Kita mungkin boleh membayangkan, jika PR memenangi PRU ke 13, Tidak terdapat seorangpun pemimpin melayu yang memiliki kematangan dan kebolehan yang layak duduk selaku Perdana Menteri Malaysia. Siapa agaknya? Pak Hadi? Nasha?. DSAI sudah tentu akan merengkok dalam penjara dalam tahun ini atau mungkin tahun depan atas kesalahan beliau terlalu sangat melakukan berbuatan meliwat kaum sejenisnya. Husam? atau Nik Aziz? Cubalah anda bayang-bayangkan siapa yang memiliki kelayakan tersebut. Sepertinya tidak ada yang berkemampuan.
Fikir!
Bayangkan!
Ramalkan!
Buatlah analisa anda sehalus mungkin..namun akhirnya anda sampai kepada satu jawapan, tidak ada yang memiliki kelayakan tersebut.
Jika kita lihat dari sudut pengalaman sebagai seorang pemimpin negara, adakah yang sehebat Tun Mahathir? Sehebat Tun Abdul Razak, Sehebat Datuk Seri najib? Tun Abdullah juga hebat, namun masih juga ramai yang mempertikaikan kepimpinan beliau. Tun Hussein Onn juga hebat, namun tidak dapat bertindak selaku PM dalam tempuh yang lama kerana desakan dan hambatan yang sangat memeningkan kepala. Tengku Abdul Rahman Hebat, namun sehingga kini masih terdapat rakyat yang tak berpuas hati dengan keputusannya mengeluarkan Singapura daripada Malaysia. Alangkah lagi teruknya kita jika Nik Aziz diletakakan sebagai PM. Atau Pak Hadi atau Husam atau siapa sekalipun yang berada dalam PKR atau PAS itu. Bukan merendah-rendahkan anda, tetapi itulah hakikatnya. Anda memang tidak sehebat Tun Mahathir, Tun Abdullah, Tengku Abdul Rahman maupun Datuk Seri Najib.
Untuk menjadi orang nombor satu negara, seseorang pemimpin itu mestilah sangat bijaksana dalam segala perhubungannya. Perhubungan antarabangsanya, Perhubungan akar-umbinya, Perhubungan dengan gulungan perniagaannya, perhubungan dengan gulungan menengahnya, perhubungan dengan berbagai kaum dalam negaranya. Kebijaksanaan merancang ekonomi juga perlu pintar dan hebat. Juga pintar dalam mempastikan keamanan, keharmonian dan keselesaan masyarakat berbagai kaum dalam negara.
Jangan kita ingat "doa" saja boleh menyelesaikan segala permasalahan, tanpa usaha dan kebijakan minda dan kehebatan ilmu didada.
Orang melayu kini tengah memerhatikan semua ini.
Orang melayu akan menyesal besar jika selepas setahun diberikan amanah, negara porak peranda. UMNO tidak akan berdiam diri...dan terus menerus akan memberikan peringatan bahawa jangan sesekali silap membuat pemilihan.
Jika bukan pemim[pin melayu yang akan menjadi PM dibawah pemerintahan PR, siapa gerangannya? Lim Kit Siangkah? Lim Guan Engkah? atau Karpal Singh? Dalam negara demokrasi semua bisa terjadi. Kerana emosi dalam mengendalikan demokrasi, akhirnya orang melayu gigit jari.
Sedarlah, kita ingat kita bijak apabila bertenggang leher dengan kaum seagama kita atas dasar dan prinsip remeh. Rupanya kita itu bodoh seperti kera, kerana yang ada pada kita ialah hutan rimba dan mulalah kita membina kembali rumah diatas pokok semula, seperti dahulu kala.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan