SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 11 Januari 2010

KUTUKAN!

Saya menyokong kutukan yang dibuat oleh Perdana Menteri, kepada sesiapa jua yang membuat angkara membakar gereja satu dua hari yang lepas. Kepada umat islam sekalian, jauhkan diri anda dari perbuatan yang dilaknati oleh ALLAH swt itu. Allah tidak menyuruh kita melakukan perbuatan menjahanamkan rumah ibadat apa agama sekalipun, melainkan mereka yang bermusuhan dengan kita.

Apakah gereja yang dibakar itu bermusuhan dengan kita, penganut islam dinegara ini?????
Siapakah yang mengarahkan mereka berjuang habis-habisan untuk memohon kepada mahkamah bagi menggunakan nama ALLAH SWT????
Apakah ada kumpulan atau manusia-manusia jahat dibelakang mereka????
Nampaknya sudah sampai masanya mubaligh islam dan gulungan tabliq muslim membuat peranan mereka secara terang-terangan menyeru manusia kearah jalan yang benar dan diredai Allah. Sudah ketikanya para mujahid dan tabliq menerangkan bahawa kita berada dijalan yang lurus dan diredai sehingga kiamat kelak. Jelaskan mengikut akidah dan syariah yang berdasarkan fakta dan kebenaran samada dari sudut sejarah dan kata-kata ( firman ) dari NYA jua. Berani kerana benar dan takut kerana salah. Jangan tunggu mereka menyesali nasib dan kesilapan mereka. Diakhir zaman setelah ISA mengatakan kebenaran, maka baru bertimbun-timbun mereka nak masuk. Itu dikira telah terlambat. Sekaranglah waktunya yang paling sesuai jika ingin negara berterusan berada dalam keharmonian. Ketika itu sesiapa pun boleh guna nama ALLAH SWT. Amin.......