SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 7 Disember 2009

UMNO SEPATUTNYA DENGAN PAS KERANA CINA SEBENARNYA MCA TIDAK, GERAKANPUN TIDAK TAPI MAJORITI JILAT DAP. APAKAH ERTINYA INI?

Saya cuma sekadar meminta orang-orang melayu merenong sedalam-dalamnya agar tidak menyesal dibelakang hari. Apakah ertinya semua tindakan tak keruan yang berlaku dalam MCA pada masa ini? Kenapakah isu BTN yang hangat pada minggu lepas itu kononnya dibocorkan dari seorang pemimpin kaum cina dalam kerajaan? dan kenapakah begitu berani sekali seorang CC kepimpinan MCA mengatakan pemimpin UMNO yang mendalangi perpecahan dalam MCA masa kini? Dan kenapa berduyun-duyun kaum cina menukar sokongan mereka kepada DAP dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu? Tidak mungkinkah sekalilagi berbakul-bakul kaum tersebut akan menumpahkan sokongan mereka kepada DAP pada pilihanraya umum ke 13 yang akan datang pula?

Cuba renongkan dalam-dalam...
Apakah tidak ada terlintas diminda anda semua bahawa mereka memiliki sabuah agenda yang lebih besar dari hanya sekadar bersikap menyokong UMNO memanjang sehingga hari kiamat?
Saya menjangkakan gesaan TPM untuk semua CC melepaskan jawatan akan sekali lagi membawa kepada tindakan "surung dan tarik". Dan akhirnya akan menjatuhkan kredibiliti pemimpin negara ( Tan Sri danDatuk Seri itu ). Ada mereka perduli????Mereka jelas tidak kisah dikatakan mementingkan kepentingan peribadi. Yang mustahak agenda bangsa mereka tetap berjalan dengan licin dan "menuju kepuncak kejayaan".

Pesimistik???
Oh Tidak,
Lihatlah nanti pada suatu ketika,
Pemimpin mereka menjadi PM Negara,
Barulah yang serupa Nik Aziz itu ternganga,
Yang serupa Mahfuz itu menjadi Kelu untuk berkata,
Yang serupa Anwar itu, nak beli gula pun, sekupang takde.

Jangan membuang waktu yang masih sedikit jua,
Bersatu dan berpadulah UMNO dan PAS,
Tidak mengapa jika MCA, GERAKAN dan DAP bercium setiap ketika,
Namun jangan hiraukan mereka,
Kita luruskan barisan bangsa,
Bersatu dan berpadu jua,
Kentalkan semangat perjuangan,
Tidak ada yang lain melainkan hanyalah kita sahaja,
Menghidupkan pelita perjuangan bangsa.

Apakah salah TPM menjadi dua,
Satu untuk PAS dan satu untuk kita?
Apakah salah kabinet terdapat muka mereka...
Jangan berikan ruang untuk menang tapi hanya nombor 3,
Selepas PKR dan DAP.
Kerana jika melayu pecah tiga nanti,
Dan Cina bersatu dalam DAP,
Mungkin Lim Kit Siang menjadi PM ketujuh adalah tidak mustahil.

Tiada ulasan: