SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 11 Januari 2010

BERBEZA SAMA SEKALI!!!!!!!!!

Seringkali saya menjelaskan kepada rakan-rakan dari kaum Cina dan India bahawa kita tak boleh menjadikan pemilihan Barrak Hussein Obama selaku Presiden Amerika Syarikat itu sebagai contoh ikutan kita dalam membuat pemilihan Perdana menteri malaysia. Saya berikan alasan yang munasabah iaitu seperti dibawah ini:-
.......... Semua Presiden Amerika Syarikat adalah berasal dari kaum pendatang. Samada ianya berkulit Putih, Choklat, Biru, Hitam ataupun kelabu. Orang asal / asli Amerika Syarikat ialah Bangsa Red Indian.........

Di Malaysia, suasana agak berbeza dimana majoriti rakyat negara ini adalah terdiri dari bangsa asal/asli yang menduduki negara ini beribu tahun yang silam. Sedang kaum Cina dan India menduduki negara ini baru sekitar 100 tahun yang silam. NALURI orang asal/asli negara ini tidak akan berkompromi dan tidak akan dapat menerima seorang Cina atau India menjadi Perdana Menteri mereka. Sekalipun mereka seorang islam yang memiliki iman dan kehebatan setinggi Gunung Kinabalu. Mungkin berbeza jika kaum yang asalnya mendatang ini jumlahnya melebihi penduduk asal. Selagi majoriti menyebelahi kaum asal/bumiputera, maka agaknya sukar untuk kaum tersebut memberikan peluang kepada kaum asal mendatang ini menjawat jawatan nombor satu itu. Ini adalah hakikat dan realiti OTAK/MINDA bumiputera. Tidak sekali-jkali melepaskan jawatan nombor satu itu kepada kaum asal asing sekalipun nampaknya sekarang ini seperti boleh dilakukan oleh mereka.

Apakah salah? Apakah tidak matang? Apakah bertentangan dengan gagasan !MALAYSIA jika bumiputera berusaha untuk mempertahankan status-quo yang ada sekarang ini? Apakah perkauman jahat namanya jika bumiputera mempertahankan haknya yang sebenarnya HAKNYA. Kita hendaklah menyedari bahawa terdapat begitu ramai bumiputera dalam negara ini begitu TAKUT akan kehilangan HAK yang telah pemimpin mereka perolehi dwengan jerih dan kepayahan suatu ketika dulu. Dalam pada kita melaungkan 1MALAYSIA, apa yang menjadi kerisauan kita ialah kehilangan hak satu demi satu. Kita teralalu banyak bertolak ansur dan bertoleransi sedang mereka langsung tidak berbuat seperti kita. Hak mereka pasti sekali tidak terlepas dan berganjak berkurangan, malah bertambah. Yang berkurangan adalah hak kita dan mereka terus meminta. Saya kurang berkemahiran, tetapi saya ingin bertanya bukankah ini satu jenis kebodohan dan kepintaran????

Tiada ulasan: