Berita pagi ini dikaca TV menjelaskan bahawa Menteri Besar kelantan dari Pas itu telah menampakkan wajah sebenar ulamak, bilamana telah mula menampakkan kematangan dan kelembuatan serta ketegasan dalam menghadapi liku perjuangan politiknya dan politik bangsa sertanya dinegara ini. Mungkin beliau merasa panik bilamana melihat suasana "kurang enak" di negara Iran sejak mutakhir ini. Takkanlah nak tengok mayat bergelimpangan terlebih dahulu, baru nak insaf!!!!Andakan seorang ulamak yang jutaan rakyat mengkaguminya.
Mengikut kata Mukhriz, budak setahun jagung jika dilihat pada usianya, boleh melihat bahawa Malaysia tidak sentosa jika melayu itu berpecah,,,adalah satu pandangan dan kenyataan bernas yang perlu diambil perhatian wajar. Ayahnya pun tahu akan kemungkinan besar perkara ini menjadi kenyataan. Mesti ada motif kenapa Tun Mahathir tidak suka kepada perpaduan antara Pas dengan UMNO. Dan Tun juga tahu bahawa mustahil UMNO akan meninggalkan rakan seperjuangan mereka dalam BN, jika berlaku perpaduan dikalangan Pas dan UMNO. Kenapa Tun berkata sebaliknya dan menunjukkan reaksi negatif? Maka anda kena buat analisa dengan hujah Tun Dr Mahathir. Tentunya tak sama dengan luahan rasa dan minda Mukhriz, anaknya.
Yang mana satu elok, anda fikirlah sendiri.
namun demikian, sekali lagi saya ingatkan, kata-kata Mukhriz itu tersangatlah banyak kebenarannya. Tak percaya, cubalah kita teruskan sikap berpecah belah antara melayu ini.
Perpecahan akan menyebabkan melayu lemah. lemah akan menyebabkan melayu asyik ketinggalan dalam segenap bidang. Bila ketinggalan, ertinya kaum lain akan lebih maju kehadapan. Bila kaum lain akan lebih maju kehadapan, melayu akan sekali lagi rasa terhimpit. Bila rasa terhimpit, melayu akan marah. Bila marah akan membakar rumah sana dan sini dan mengamuk sana dan sini. Maka akhirnya negara akan kucar kacir. Maka jadilah melayu yang hina serta menumpang diatas Tanah sendiri. Tak malukah??????
Suatu ketika dulu kita lebih 60%!!!!
Kini kita hanya lebih kurang 51%!!!
Macamano gayo nyo jika kito 45% agaknyo????
Nak teruskan perpecahan?
Jangan berpadu???
Teruskan sikap degil anda???
Teruskan teruskan teruskan.
Biar padan dengan muka kalian semua.!!!!!!
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
1 ulasan:
Dengan DAP boleh krompomi..tapi tidak dengan uMNO..inilah pemimpin islam zaman sekarang
Catat Ulasan