SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 13 Ogos 2009

LINTANG PUKANG JADINYA.

CUBA RENUNG DAN NYATAKAN KOMEN ANDA SEIKHLAS-IKHLASNYA.

1...DATUK NIK AZIZ, ULAMAK PAS ITU SUDAH NYANYOK DENGAN KOMENNYA YANG MERESTUI KRITIKAN DUA PEMIMPIN DAP MENGENAI ISLAM BARU-BARU INI.

2...ANWAR IBRAHIM NAK MENYAMAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN KERANA MENGATAKAN BELIAU SEORANG PENGKHIANAT BANGSA.

3...PAK HADI AWANG MENARIK BALIK SARANANNYA UNTUK MENGADAKAN PERPADUAN DENGAN UMNO.

KOMEN SAYA: Sejak kebelakangan ini, Datuk Nik Aziz, dalam banyak ucapannya tidak langsung bersandarkan objektif perjuangan islam yang selama ini menjadi tunjang perjuangan PAS. Apabila DAP melakukan kritikan dan tindakan yang tidak selari dengan objektif perjuangan PAS, Datuk Nik Aziz ternyata sekali melalui komen-komennya merestui kritikan dan tindakan DAP tersebut. Anwar Ibrahim juga seperti telah lupa akan perilakunya selama ini yang berusaha untuk memecahkan umat islam di Malaysia. Tindakan Anwar Ibrahim kerap menuju kearah menghancurkan perjuangan melayu. Tetapi apabila Tan Sri Muhyiddin mengatakannya secara terbuka, Anwar Ibrahim melenting dan cuba pula untuk menyaman Tan Sri Muhyiddin. Percakaran diantara pemimpin-pemimpin besar melayu ini, telah menyebabkan suasana politik negara menjadi kucar kacir dan menuju kearah kehancuran.
Pemimpin Cina dan India tersenyum sinis melihat kita bercakaran.
Pemimpin Kadazan dan Iban geram melihat betapa bodohnya pemimpin melayu dalam permainan politik dewasa ini.
Semua ini berlaku kerana Anwar dilepaskan dari Penjara dan Anwar telah menggunakan pengaruhnya untuk memporak perandakan kesatuan bangsa yang selama ini kukuh bertaut.
Padahal itu adalah satu kenyataan.

Tiada ulasan: