SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 26 Julai 2009

KITA LAYAN DENGAN KEIKHLASAN.

Banyak kali saya memberikan peringatan bahawa dalam usaha kearah penyatuan, jangan ada mana-mana pihak yang akan mengalami kerugian. Semua pihak mesti "menang dan menang", agar dalam penyatuan tersebut, semua akan menikmati hasil sebenar penyatuan yang diujudkan. Demikianlah juga ura-ura atau cadangan Datuk Nik Aziz baru-baru ini, ketika perasmian Fiesta Kelantan di Ibu Kota Kuala Lumpur.

Saya merasa sangat bersyukur bilamana pemimpin UMNO, antaranya Tan Sri Muhyiddin sendiri, Datuk Mustapha, Datuk Seri Shafie Afdal, Tan Sri Hishamuddin, bahkan juga termasuk Presiden MCA sendiri telah menyambut saranan Nik Azizi itu dengan secara positif sekali. Setakat saat ini, bagaimanapun belum kedengaran suara dan komen dari pemimpin PAS atau mana-mana pemimpin Ngo's dan badan-badan bukan kerajaan dan politik yang lain.

Saya ingin menyatakan disini bahawa penyatuan bangsa melayu di Malaysia akan membantu kearah memakmurkan dan memajukan lagi negara Malaysia. Suasana keselamatan dan keamanan akan lebih terjamin bilamana semua bangsa dan kaum akan turut bersama-sama mengurangkan suasana rioh rendah politik retorik dan kekacauan politik jalanan yang selalu diujudkan oleh geng DSAI. Bila melayu bersatu, maka India juga akan turut bersatu, Cina juga akan bersatu dan kesatuan besar antara semua bangsa juga akan menjadi satu realiti yang tulin.

Mereka yang selama ini mendapat keuntungan peribadi hasil dari perpecahan antara kaum dan gulungan, akan terhenti dengan sendirinya bilamana kesatuan melayu dan segala kaum di Malaysia akan dapat direalisasikan. Pada kali ini Datuk Nik Aziz nampaknya telah mula melihat dengan hati yang ikhlas, betapa perpaduan yang disarankan oleh Ketuanya suatu ketika dulu itu sebenarnya banyak membawa kebaikan kepada negara khususnya bangsanya yang bergelar melayu islam ini. Biarkan lah perbedaan pada prinsip perjuangan politik anda. Namun perpaduan dan kesatuan bangsa sangat mustahak didahulukan. Apa guna kita bertengang urat tetapi hasilnya mundur kepada bangsa kita sendiri. Kita menang sorak tetapi kampung dan negeri tergadai dan merempat. Serta jauh ketinggalan dalam usaha untuk memberikan ruang rakyat mengecap nikmat dunia selain akhirat. Bukankah lebih selesa rasanya menyembah Allah SWT dalam suasana dingin dan shahdu berbanding dalam suasana remas kerana panas? Bukankah puas rasanya jika melakukan sembahyang lima waktu sehari dengan memakai pakaian yang cantik-cantik, berbanding hanya memakai kain sarung hingga melimpasi pusat kita? Ini hanyalah suatu contoh ringkas bagi membandingkan antara rakyat berkemampuan dengan rakyat yang masih berada dalam garis kemiskinan. Banyak lagi contoh nostalgik yang mengharukan jika kita tidak larat hidup dalam keselesaan.

Datuk Nik Aziz hendaklah bermuhasabah diri banyak-banyak. Kelantan hendaklah dimajukan ekonominya dengan segera. Rakyat Kelantan mestilah dimajukan dengan cepat. Mereka terdiri daripada orang-orang melayu yang pintar-pintar dan otak bergeliga. Cuma kerana keras kepala pemimpinnya mempertahankan prinsip perjuangan, Kelantan masih berada ditapuk lama kemajuan dan pembangunan. Jika Kewangan Negerinya boleh dilipatgandakan, sepertimana negeri Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak, tidak mustahil Kelantan akan maju lebih dari tiga negeri tersebut. Sebabnya kerana orang Kelantan otaknya bergeliga.

Saya ingin juga memberikan peringatan kepada pemain politik negara, jika benar-benar berlaku penyatuan UMNO/PAS, jangan ada lagi usaha politik jahat yang dimainkan dan yang menyebabkan Datuk Asri suatu masa dulu menyingkir diri setelah diujudkan kesatuan dan Perpaduan.

Tiada ulasan: