SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 7 September 2009

PM BERSEDIA BILA-BILA MASA BERUNDING DENGAN PAS!!!

Semalam PM kita menyatakan bahawa beliau bersedia untuk berunding dengan PAS pada bila-bila masa sekalipun. tetapi syaratnya janganlah menuduh penyokong-penyokong UMNO tidak masuk syurga. Bagi saya PM kita telah terguris hatinya, apabila Ulamak,Tok Guru atau Mursidul Am PAS, Nik Aziz membuat tuduhan sedemikian beberapa minggu yang sudah. Pada rasa saya juga, tentunya PM memikirkan tentang orang-orang melayu dalam negara ini. Tentunya PM gusar tentang masa depan melayu, jika percakaran yang berlaku kini semakin bertambah serius angkara pemimpin bangsa yang asyik "menggila" tanpa kawalan. Tentunya PM merasakan hanya perundingan kearah penyatuan dan perpaduan dikalangan kepimpinan melayu yang dapat menyelesaian kemelut yang berlaku. Dan tentunya PM juga memilih politik musyawarah yang dapat menyelesaikan masalah yang berlaku ini. PM juga sedar politik yang bersengkita seperti yang diamalkan oleh PKR dan PAS ketika ini tidak akan membantu kearah penyatuan bangsa. Sekalipun PAS dan PKR menang dalam pilihanraya umum ke 13 kelak, namun melayu ketika itu tetap masih berpecah dan bercakaran sesama sendiri. Tidak boleh dinafikan melayu yang menyokong UMNO satu dua orang sahaja jumlahnya, malah juga berjuta-juta sepertimana yang memberikan sokongan kepada PKR dan PAS.

Sidang Blogger sekalian,
Pada ketika ini bangsa melayu telah banyak mencapai kemajuan dan pembangunan. Rasa saya, tidak terdapat satu bidangpun dimana melayu itu keciciran. Bahkan melayu juga telah berjaya naik keangkasa dan melayu juga telah berjaya membuktikan keunggulannya mengelilingi dunia. Sepertimana yang telah dibuktikan oleh anak jati Kedah, Datuk Azhar Mansur dan anak jati Negeri Sembilan, Datuk Sheikh Mudzaffar. Menguasai bidang kedoktoran dan kejuruteraan telah lama melayu terokai. Bidang kehakiman dan politik tak usah dipertikaikan lagi. Begitu juga dengan bidang-bidang yang lain. Baru hanya sekadar 50 tahun lebih sedikit, kita melayu telah berjaya mencapai berbagai-bagai kemajuan dunia. dan ini semuanya telah menaikkan nama melayu dipersada antarabangsa. Kejayaan ini tentu sekali hasil jerit payah kepimpinan melayu sejak awal tahun 1900 an lagi. Mungkin ramai kalangan bijak agama melayu yang tidak tersenyum dengan kemajuan bangsa ini, kerana pada mereka acuan yang digunapakai untuk kemajuan itu ialah acuan sekular barat yang bertentangan dengan acuan islam. tetapi tidakkah kita nampak bahawa islam juga berkembang dan bersinar semenjak 50 tahun yang lalu dibawah kepimpinan yang kononnya sekular itu??????
Kerajaan melayu tidak pernah mengenepikan ulamak dalam kepimpinannya. Kerajaan melayu tidak pernah membiarkan islam dipijak dan dihina dibawah pemerintahannya. Salah satu sebab kerajaan melayu tidak menerima kehadiran DAP dalam kumpulannya, adalah disebabkan DAP tidak sebulu dengan objektif memperjuangkan islam yang ada dalam perlembagaan kerajaan melayu itu. Bahkan sekarang ini, apabila PAS bersekongkol dengan DAP, mereka juga meneruskan sikap permusuhan mereka dengan mengatakan langkah mayat mereka dulu jika ingin menjadikan Malaysia sebuah negara islam.

Anak-anak melayu kini telah banyak yang berjaya dalam bidang pendidikan dan keilmuan. 99.99% daripadanya telah dijadikan sedemikian oleh parti melayu yang memerintah negara ini. Dasar pendidikan kerajaan sedari mula lagi menjadi keutamaan dalam kerajaan melayu yang memerintah itu. Hasilnya sangat jelas dan tidak lagi boleh dipertikaikan akan kejayaannya. Cuma mereka yang buta mata dan hati sahaja yang selalu mempertikaikan semua apa yang berlaku. Kebaikan yang telah kerajaan melayu jelmakan menjadi satu keburukan dan kedengkian jahat kepada mereka. tentunya mungkin kerana bukan mereka yang melakukannya. Kenapakah mereka bertabiat serupa itu? Tidakkah mereka bersyukur dengan apa yang telah dicurahkan selama ini oleh kerajaan melayu yang memerintah.

Kerajaan melayu yang memerintah sangat prihatin dengan perkembangan syiar dan syariat islam dalam negara ini. Islam ditatang bagi minyak yang penuh. Kalau boleh langsung tidak berlaku tumpahan. Tetapi apakan daya kita sendiri yang suka bertindak umpama syaitan jembalang. Mula-mula negara merdeka tidak ramai melayu yang rajin ke masjid-masijd. Yang ramai melayu yang menggunakan khidmat jin dan jembalang. Menggunakan ilmu hitam adalah kegemaran melayu baru merdeka. Kini islam berkumandang dalam negara. Pembinaan Masjid dan pusat-pusat pegajaran dan pendidikan agama islam bercambah dengan banyak. Kerajaan melayu mengutamakan ilmu islam dan ilmu setelah mati yang betul dan tepat.Bukan ilmu islam yang kebanyakan nya telah banyak bercampur dengan ilmu animisma, satu ajaran agama orang melayu sebelum Hindu dan islam datang ke jiwa mereka. Kerajaan melayulah yang memperbaiki aqidah orang melayu yang beragama islam ini. Apa sebenarnya yang telah dimainkan oleh PAS?????Menubuhkan pusat didikan islam anak-anak mereka dan memijak-mijak gambar Tun Mahathir????Itu dikatakan islam sebenar????Mendidik anak-anak agar membenci pemerintah melayu yang sekian lama berjuang untuk mertabat islam dipijak gambarnya dan dihina karektur keperibadiannya???Tergamakkan mereka mengelarkan diri mereka ulamak yang benar? Mursidul AM? atau Tok Guru islam?

Kini timbul lagi seorang Dajal yang kononnya suci dari segala dosa iaitu Saudara Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau betul-betul merosakkan semua agenda perjuangan bangsa. Dan yang sangat aneh mendapat sokongan ramai orang-orang melayu. Dan yang sangat aneh lagi, yang ramai itu datangnya dari menara gading. Yang terpelajar. Yang bijak-bijak. Dan belajar dengan menggunakan duit kerajaan melayu. tetapi Kerajaan melayu yang mereka hina saban hari tidak kira waktu maghribkah, isyakkah, subuhkah atau asarkah.

Rakan-Rakan Blogger semua,
Sedarlah bahawa Datuk Bahaman, Datuk Mat Kilau, datuk Mat Saleh, Dato, Maharaja Lela berjuang tidak mengenal apakah pendekatan yang digunakannya itu sekular atau islam. Yang mustahak Penjajah perlu dinyahkan dari Tanah melayu itu. Dato Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Sadun Zubir dan lain-lain tidak mengutamakan samada ia sekular atau pendekatan islam semasa mencapai kemerdekaan dulu. Yang utama Tanah Melayu dapat dibebaskan dari cengkaman penjajah Inggeris. Jelas Allah merestui perjuangan mereka dan akhirnya Tanah melayu merdeka setelah kita di PAKSA menerima Cina dan India selaku Warganegara. Sejak dari pejuang lama menuntut kemerdekaan hingga mencapai kemerdekaan tersebut, semuanya dilakukan dengan tatasusila ketimuran yang tinggi. Dan malangnya kita tidak mengikut tata susila tersebut dewasa ini. Kita baring ditengah jalan menunjukkan marah kita. Kita rosakkan dan tendang kereta Sultan bagi menunjukkan rasa tidak bersetuju kita. Kita bakar Bendera Negara kita kerana kebencian kita. Kita berarak dijalanan atas kerana bantahan kita. Kita minta negara luar menolong kita memburukkan negara kita sendiri. APAKAH SEMUA INI PATUT?

Ramai orang melayu sinis bila bercakap mengenai istilah Politik. Kata mereka politik itu kejam dan jahat. Saya sehingga kini antara percaya dengan tidak dengan tuduhan sedemikian. Kerana pada pandangan saya kerana politiklah islam dan bangsa dalam negara ini dapat kita pertahankan. Kerana pemimpin politik melayu yang adalah negara kita membangun sehingga sehebat sekarang ini. Cumanya, politik itu jahat dan kejam kepada mereka yang menyalahgunakannya. Dan pada hemat saya yang sangat menyalahgunakan politik ketika ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim danPak Nik Aziz serta juga Pak Hadi awang. Apakah Tun Razak, Dato Onn Jaafar, Datuk Husein Onn, Tun Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Badawi telah menyalahgunakan politik? Bagaimana dengan idea pembangunan yang telah mereka bawa dimana kerananya negara ini membangun dengan hebat. Dimana kerananya anak-anak melayu dalam negara ini ramai yang mencapai kejayaan dunia dan akhirat? Kerana politik merekalah, ramai kalangan melayu berjaya dengan kerjaya masing-masing. Kerjaya apa yang telah dicetuskan oleh Pak Nik Aziz kepada muslimin di Malaysia yang sangat hebat itu? Apa yang telah Pak Hadi Awang buat untuk menyemarakkan islam didunia ini? Politik kedua pemimpin inilah yang sebenarnya politik jahat yang hanya memecahkan umat. Tuduhan yang keluar dari mulut Nik Aziz dengan mengatakan penyokong UMNO tak akan masuk kesyurga adalah satu elemen memecahkan umat. Menyinggong dan berniat jahat. Mungkin hasil hasutan pemimpin DAP ( musuh islam yang jelas ). Kenapa setelah berpuluh tahun bertindak sebagai pemimpin, Nik Aziz dan Pak Hadi masih kurang kematangan dalam melihat dan menyedari wabak perpecahan yang semakin serius sekarang ini?.

Blogger semua,
Bijaksana dalam penulisan blog sahaja belum merupakan jaminan dan kelulusan untuk menyatakan anda semua matang dalam politik negara. Ia tidak memberikan "blankets approval" kepada anda untuk menulis sesuka hati hingga memporak-perandakan bangsa.
Sikap kebertanggungjawaban kita kepada perpaduan dan kesatuan bangsa yang selama ini menjadi penyebab kearah kemajuan umat ini sangat perlu dipertahankan. Sepatutnya kita merasakan sangat bersalah jika penulisan kita telah mencetuskan elemen perpecahan dikalangan bangsa melayu kita.

Sekarang ini kerajaan melayu memerintah sangat lunak suaranya kepada semua kaum dan bangsa dalam negara. Kadang kelunakkan itu sampai ketahap sangat membimbangkan kita semua. Kenapa ini terjadi????Bukankah PAS dan melayu dalam PKR yang mendesak pemimpin pemerintah melayu bertindak sedemikian rupa? Melayu pemerintah kini merasakan gangguan sehingga mereka tidak lagi boleh merasakan diri mereka kuat seperti semula. Yang nyata sekumpulan besar melayu telah dikempen agar membenci pemerintah melayu. Apakah tindakan itu betul pada jangkaan kita?. Apakah kita masuk dalam istilah matang berjuang dengan berlakunya perpecahan umat ini?

Tuan Puan berhak untuk menilai dan memikirkan apa yang baik untuk bangsa dan agama tuan-puan. Kalau tersungkur maka bersama-samalah kita tersungkur. yang pasti bukan sahaja melayu dalam UMNO, malah juga melayu didalam PAS dan DAP yang saban hari mendakwa mereka yang benar dalam segala hal. Amin....

Tiada ulasan: