SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Jumaat, 9 Julai 2010

P.166 LABUAN. KONFLIK DIKALANGAN KEPIMPINAN MELAYU BOLEH MENGAKIBATKAN BN KALAH DALAM PRU KE13!!!!!!

Jika ada sesiapa diantara kita yang tersangat yakin P166 Labuan adalah kawasan "Fixed Deposit" bagi BN, disini saya ingin peringatkan, bahawa jika silap-silap PRU ke 13 ia akan menjadi satu kawasan ""bencana"" bagi parti yang memerintah negara itu. Terdapat beberapa unsur atau faktur logik yang menyebabkan "statement: diatas ini menjadi tajuk penulisan saya pada kali ini. Bukannya merupakan satu amaran kepada pucuk pimpinan BN, tetapi ianya merupakan satu pemberitahuan secara terbuka, supaya kepimpinan BN lebih serius dalam menangani permasalahan di Wilayah Persekutuan Labuan ini. Suasana yang berlaku sekarang sangat bertentangan dengan aspirasi Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional. Jelasnya kita nampak bahawa jika PM membuat kunjongan atau menghadiri sebarang program yang diaturkan utnuk beliau, ada sahaja pengumuman yang menyenangkan hati rakyat yang akan beliau buat. Semua maklum bahawa semua itu, diantara tujuannya ialah rakyat akan rasa selesa dibawah kepimpinan beliau, lantas memberikan undi mereka semasa PRU ke 13 kelak. Tetapi yang berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan sangat bertentangan dengan aspirasi Pm atau Aspirasi BN itu. Saya tampilkan dua perkara yang sangat bertentangan dan amat menimbulkan kemarahan rakyat pengundi sekalian.

1. Penguatkuasaan Undang-Undang Taman Laut Negara di Pualu Kuraman, Pulau Rusukan Kecil dan Besar
dengan menangkap dan mengambil tindakan kepada Nelayan Tempatan yang menangkap ikan di kawasan perairan Taman Laut Negara tersebut. Tindakan Penguatkuasaan tersebut sangat-sangat-sangat menimbulkan rasa amarah Nelayan Tradisional yang sebenarnya merupakan pengundi Melayu yang sangat mendatangkan impak buruk kepada hasil PRU ke 13 kelak kepada BN. Sejak turun temurun, kawasan laut tiga Pulau tersebut adalah kawasan Nelayan Tradisi ini mencari razeki sesuap nasi. Dan kini akibat dari tindakan Penguatkuasaan Jabatan Maritim Labuan, Punca Rezeki mereka terhalang dan sudah tentu mereka marah dan jika silapangkah, mungkin nudi mereka akan diberikan kepada DAP atau PKR atau PAS, yang mana satu bertanding mewakili Pakatan Rakyat.

Bukannya tidak boleh menguatkuasakan undang-undang dan peraturan tersebut. Tetapi sekarang ini bukanlah masa yang sesuai. Nelayan Labuan juga faham sefahamnya akan maksud dan tujuan penguatkuasaan peraturan tersebut. Tetapi biarlah dalam keadaan yang tidak tersangat drastik dan mengejutkan mereka. Dalam masa peluang pekerajaan anak-anak mereka terhimpit akibat kurangnya peluang pekerjaan, dalam masayang sama punca rezeki bapa-bapa mereka terhalang dengan peraturan yang masih mampu di "grace periodkan" oleh kerajaan BN.

Perkara ini, jika nak dihuraikan panjang lebar, tidak cukup dengan dua tiga jam. Terlalu banyak pro dan kontranya. Cukup sampai disini dan diharap pihak berwajib study perkara ini dengan serius.

2. Pertukaran dari Sabah Land Ordinance kepada Kanun Tanah Negara kepada peraturan dan undang-undang tanah di Wilayah Persekutuan Labuan. Pada masa ini undang-undang tanah di Wilayah Persekutuan Labuan disamakan dengan Undang-Undang Tanah di Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Saya kurang pasti samada perubahan tersebut dialu-alukan oleh rakyat Labuan atau sebaliknya. Tetapi yang nyata sepanjang mesyuarat Agung UMNO 30 buah cawangan-Cawangan pada bulan Jun 2010 yang lalu, seluruh UMNO Cawangan menyatakan rasa terkejut dan kesal diatas perubahan undang-undang tanah tersebut. Kononnya Kanun Tanah Negara yang diaplikasikan ini sangat menyusahkan rakyat. Alasan mereka mana logiknya hanya seorang drp adik beradik yang boleh masuk nama pada tanah waris satu ekar kebawah, manakala adik beradik yang lain tidak dibenarkan oleh undang-undang tersebut. Ketika Sabah Land Ordinance dikuatkuasakan, semua ini tidak berlaku dan sangat menyenangkan pemilik tanah masing-masing.
Mana-mana adik yang ingin membuat pengeluaran wang dari KWSP untuk menambah kewangan bagi menyiapkan pembinaan rumah akan terhalang akibat nama mereka tidak ada dalam pemilik tanah yang sebenarnya mereka berhak.

Mungkin kerajaan mempunyai alasan yang konkrit berbuat demikian. Namun bukankah kesukaan rakyat dan keselesaan rakyat pengundi merupakan juga satu matlamat yang seharausnya diutamakan, lebih-lebih lagi menjelang PRU ke 13 ini. Apakah ini selari denga aspirasi PM?. Kenapa kita boleh Over-lo0k dengan tindakan seperti ini? Kenapa seolah-olah setengah Kementerian tidak melaksanakan tindakan mereka selari dengan aspirasi PM?

Cerita tentang ketidak serasian tindakan setengah Kementerian dengan Tindakan PM ini hanya satu subjek sahaja. Kita belum menimbulkan permasalahan lain lagi. Umpamanya KONFLIK UMNO diperingkat Bahagian yang asyik dan sering berebut dan mempertahankan pengaruh masing-masing. adang sehingga terlupa bahawa UMNO adalah sebuah parti landasan perjuangan bangsa. Yang jika ininya jatuh berkecai seluruh bangsa juga akan jatuh bertaburan. Tetapi kerana "gila Kuasa" kepimpinan yang mengejar harta dan kuasa,,,apa mereka peduli dengan kehancuran parti yang berjasa itu.

Tolonglah. KepAda sesiapa yang berkenaan atau yang makan cilli dan terasa pedasnya itu, bermuhasabah dirilah segera. Dan pihak kepimpinan BN serta UMNO khusunya, beringatlah sebelum NASI MENJADI BUBUR KACANG. Dah tak ada erti jika itu telah terjadi!!!!!

Tiada ulasan: