SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 11 Mei 2009

TINDAKAN PAS BERSEKONGKOL DENGAN DAP SEBENARNYA MENGACAU DAN MENGHAPUSKAN KEKUASAAN MELAYU!!!!

Memang saya hairan / ajaib bagaimana PAS boleh merelakan dirinya bersekongkol dengan DAP dan sebaliknya memusuhi UMNO dengan begitu ekstrim sekali. Apakah sebenarnya ini berdasarkan minda yang rasional dan budiman atau sebaliknya berdasarkan emosional dan minda yang masih kurang matang dalam sepak teranjang politik Malaysia?

Jika UMNO yang ahlinya adalah terdiri daripada orang melayu dan beragama islam sama seperti ahli PAS ( langsung tidak berbeda ), tidak langsung diberikan ruang dan peluang untuk bekerjasama dengan PAS, kenapa pula DAP yang ahlinya terdiri daripada orang Tionghua serta berbeda penganutan agama, PAS sanggup bekerjasama?. Tang sinilah saya merasa pelik dan tertanya-tanya, apakah ini mengambarkan kebijaksanaan dan kebudimanan dalam membuat sebarang keputusan penting demi umat melayu dan islam dalam negara ini?

PAS seharusnya dapat melihat akan sikap chauvinist dan perkauman yang sebenar yang diperjuangkan oleh DAP sejak ianya tertubuh suatu ketika dulu. Sekarang sikap itu masih berterusan terutamanya di Pulau Pinang dan di Perak,walaupun di Perak Menteri Besarnya dari PAS. Namun kekuatan PR yang ditunjangi oleh DAP secara majoriti itu, menyebabkan PAS hanya kenampakan seperti boneka sahaja.

Dalam hal ini saya lebih suka jika di Perak ini, PAS bekerjasama dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri. Kerusi yang dimiliki oleh kedua parti tersebut sudah mencukupi bagi menubuhkan satu pemerintahan dinegeri tersebut. Kenapa mesti bekerjasama dengan DAP yang ternyata memusuhi islam dan tidak rela pelaksanaan hukum hudud dalam negara ini? Yang berusaha untuk menghapuskan DEB dalam negara ini? Yang merendah-rendahkan mertabat bangsa melayu di Pulau Pinang? Yang langsung tidak berusaha untuk mengangkat taraf ekonomi kaum bumiputera dinegeri dimana mereka memerintah?

Aatau mungkinkah ini kerana sikap "berpatah arang" diantara UMNO dengan PAS?
Saya kata sikap bermusuhan ini tidak baik dan amat tidak matang dalam politik abad yang ke 21 ini. Bukankah dikalangan penganut islam, sangat tidak digalakkan sikap bermusuhan dikalangan saudara seagama? Secara teori/ideanya kita pintar melontarkan kata-kata tentang betapa kita memusuhi sikap yang buruk, tetapi secara praktiknya kita adalah manusia yang selalu mengamalkan perbuatan buruk tersebut. Bermusuhan sesama kita adalah satu sikap buruk yang sepatutnya dibendung sedari dulu kerana ia boleh menghancurkan tamadun bangsa yang telah lama terbina.

Dalam perkiraan kasar, memang agak mustahil melayu boleh kecundang dalam politik Perak. Namun kerana permusuhan dikalangan mereka, maka kini melayu menggigit jari dinegeri tersebut. Nizar memenangi semula kerusi Menteri Besar seperti yang telah diumumkan kelmarin tidak memberi apa-apa makna kepada kesinambungan kuasa tamaddun melayu dalam negara ini, kerana kita nampak yang menang bukannya Nizar, malah DAP!!!!!

PAS sekarang sangat berbangga kerana mendapat sokongan kuat dari kaum India dan Cina dalam kancah politik negara. Tapi dalam masa yang sama mereka lupa, kaum India dan Cina juga telah menggunakan kesempatan ini untuk kepentingan kaum mereka dan berusaha dengan keras dengan kesempatan yang ada untuk memenuhi kepentingan tersebut.

Dimana budiman dan bijaksananya kepimpinan PAS dalam hal seperti ini? Kerana kemenangan itu sesuatu yang menyeronokan, mereka tidak kisah akan kesan buruk yang bakal menimpa bangsa mereka. Samalah ertinya seperti dalam peribahasa kita, "menang sorak kampong tergadai".

Tok Guru Nik Aziz dikatakan telah melakukan sembahyang sunat kesyukuran diatas kembalinya semula jawatan MB Perak ditangan Nizar. Ini menggambarkan bahawa beliau benar-benar tidak sedar akan apa yang saya maksudkan diatas ini. Beliau benar-benar menganggap..........

3 ulasan:

nalapambu berkata...

BN/UMNO nampak jelas takut menghadai PRU di negeri Perak.

Pakatan Rakyat sekarang tidak masalah untuk menang di mana2 PRU untuk menumbangkan BN/UMNO.

Sekarang sokongan kaum bukan melayu sudah padu kepada PR.

Di mana2 kawasan penduduk Bukan melayu melebihi 30% PR pasti akan menang.

Kaum melayu berpecah kepada 3 kumpulan. UMNO, PAS dan PKR.

Jika bilangan penyokong PAS dan PKR sama jumlah dengan UMNO, BN/UMNO pasti tumbang. Kerana PAS dan PKR mendapat sokongan padu dari kaum bukan melayu dari DAP.

Di mana sahaja penduduk melayu ini sudah berada dalam PAS se kurang2 nya 25% dan dalam PKR lebih kurang 15%.

Jumlah ini ialah penyokong tegar PR, di kuatkan pula dengan sokongan kaum cina dan india dari DAP.

PR pasti akan dapat menawan semula Perak.

bungaraya berkata...

Nalapambu,
UMNO mungkin akan kalah dikawasan 30% pengundi bukan bumi. INI kerana bumiputera berpecah diantara tuga parti yakni UMNO, PAS dan PKR. Bagaimana jika melayu bersatu hanya dalam sebuah parti.
Ingat!!!kini melayu telah mula sedar akan kemungin kehilangan kuasa tersebut jika berpecah belah spt sekarang. Saya takut nanti, bukan bumi hanya terpekik dan terlolong diluar dewan parlimen maupun DUN sahaja. Maka jadilah rakyat yang hanya kelas ke 11 sahaja.

mike berkata...

nalapambu.. org melayu skrg dh x sokong PKR.. majoriti dah beralih ke UMNO atau PAS.. PKR cuma popular di kalangan bukan melayu.. tak mustahil nnti.. PKR akan dipelopori kaum bukan melayu.. nnti tercatat dlm sejarah.. Parti Keadilan Rakyat dipimpin oleh cina.. walaupun diasakan oleh seorang melayu!