SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 20 Julai 2009

Bertambahnya POLITIK BERANTAKKAN.

Isu kematian Teoh menjadi sebuah lagi episod drama yang menyayat hati. Kematian Teoh telah dipergunakan dengan sensasi sekali oleh Pakatan pembangkang bagi meraih simpati rakyat disamping cuba menenggelamkan isu-isu lain yang lebih membawa erti besar dalam politik negara, berbanding isu kematian Teoh tersebut. Bodohkah rakyat sehingga tidak dapat membuat ukuran bijak, kenapa DSAI dan rakan seperjuangannya dalam PR beriya-iya benar membesarkan isu tersebut?. Dan yang menjadi mangsa sementara ialah SPRM. SPRM adalah sebuah badan hasil perjuangan bising mereka di Parlimen dan di luar parlimen. Apakah mungkin SPRM tergamak menolak Teoh keluar tingkap? Apakah proses siasatan SPRM yang menyebabkan Teoh melompat terjun tingkap dan mematikan dirinya? Begitu rendah sekalikah integriti SPRM dalam suasana politik masa kini? Yang penuh dengan perasaan sensitiviti ini?
Saya ingin mengingatkan anda semua bahawa didalam jiwa melayu itu masih melekat iman walaupun sekadar atom, yang mengatakan membunuh itu adalah satu kesalahan yang sangat berdosa dan salah besar. Apatah lagi jika anda didalam rantai kuasa seperti boss-boss SPRM itu.
DSAI tentunya ingin menyembunyikan isu beliau meliwat beliau, yang kini telah masuk peringkat mahkamah. Dalam politik, strategi ini pernah digunakan oleh Sukarno ketika beliau berkuasa. Ingat ganyang Malaysia? Sukarno menggunakan projek Ganyang malaysianya untuk mengabui mata rakyatnya tentang usaha untuk menjadikan fahaman komunis sebagai fahaman pemerintah negara Indonesia. Banyak lagi contoh seperti ini pernah berlaku diatas muka bumi dunia ini. DSAI cuba menggunakan strategi ini bagi mengabui mata rakyat khususnya penyokong PR. Bagi anda yang bijak mentafsir, jangan cepat membuat konslusi bahawa apa yang diluar itu semuanya benar. Anwar...siapa yang kata beliau tidak ada akal? Akal beliau sangat berputar pelit dan jika silap langkah, umpama ular sawa yang tengah memutar belit seekor kambing hitam. Rakyat jangan terbawa-bawa dengan usaha jahat DSAI dan gengnya.

Apa yang perlu sekarang ialah memberikan sepenuh kebebasan dan ruang selesa kepada Polis atau SPRM untuk membuat siasatan terperinci. Jangan sekali dibuat gangguan, jika kita benar-benar inginkan kepastian, kenapa Teoh terjun tingkap? Atau mati gugur bangunan? Bersabarlah, kerajaan tentunya akan membuat siasatan yang terpeinci mengenai hal ini. Kerajaan juga akan dipandang bodoh jika tidak berhati-hati dan bijaksana dalam penyiasatannya. Sejak 50 tahun yang lalu kerajaan BN memiliki rekod yang sangat baik dalam menjaga hal ehwal rakyat yang menjadi mangsa. Sejak 50 tahun yang lalu, anda juga perlu ingat kerajaan BN juga tahu menilai yang mana satu putih, kelabu ataupun hitam. Dan saya agak DSAI dan rakan-rakannya sudah tentu berwara hitam, kalau tidakpun kelabu.

Tiada ulasan: