SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Jumaat, 2 Januari 2009

PENYOKONG PAS DI WAKAT MEMPELAM JANGAN """TAKSUB""". Pemimpin PAS bukan RASUL ALLAH. Mereka banyak membuat KESALAHAN.

KEPADA PENYOKONG-PENYOKONG PAS DI WAKAF MEMPELAM, JANGAN TAKSUB. PEMIMPIN PAS JUGA BANYAK MEMBUAT KESALAHAN. MEREKA BUKAN RASUL ALLAH. ANTARA KESILAPAN DAN KESALAHAN MEREkA:-

1. Selaku parti dalam Pakatan Rakyat, PAS tidak dapat buat apa-apa dengan penghapusan DEB di Pulau Pinang oleh Ketua Menterinya dari DAP.

2. Pemimpin PAS tidak dapat memperjuangkan orang-orang islam yang tinggal berhampiran tapak Ladang Babi yang diura-urakan untuk dibina di Selangor, walaupun mereka bersama memerintah negeri tersebut.

3. Dulu PAS pernah mengharamkan Cukai Babi dan Arak, kenapa sekarang berubah malah menyokong penternakan babi di Selangor dan Kedah.

4. Dulu kata Datuk Seri Abdullah sebagai Menteri babi, sekarang kenapa tak kata Khalid Ibrahim dan MB kamu di Perak sebagai Menteri Babi?

5. PAS sekarang sudah boleh menerima non-muslim sebagai ahli gabungannya. Oleh kerana itu PAS tidak lagi sekadar berjuang untuk muslim sahaja. Tidak spt dulu.

6. PAS juga menyokong pemberikan hasil Zakat kepada orang bukan islam.

7. Ramai Pemimpin PAS sekarang ini bukan berpendidikan Ugama. Dan berlaku persengkitaan antara kumpulan ini yang dipanggil erdogan dengan Pemimpin PAS yang berlatarkan ugama.

3 ulasan:

Taminsari berkata...

Salam...

Ulama sesat mengaku pewaris Nabi..

Dalam usahanya untuk menimbulkan kebencian kepada UMNO dan pemimpinnya, Pas pernah mendakwa mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak ulama.
Seperti biasa ahli-ahli Pas dan pemimpin-pemimpinnya menerima dakwaan ini dengan begitu mudah dan terus membencikan UMNO dan pemimpinnya. Demikianlah kebencian ini sehingga mereka tidak lagi boleh menerima sebarang penjelasan berkenaan dengan benar atau tidak tuduhan yang keterlaluan ini. Namun yang benar mesti dipertahankan juga jika agama Islam dan perpaduan serta kekuatan umat Islam hendak diwujudkan seperti yang diajar oleh agama Islam yang suci.

Mengikut hadis yang selalu disebut oleh ramai daripada mereka yang berpelajaran agama, ulama adalah pewaris Nabi. Makna pewaris tidak begitu jelas. Apakah oleh kerana ulama menjadi pewaris Nabi maka segala kenyataan yang dibuat oleh ulama adalah setaraf dengan hadis dan sunah Nabi?

Jika ya, maka apakah kenyataan dan perbuatan yang dilakukan oleh ulama menjadi sebahagian daripada ajaran agama Islam yang tidak boleh dipertikaikan seperti mana al-Quran dan hadis-hadis Nabi yang sahih tidak boleh dipertikaikan? Apakah dengan ini umat Islam perlu menerima ulama sebagai setaraf dengan Rasulullah.

Jika ya, maka apakah ini bermakna bahawa Nabi Muhammad s.a.w bukanlah Nabi yang terakhir, bahawa selagi ada orang yang diberi gelaran ulama maka selama itulah akan ada nabi-nabi dalam Islam?

Penulis tidak fikir ulama zaman ini yang sering mendakwa bahawa mereka adalah pewaris Nabi bermaksud bahawa ulama adalah setaraf dengan Nabi atau adalah Nabi. Agama Islam amat jelas dan tegas bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah Nabi yang terakhir yang menjadi Rasulullah dan tidak akan ada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w. Seperti juga kita tidak boleh menyekutukan Allah s.w.t. kita tidak boleh menyamakan sesiapa lain selepas Nabi Muhammad s.a.w sebagai sekutunya.

Jika ulama bukan Nabi atau setaraf dengan Nabi maka mereka tentulah tidak maksum dan ajaran mereka tidak semestinya benar. Mereka boleh buat salah dan ajaran mereka boleh ditolak. Ini bermakna mereka yang diiktiraf oleh masyarakat sebagai ulama juga tidak semestinya betul dalam ajaran mereka dan tafsiran yang dibuat oleh mereka. Orang lain, ulama lain boleh mempertikaikan ajaran mereka dan mereka yang mempertikaikan ajaran seseorang ulama tidaklah boleh dianggap sebagai menolak ajaran Islam atau menjadi tidak Islam. Sebab itu kita mempunyai berbagai-bagai mazhab mengikut ajaran ulama-ulama tertentu.

Walaupun kita akui bahawa ulama adalah pewaris Nabi tetapi mereka bukan Nabi dan bukan memiliki sifat-sifat Nabi, namun gelaran ulama masih juga menjadi satu gelaran yang mulia dan mereka yang menjadi ulama perlu diiktiraf sebagai pakar dalam bidang agama, dan pendapat mereka perlu dihormati dan tidak ditolak atau dipertikaikan dengan sewenang-wenangnya.

Memandangkan bahawa ulama adalah orang yang dimuliakan oleh umat Islam, dan sifat-sifat yang ada pada mereka adalah mulia, siapakah yang layak digelar ulama? Bolehkah kita memberi gelaran ini kepada sesiapa sahaja? Bolehkah kita terima tanpa soal siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama dengan tidak meneliti asas-asas dakwaannya?

Bolehkah kita iktiraf sijil atau keahlian dalam pertubuhan tertentu sebagai kelayakan untuk digelar ulama? Bolehkah kita dengan begitu mudah mengakui seseorang itu adalah pewaris Nabi, semata-mata kerana ia, dan mungkin juga orang-orang yang mempunyai kepentingan yang sama, mendakwa bahawa ia adalah seorang ulama? Dalam sejarah Islam terdapat ramai juga tokoh yang diberi gelaran ulama. Keempat-empat imam Ahli Sunah Waljamaah iaitu Imam Shafie, Imam Hanafi, Imam Hambali dan Imam Maliki diiktiraf oleh semua orang Islam Sunni sebagai ulama.

Demikian juga mereka yang mengkaji dan memperakui hadis-hadis Nabi seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi dan lain-lain diterima oleh umat Islam sebagai ulama. Mereka ini mendapat gelaran ulama kerana pengetahuan mereka yang begitu mendalam berkenaan dengan agama Islam dan kemampuan mereka mempertahankan pendapat mereka tentang ajaran Islam. Mereka juga menjangkau usia yang tinggi sebelum ajaran mereka diterima oleh pengikut-pengikut. Pada ketika itu barulah mereka diberi gelaran ulama secara konsensus oleh masyarakat semasa. Tidak ada sukatan terhadap taraf pelajaran mereka yang dibuat. Tidak ada sijil ulama yang diberi. Yang berlaku hanyalah umat Islam ketika itu dan kemudiannya menerima mereka sebagai ulama.

Mereka ini hanya didorong oleh kepentingan agama Islam. Mereka tidak dipengaruhi oleh kepentingan-kepentingan lain, termasuk kepentingan politik. Mereka bukan ahli mana-mana parti politik dan dengan itu tidak mempunyai keperluan mempertahankan politik parti mereka atau pun ahli-ahli parti mereka. Mereka inilah ulama Islam yang sebenar-benarnya.
Hari ini sesiapa sahaja boleh diberi gelaran ulama. Bahkan mereka yang menggelarkan diri sebagai ulama mempunyai persatuan yang mana ini tidak pernah diadakan di zaman silam. Sesiapa yang menjadi ahli dalam persatuan ini kononnya menjadi ulama dan pewaris Nabi.

Dengan ini amatlah mudah bagi seseorang menjadi pewaris Nabi. Syarat untuk menjadi ahli persatuan dan dengan itu menjadi pewaris Nabi tidak dijelas kepada umum oleh persatuan.
Mereka yang mempunyai kepentingan-kepentingan lain, umpamanya kepentingan politik juga boleh mendakwa diri mereka sebagai ulama. Dan mereka juga percaya dan mahu masyarakat menerima mereka sebagai pewaris nabi. Segala dakwaan dan tafsiran agama yang dibuat oleh mereka tidak boleh ditolak, disoal atau dipertikaikan. Walaupun amat jelas yang dakwaan mereka adalah bertentangan dengan ajaran Islam, ia tidak boleh ditolak atau dipertikaikan.

Demikian apabila seorang yang mendakwa dirinya sebagai ulama, membuat kenyataan bahawa Tuhan mencarut, mengguna perkataan yang kotor yang manusia yang beradab dan beradat tidak sanggup menggunanya, maka dakwaan 'ulama' ini tidak ditolak atau dipertikaikan.

Sesiapa yang mempertikaikan kenyataan ini dituduh sebagai antiulama, tidak percaya kepada tokoh yang digelar ulama dan tidak menerima bahawa ulama adalah pewaris Nabi.
Ada juga mereka yang mendakwa bahawa orang yang seperti ini tidak Islam dan harus dibenci. Jika kita tidak boleh menerima semua yang mendakwa diri mereka sebagai ulama di zaman ini di Malaysia, siapakah yang boleh kita terima sebagai ulama dan pewaris Nabi?
Seperti juga di zaman dahulu tokoh agama yang boleh kita terima sebagai ulama ialah orang yang betul-betul alim dalam bidang agama Islam yang tidak ada kepentingan lain selain daripada perasaan bertanggungjawab terhadap kesahihan dan kebenaran ajaran agama Islam.

Orang yang seperti ini berani mempertahankan kebenaran ajaran yang dibuat olehnya dengan alasan yang boleh diterima akal dan berasas kepada al-Quran dan hadis nabi yang sahih. Orang seperti ini juga berani menegur dan membetulkan segala ajaran dan tafsiran yang salah berkenaan agama Islam yang dibuat oleh sesiapa sahaja, termasuk mereka yang mendakwa diri sendiri sebagai ulama. Orang seperti ini akan memberi alasan yang kukuh yang berasas dan berpunca daripada al-Quran dan hadis Nabi yang sahih.

Orang seperti ini tidak akan membenarkan diri dipengaruhi dengan kepentingan diri, dengan kepentingan orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai ulama, dengan kepentingan politik sesiapa, bahkan tidak takut kepada apa-apa tindakan yang mungkin diambil terhadapnya oleh sesiapa, sama ada pemerintah atau bukan pemerintah.

Jika kita terima hanya orang yang seperti ini sebagai ulama yang sebenar maka sudah tentu ramai daripada orang yang mendakwa diri mereka sebagai ulama, dan ramai pengikut yang taksub kepada mereka ini akan kecewa dan marah. Tetapi kemarahan mereka tidak boleh ditakuti oleh orang Islam yang betul-betul berpegang kepada agama Islam yang sebenar.

Janganlah kerana takut kepada orang tertentu dan kerana kepentingan diri atau politik maka orang yang bukan ulama diterima sebagai ulama dan ajaran atau tafsiran mereka diterima secara membuta-tuli. Jika ini dibuat maka akan rosaklah agama Islam yang suci dan akan berpecah dan bermusuh-musuhanlah orang Islam sesama sendiri.

Walaupun orang yang taksub dengan ajaran orang tertentu sehingga sebarang penjelasan berkenaan dengan siapa dianya ulama dan siapa bukan tidak akan diterima, namun penjelasan perlu dibuat juga. Kita sudahpun menyaksikan bagaimana seorang yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahadi telah berjaya mengumpul penyokong yang amat setia kepadanya sehingga mereka sesat dan akidah mereka diragukan. Jika kita tidak ingin melihat orang-orang Islam menjadi sesat kerana terlalu taksub dengan 'ulama' yang berkepentingan lain, maka kita perlu menjelaskan berkali-kali tentang siapa dianya ulama dan apakah yang dimaksudkan dengan 'pewaris' Nabi. Mudah-mudahan akan terselamatlah umat Islam di negara ini daripada kesesatan.

Perbezaan fahaman politik dan ideologi tidak dengan sendirinya akan merosakkan akidah. Tetapi apabila politik dan ideologi dikaitkan secara langsung dengan agama Islam maka agama yang sebenar akan menjadi mangsa. Oleh itu janganlah kita dengan mudahnya menerima siapa sahaja sebagai ulama dan pewaris nabi dan kita membenarkan diri kita disesatkan oleh mereka.

Taminsari
Shah Alam.

perunding berkata...

Dap dah hapus deb di penang?
Najib Nak perlahan2 hapuskan deb.?

kan ketua kampung tu sama2 pergi oversea.?

nak ladang berselerak atau ladang bertoknologi tinggi dan tempat pilihan ruling parti lama.?

tak perlu.

bagus lah berjuang untuk semua.
apa jadi direct membership?

zakat sila rujuk pakar hadis dan pakar 4 mazhab.

pendidikan ugama bagus,professional bagus,Erdogan lagi bagus,ngo pun bagus.

tq.

paneh berkata...

Satu penerangan yang jelas dari Taminsari. Kalangan ulama' dalam Pas ialah ialah ulama tidak larut ilmu.