SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 2 Ogos 2009

SEKALI LAGI PAKARAN RAKYAT MENGGUNAKAN KAEDAH RADIKAL UNTUK MENCAPAI MATLAMAT POLITIK MEREKA!!!!

Tuan-Tuan dan Puan-Puan (tak kisahlah anda bergelar Tun, Tan Sri, Datuk Seri atau seorang rakyat merhain biasa di Universiti atau Pondok-Pondok pengajian agama ).
Sekali lagi nampaknya pihak pembangkang menggunakan kaedah yang radikal untuk mencapai matlamat politik mereka.
Mengadakan demokstrasi jalanan sehingga menganggu aktiviti hairan orang awam bukanlah budaya negara ini, melainkan hanyalah budaya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang. DSAI baaaaaaanyak meninggalkan kesan sampingan yang sangat buruk, hasil usahanya menyeru rakyat jelata ikut serta dalam domenstrasi tajaanya.
Saya kira kita mesti menghalang pendekatan politik yang seperti ini, bukannya sebaliknya memberikan kebenaran, jika sekiranyapun ia dilakukan dalam stadium yang tertutup.
Pada masa depan, dikhuatiri demonstrasi seperti baru-baru ini akan mendatangkan kesan buruk kepada pembangunan agama, bangsa dan negara secara keseluruhan.
Pada hemat saya, masih banyak saluran yang beretika mulia yang ada dalam negara, dan boleh digunakan oleh sesiapapun warga negara yang merasa tidak puas hati dakan pentadbiran dan pengurusan negara.
Memorandum umpamanya. Atau boleh juga melalui Parlimen dengan mengadakan ucapan bantahan secara aman. Dengan meluahkan maksud beserta dengan bukti dan fakta serta penghuraian yang munasabah.
Pada 1974 dulu, ketika beliau masih bergelar mahasiswa, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengejutkan negara dengan demokstrasi Baling. Sejarah akhirnya telah berkata bahawa semua tindakan demonstrasi Baling itu hanyalah mainan Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja.
Usaha peribadinya dengan bantuan rakan-rakannya yang ingin popular dan diterima rakyat.
Konon berbakti dan berjuang untuk rakyat tertindas. Padahal semua itu adalah rekaan semata dan sejarah menunjukkan tidak adapun Orang Baling yang mati kebuluran seperti yang Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa.
Beberapa hari lepas, sekali lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan taring berbisa bilamana mengatur dengan licin satu demonstrasi jalanan berusaha untuk memansuhkan I.S.A...
SEDANGKAN DATUK SERI NAJIB TUN ABD RAZAK TELAH BERJANJI AKAN
MEMINDA BEBERAPA PASAL DALAM I.S.A YANG DIFIKIR LAYAK UNTUK DIPINDA.
TUN MAHATHIR JUGA MENYATAKAN KEPERLUAN UNTUK MEMINDA BEBERAPA DASAR YANG TIDAK SESUAI LAGI DENGAN MASA SEKARANG.
Belum cukupkah janji Datuk Seri Najib itu?
Apakah yang menyebabkan janji Datuk Seri Najib itu tak cukup?
Apakah pendekatan mesra seperti menghantar memorandum sudah tidak lagi sesuai?
Apakah mengutarakan I.S.A ini di parlimen tidak lagi relevan?
Sehingga kita terpaksa beratur dan membuat huru hara dijalanan?
Apakah pendekatan serupa ini sesuai dengan adat bangsa kita?
Kenapa kita kemaruk sangat sehingga bertempik sorak tidak keruan diatas jalanan dan awam?
Mana tata susila bangsa?
Aku sebenarnya malu melihat kaum bangsa ku seolah bertelanjang bulat,
seperti besok hari nak kiamat lagaknya.
Ditambah pilu bila melihat kaum muslimah melayu iku serta
dalam rusuhan tersebut.
Sedang kaum Cina dan India membisu tidak menyertainya.
Mereka hanya ketawa terbahak-bahak melihat kebodohan bangsa ku
diperkotak-katikkan tanpa segan silu.
Ingatlah sdr...negara inilah sahaja milik kita dan didunia ini lagi tarak.
Mereka hanya menunggu saat dan ketika,
Bila kita lali dan alpa...
Masa itulah semuanya tidak lagi berguna
kepada bangsa yang bergelar melayu.
Oleh itu berhati-hatilah dalam
tindak dan kata!!!!!!!

Tiada ulasan: