SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 2 Disember 2009

Pakatan Pembangkang Cakap Tak Serupa Bikin. Habukpun Tak Ada.

Bila ku mengimbas semula akan kemarahan rakyat jelata kepada UMNO dan rakan Barisan Nasionalnya semasa PRU ke 12 dulu, aku menjadi gerun dan separuh ketakutan. Begitu marah dan jijiknya sebahagian besar rakyat jelata kepada parti pemerintah itu tidaklah terkira. Alasan mereka ialah UMNO dan Barisan Nasional selama ini telah mengamalkan rasuah, penyelewengan, nepotisma, kronisma, gila harta dan kedudukan dan berbagai-bagai lagi. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, Husam Musa, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan lain-lain lagi adalah pemimpin yang sangat lantang bekerja keras mempropaggandakan isu-isu tersebut untuk dimuatkan kedalam minda rakyat Malaysia. Sebahagian besar generasi muda terpengaruh dan mengalihkan undi mereka kepada Pakatan Pembangkang, menyebabkan PAS telah memperolehi lagi satu negeri, DAP memperolehi Pulau Pinang dan PKR memperolehi Selangor. Sementara itu Wilayah Persekutuan hampir semua dibolot oleh Pakatan pembangkang.

Benarkan rakyat ikhlas dalam menerima alasan-alasan propagganda pimpinan Pakatan pembangkang tersebut????Atau sebenarnya undi yang diberikan kepada mereka itu hanya sebagai satu amaran kepada BN sahaja? Jawapannya sama-samalah kita tunggu dan nantikan dalam PRU ke 13 nanti, setelah UMNO dan BN sehingga kini mengakui kesilapan mereka dan berusaha untuk berubah secepat yang mungkin.

Sebaliknya kini Pakatan Pembangkang yang telah mememangi banyak negeri dalam Pru ke 12 itu telah mula menunjukkan "punggung" mereka yang sebenar. Sama ada putih melepak ataupun rupanya penuh dengan kudis dan kurap!!!!

Rupa-rupanya "punggung" Pakatan Pembangkang itu penuh dengan kudis dan kurap. Mereka rupanya "mengata orang diri yang lebih" Dewasa ini timbul berbagai cerita mengenai kerakusan sebahagian besar pimpinan Pakatan Pembangkang untuk mengejar kuasa dan harta. Sekalipun cuba dibendung oleh Pemimpin PAS, namun sikap yang telah menjadi darah daging itu agak sukar untuk mereka hapuskan dari tabiat seharian mereka. Perbuatan maksiat bukan sahaja berleluasa, malah mereka sanggup pula bermati-matian untuk mempertahankannya, jika ianya berlaku kepada pimpinan mereka. Ini semua sudah maklum, sebagaimana yang berlaku kepada Elizabeth Wong di Selangor. Di Kedah juga terjadi. Dan yang paling popular sekali ialah kes maksiat DSAI sendiri dengan seorang remaja lelaki bernama Saiful. Tindakan yang tidak telus Ketua Menteri Pulau Pinang sememangnya telah diketahui umum, bilamana beliau tidak berkata benar tentang transexy Tanah di Pulau tersebut. Apabila didesak barulah membuat berbagai alasan untuk memperbaiki segala tindakan curang yang dilakukannya. Apa yang tidak dilakukan oleh pimpinan Pembangkang yang suatu ketika dulu sebelum 2008 amat mereka benci sekali.

Jelas sekali apabila kuasa berada ditangan mereka, mereka melakukan perbuatan jahat lebih dari syaitan yang dilaknati Allah SWT. Seorang yang sangat rapat dengan sejadah seperti Ulamak dan Mursidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz sangat suka bersikap kroni. Semua kita mengetahuinya bahawa menantunya dilantiknya untuk memegang sebuah badan berkanun negeri. Apabila ditimbulkan kes tersebut, barulah beliau mengarahkan pemberhentian anak menantunya itu. Tapi adakah tindakan tersebut dapat diterima. Perbuatan telah berlaku dan fakta itu tentunya dapat kita gunakan sebagai alasan kenapa kita mula tidak hormat dan percaya kepada Tok Guru itu.

Kita sebenarnya sangat bersalah dalam membuat perkiraan dan menentukan keputusan memberikan undi kita kepada Pakatan pembangkang dalam pilihanraya yang lalu. Terang dan jelas, PKR itu tidak memiliki apa-apa dasar perjuangan yang murni seperti UMNO, MCA dan MIC. Terang sekali PKR itu hanyalah sebuah parti yang memperjuangkan DSAI sahaja. Mati DSAI maka matilah PKR. Sama-samalah kita tengok nanti. Kaum India yang ramai dalam PKR itu bukannya memperjuangkan DSAI tetapi sebaliknya memiliki sifat oportunist dan berusaha untuk mempopularkan diri peribadi masing-masing sahaja. Hanyalah sekadar mempraktikkan ilmu pendidikan yang mereka pelajari di Pusat-Pusat Pengajian tinggi.

Itulah sebabnya aku katakan mereka "cakap tak serupa bikin". Kononnya mereka nak menghapuskan rasuah tetapi mereka yang hantu rasuah. Konon mereka nak melihat perjalanan Majlis-Majlis Berkuasa tempatan dengan licin, tetapi mereka yang kaki samseng cuba bertindak tidak adil dengan kakitangan majlis-majlis berkuasa tempatan. Terdapat sebilangan pemimpin Pakatan pembangkang cuba bertindak seperti mafia. membela samseng jalanan untuk melaksanakan segala tugas jahat mereka. Cuba tengok sekarang apa yang berlaku di Selangor dasn Pulau Pinang. Apakah kedua negeri tersebut bertmabah maju dibawah Pakatan Rakyat? TIdak. Bahkan pendapatan negeri bertambah berkurangan.

Oleh itu lu fikirlah sendiri dan jangan Tanah Melayu terjajah kembali. Kekalahan UMNO adalah hasil perbuatan anda sendiri dan jika itu berlaku, Tanah Melayu seolah kembali kezaman British.

Tiada ulasan: