysia sangat kurang menganut agama yang dipegang oleh orang Yahudi di Israel itu. Jika tidak sudah tentu ramai yang bercerai badan dengan nyawa. Saya difahamkan agama Yahudi itu adalah satu agama yang menganggap agama dan kaum lain sangat rendah martabat berbanding agama dan bangsa mereka. Dan menghalalkan darah penganut agama lain.

Pemimpin kaum seperti ini, samada ianya Yahudi, India, Melayu, Cina dan sebagainya harus berada dibawah pimpin Hitler atau Pol Pot. Barulah mereka tahu bahawa bumi ini dibawah dan langit itu duduknya diatas.

Sekarang ini di Malaysia, telah ramai warganegara yang sangat berani mencuba cara dan kaedah yang terlalu terbuka seperti ini. Mereka ini, jika kita mengajak kearah mempertahankan kesentosaan, keamanan dan keselesaan kehidupan rakyat, akan dicemuhnya kita. Konon kita ketinggalan zaman. Sehingga kita tidak mengerti, apa sebenarnya yang mereka kehendaki?

Mereka seronok dalam tonggang-langgang tersebut. Mungkin mereka memerlukan sekali lagi 13 Mei. Hari dimana kita sekali lagi berada dalam ketidak amanan dan pertumpahan darah yang nyata. Naauzubillah Himinzaalik. Punyalah bengangnya ilmu yang mereka timba....

1 ulasan:

Ezad berkata...

politik tunggang langgang ni kononnya untuk perubahan.

perubahan dari positif ke negatif.

MADANI la kononnya