SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 8 November 2009

Kenapa PAS berpatah arang? Kan elok berpadu dengan UMNO!!!

Terlalu banyak manafaatnya jika PAS mengadakan langkah perpaduan dengan UMNO. Tidak ada sesiapa yang menghalang untuk PAS dalam masa yang sama berkawan baik dengan DAP maupun PKR. Tetapi bersama-sama dan bekerjasama dengan UMNO demi kebaikan dan kesejahteraan umat melayu islam, bukankah satu kebaikan yang maha besar? Justeru itu, kenapa pemimpin PAS yang ditunjangi oleh Tok Guru Nik Aziz sangat degil dan keras batu untuk menjadikan langhkah perpaduan itu satu kenyataan?

Saya membuat beberapa siri tinjauan dikalangan rakyat islam biasa di Seremban dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Besut Terengganu. Saya mendapati rakyat tidak tertarik dengan langkah keras hati Tok Guru Nik Aziz itu. Namun mereka tetap menyayangi beliau selaku seorang alim dalam islam. Ramai juga dikalangan mereka yang menganggap Tok Guru tersebut telag "nyanyuk" dan terlalu memutar belitkan alasan akibat penyakit "nyanyuk" yang dihidapinya ketika dewasa ini. Kajian juga mendapati populariti PAS ketika ini jauh menurun, berpunca daripada karenah Tok Guru Nik Aziz dan Sdr Husam Musa yang pada rakyat menjadi
"pembatu Api" kepada kebanyakan tindakan yang Tok Guru Nik Aziz lakukan.

Kita balik semula kepada soal perpaduan PAS dengan UMNO. Jika berjaya dilaksanakan, ini adalah langkah paling baik dan paling berani diambil demi survival islam dan melayu diMalaysia pada tahun ini. Mana dia pemimpin hebat melayu islam Malaysia yang berani memulakan langkah tersebut. Rakyat akar umbi menunggu sekian lama, lebih-lebih lagi yang sudah agak bosan dengan persengkitaan politik dua parti terbesar melayu itu.

Saya juga mengingatkan bahawa terlalu banyak kebaikan dan manafaatnya hasil dari langkah perpaduan antara UMNO dengan PAS. Walaupun juga terdapat beberapa kesan negatif akibat langkah perpaduan tersebut, tetapi kesan negatif itu adalah turutan dari sikap buruk dan jahat kalangan pemimpin yang berkepentingan peribadi. Dalam perpaduan yang diujudkan, kedua belah pihak tentunya akan memperolehi kemenangan, sama ada pemimpin maupun mereka yang hanya bergelar ahli biasa. Sudah tentu bagi negeri Kelantan, isu wang ehsan atau royalti, bukan lagi merupakan satu sengkita dalam perbincangan. Bahkan kemungkinannya pemimpin PAS negeri itu akan diberikan tugas dan tanggungjawab bagi mengendalikan segela urusan minyak dipantai Kelantan sepenuhnya. Sekarang ini ujud konflik diantara PAS dan UMNO mengenai perkara minyak diPantai kelantan kerana perpaduan tidak menjadi kenyataan. Perpaduan tidak menjadim kenyataan, kerana Tok Guru MB Kelantan itu keras kepala dan hatinya. Satu sikap dan sifat yang tidak harus ada pada hati dan jiwa seorang Ulamak Besar seperti Tok Guru Nik Aziz.

Saya kira rakyat Kelantan harus memberi peluang kepada UMNO memerintah negferi tersebut selepas PRU ke 13 akan datang ini. Kita cuba tengok bagaimana kemajuan fizikal dan mental serta keagamaan rakyuat dan negeri tersebut dibawah pemerintahan UMNO berbanding dengan dibawah PAS selama lebih 18 tahun ini? Saya yakin UMNO akan mampu membawa sinar harapan kepada rakyat kelantan. Gulungan cendiakawan telah tersedia dinegeri tersebut dengan ramai sekali. Yang selama ini menimba ilmu dan kemahiran dinegeri-negeri yang diperintah oleh UMNO dan BN. Mereka ini akan kembali ke Kelantan untuk menabur bakti dan akan mempastikan rakyat kelantan tidak akan menanggung merana dibawah pemerintahan UMNO. Tok Guru Nik Aziz sepatutnya merasa kasihan dengan rakyatnya yang sanggup miskin demi sayangkan beliau selaku MB dan ketua mereka. Tok Guru Nik Aziz, selaku Ulamak sepatutnya tahu prihatin dan sangat merasa sedih bila mengenangkan kesanggupan rakyat dibawah pemerintahannya yang, biarkan makan ikan kering saban hari, namun menolak beliau tidak sekali. Hati-hatri mereka ini sebenarnya inginkan perubahan pada taraf kehidupan mereka. Namun Ketua mereka tidak memilki kemampuan tersebut. Sedang mereka juga tidak memilki kemampuan untuk menolak Ketua mereka. Tok Guru Nik Aziz, jika "jantan" harus mengalah dan memberi ruang kepada UMNO untuk membela rakyat kelantan yang selama ini sangat sayang kepada beliau.

Selepas drp Wang Ehsan disalurkan kepada rakyat negeri Kelantan, maka akan beralku banyak perubahan kepada fizikal dan tubuh diri rakyat kelantan itu sendiri. Ia nya bukan hasil minda dan kerja payah pemimpin PAS negeri, malah hasil dokongan dan keprihatinan pemimpin persekugtuan dibawah teraju UMNO. Pemimpin PAS negeri janganlah mendabik dada dan berbangga bahawa kononnya usaha itu adalah usaha jerih payah mereka teriak selama ini....!!!!
Ia akan memalukan diri anda sendiri.
Rakyat pandai mengukur dan menilai bahawa dengan teriakan anda-anda semua...
Minyak tidak akan terpancul keluar dari bumi ini.
Jika UMNO memerintah negeri Kelantan,
Bukan sekadar 50sen wangehsan akan diperolehi,
Malah lebih lagi.
Seluruh masjid disemua jajahan dan daerah serta perkampungan dalam negeri,
akan berseri-seri...tentunya selesa kepada akar umbi..
melakukan amal ibadat tanpa gangguan pepijat.
Percayalah...telah banyak bukti
Bahawa UMNO boleh kita percayai.