SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 1 Januari 2009

UMNO dan PAS bercakaran, MELAYU menangis merohong-rohong.

Saya terbaca satu penulisan didalam blog ini, tentunya dari seorang penyokong PAS
kerana dalam penulisan tersebut beliau membangkitkan akan usaha dan keinginan PAS selama ini serta bertanyakan kepada pembaca bahawa semua keinginan dan usaha PAS itu akan mendapat pahalakah ataupun dosakah?. Kononnya penulis tersebut seorang pakar dalam bidang statistik dan jika mengupas sesuatu perkara mestilah berdasarkan statistik. Antara contoh statistik yang beliau berikan ialah dari segi mempertimbangkan kerja-kerja PAS dengan persoalan berdosakah atau berpahalakah?. Malangnya cara dan kaedah statistik penulis tersebut tidak lengkap dan masih boleh dipertikaikan. Saya kurang tahu. Mungkin sekadar 1st degree cuma. Masih belum sampai keperingkat PhD. Jika sampai keperingkat PhD, sepatutnya beliau juga mengetahui bahawa UMNO juga selama ini memperjuangkan ISLAM, malah termasuk juga didalam perlembagaan UMNO sebagai salah satu matlamat perjuangannya selain untuk bangsa melayu dan negara Malaysia. Kenapa perkara ini tidak diperincikan?. Kenapa disembunyikan? Ada maksud tersiratkah? Maka adalah kewajiban saya selaku ahli UMNO untuk memperbetulkan kedangkalan akibat ketuhuran ilmu stastik beliau tersebut. Yang saya kira boleh mengelirukan rakyat dan jika silap berbentuk FITNAH ayunan penulisannya.

1. Apabila PAS berusaha untuk menyemarakan Islam di Malaysia, berdosakah PAS atau berpahalakah PAS? Bagaimana jika UMNO menyemarakkan Islam? Ini juga harus ditanyakan.
Siapa mengujudkan Bank Islam, Insuran ala Islam, Pajak Gadai Islam, LUTH dan sebagainya. Tidakkah UMNO juga mengusahakan pendidikan Islam, memahirkan anak-anak muda dalam hafiz serta berbagai dalam pendidikan islam? DAN BANYAK LAGI yang telah diusahakan UMNO. Kenapa disembunyikan? Berapa banyak uni. di Malaysia. Mana satu yang ditubuhkan oleh PAS? Berapa ramai orang islam yang menjadi pelajarnya?

2. Tentang Arak dan Judi. UMNO MELARAnG KERAS PENGANUT ISLAM MEMASUKI PREMIS YANG BERJUAL ARAK DAN BERMAIN JUDI. Bacalah pada setiap pintu masuk premis tersebut. PASkah yang memberi amaran tersebut?. Lebih jauh drp itu, mereka yang didapati minum arak dan main judi, sekalipun 4D, akan ditangkap dan dikenakan hukuman.
Berdosakah UMNO berbuat demikian. Saya dapat tahu melalui pembacaan blog bahawa disebelah utara negara, selepas berbincang mengenai perjuangan Islam, pemimpin PAS bahagian akan berhenti rehat dalam 10 minit kerana bertujuan membeli 4D. Kalau macam ni, UMNOkah yang berdosa?

3. PAS hanya BERKEINGINAN MENGHAPUSKAN RIBA. Sedang UMNO telah menubuhkan Bank-Bank Islam bukan sahaja dalam Malaysia malah sudah diterima sebaiknya seluruh dunia.
Berdosakah UMNO?. Universiti Islam telah diujudkan oleh UMNO dan dengan pengujudan tersebut, bukankah islam disemarakkan? Berdosakah UMNO?

4. Saya ingin menjelaskan disini ISA adalah undang-undang yang ditubuhkan untuk MENCEGAH segala elemen yang menuju kearah suasana tidak selamat untuk negara. Ini adalah sesuatu yang baik dan murni. DSAI pernah ditangkap dan dimasukkan kedalam penjara semasa beliau demonstrasi bersama penyokongnya bagi membela kebuluran di Baling. Akibatnya negara kacau bilau dan tidak tenteram. Padahal isu yang dibawa oleh DSAI adalah tidak benar sama sekali. Apakah itu salah atau biarkan DSAI mempurak-perandakan negara ini spt keadaan yang berlaku di Thailand ataupun Somalia?.

5. Banyak Program untuk mendekati Allah SWT yang telah dibuat oleh UMNO. Seringlah tengok TV dan buka Radio. UMNO cakap dan bikin. PAS hanya berkeinginan sahaja. Tidak memiliki kuasa untuk mengimplimentasikannya.

6. Mengenai harga minyak yang melambung tinggi dikritik. Kenapa tidak "mengkritik" harga minyak yang telah 7 kali turun setakat ini. Dan insyallah akan turun lagi. Ini kritik yang tidak jujur.

7. PAS banyak menyembunyikan Fakta sebenar yang jika mereka keluarkan fakta tersebut, publisiti tidak menyebelahi mereka.

8. KEBAGAI INGATAN KEPADA PENGANUT ISLAM...JIKA LIM KIT SIANG MENJADI PM AKIBAT PERGESERAN SESAMA PENGANUT ISLAM INI, KEMANA AKAN HUKUM HUDUD TUJU. TENTUNYA KELIANG LAHAD.

6 ulasan:

BERITA PARLIMEN KUALA SELANGOR P096 berkata...

banyak andaian dan fitnah

bungaraya berkata...

BERITA PARLIMEN DARI SELANGOR.
Anda hanya sekadar berusaha untuk sekali lagi mengelirukan pembaca.
Tolong patahkan satu persatu apa yang dianggap fitnah datu andaian. Agar pembaca boleh melihat perkara sebenar. Jangan gunakan cara yang
begitu "mudah" untuk mengelirukan rakyat.

perunding berkata...

tuan bungaraya,
jika dua produk itu identical,
mana satu yang lebih laku?

jika satu membina banyak kedai,
yang mana satu banyak membuat pengisiannya?

lihat program dalam masjid.

kenapa setiap kali parti tuan nampak/rasa/perceive lemah,
maka parti satu lagi dianggap yg memecahkan.

apabila anda kuat,andalah juara perpaduan kaum.
apabila anda lemah,
produk susah nak jual,orang lain serba tak kena.
bangkitlah,
kuatkan struktur pergerakan parti anda.
kebelakangan ini parti tuan nampaknya melawan arus.

maaf kerana tulisan ini berbentuk terlalu umum dan tidak menjawab specifically hujah tuan.

perunding berkata...

perkara 1.

yang baik pahala ,yg buruk dosa.
bandingkan.

perkara 2.
racun di tangan kiri,madu di tangan kanan.pilih yg mana satu?
Islam mengajar suruh yg baik,cegah yg mungkar.

perkara3.
apa scope of jobs ruling parti?

perkara4.
Isa itu haram.
ada polis,tentera,makhamah,hakim,penjara,takleh guna ke?

perkara5.
rangkaian satu madu,rangkaian dua racun.tekan yg mana satu?
mula baca quran,tutup baca quran,tengah?

perkara6.
harga minyak?turun?
harga sebenar dan sepatut berapa?
rakyat tak reti kira?
subsidi rakyat kepada kerajaan pulak.

perkara 7.
anda lebih bijak dari saya.lapangkan dada.

perkara 8.
siapa juara perpaduan kaum?

Taminsari berkata...

Salam ...

Telah lama pemimpin-peminpin PAS sebenarnya yang cukup besar menyesatkan umat Islam di Malaysia dan sanggup mengadaikan maruah agama Islam dan bangsa Melayu demi kepentingan politik mereka. Kepimpinan PAS yang meneruskan tradisi berjuang di dalam politik dengan menggadaikan maruah Islam.

PAS berbangga dengan konsep perjuangan dengan menggunakan nama Islam. Apabila mereka menang, mereka bangga dengan kemenangan dan tiada lagi kritikan yang diberikan kepada SPR. Jika mereka kalah, mereka menyalahkan kerajaan dan SPR. Inilah yang dapat disimpulkan kepada PAS berdasarkan beberapa siri pilihanraya kecil atau umum.

1. JIKA MENANG, SPR betul tetapi JIKA KALAH, SPR salah. 'Pengundi hantu' menjadi alasan hantu-hantu PAS, PKR dan DAP.

2. Bagi PAS yang benar hanyalah PAS dan pembangkang. ALLAH hanya menerima PAS sahaja dan ahli PAS dan pemimpin PAS bakal ditempatkan di syurga. Bunyi semacam ajaran
dari 'Ayah Pin'.

3. Imam-imam yang dilantik kerajaan akan dipecat dan digantikan dengan imam yang
mempunyai keahlian PAS, ini kerana hanya imam PAS sahaja yang diterima malaikat amalannya.


Temberang dulu, Syariat Islam cerita lain :

Kata-kata pemimpin mereka hanya retorik dan berkepentingan sahaja.
a. Hadi berkata PAS sekarang bukan
perjuangan hudud lagi.
b. Azizan berkata tiada hukum
Islam di Kedah.
c. Nizar berkata tiada juga hukum
Islam di Perak.
d. Nik Aziz berkata tiada juga
hukum Islam diKelantan.

Waktu UMNO memerintah mereka mengatakan UMNO menentang hukum ALLAH. Sekarang apabila mereka berkuasa, mereka lebih teruk menentang hukum ALLAH. Pemimpin kerajaan tidak pula menyatakan hukum Islam tidak akan di wujudkan tetapi kerajaan sedang berusaha kearah itu. Tetapi PAS terus terang menyatakan hukum Islam tiada dalam perjuangan manifesto.

PAS terpaksa bersetuju dengan pendirian DAP yang tidak menyukai undang-undang Hudud walaupun mereka cuba mengatakan kesepakatan dengan rakan kongsi pakatan. Malah bersetuju mempersendakan Al-Quran apabila merelakan Gobalakrishnan dan semua ahli bukan Islam PKR menggunakan ayat Allah iaitu Al-Quran.

Sewaktu UMNO, mereka kata dan menyalak sana sini yang UMNO halalkan Disco, Kilang arak dan apabila mereka memerintah dan berkuasa, mereka sendiri yang menyatakan tidak boleh haramkan Disco dan menutup kilang arak.

PAS juga tidak mengekang gejala murtad yang dilemparkan kepada UMNO sedangkan merekalah yang membawa fahaman songsang. Demi menutup fahaman mereka, mereka alihkan kepada kerajaan dan UMNO.

Mereka berselongkol dengan pemimpin PKR dan DAP seperti Irene Fernandez berjuang kearah mencetak Bible ke dalam bahasa Melayu agar orang Islam di murtadkan. Peguam-peguam yang mewakili anak guam terdiri daripada mereka yang berkepentingan dalam DAP dan PKR yang merupakan pakatan dan rakan politik PAS.

Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana sudah hakikat mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam konon-kononnya. Apa akan jadi agaknya kalau ketiga-tiga parti perosak ini menjadi pemerintah kita?

Satu sahaja jawapannya iaitu LINGKUPLAH SEMUA.

Kesimpulan :

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS.

Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan.

Sama-samalah kita fikirkan dan mengambil iktibar daripadanya.

Salam perjuangan

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Salam semua.
Berjuang atas nama Islam, bukan sesuatu yang baru dalam persekitaran politik Malaysia. Baik PAS mahupun UMNO, kedua-duanya memperjuangkan Islam biarpun atas ideologi politik yang berbeza.
Bertanya racun di kiri atau madu di kanan bukan satu penyelesaian yang baik. Ianya lebih kurang seperti lagu BANGAU OH BANGAU, tiada kesudahan.
Sebagai golongan muda, semestinya saya memehatikan politik dari perspektif yang cukup halus. Saya sendiri cuba memahami prinsip-prinsip perjuangan parti baik BN mahupun Pakatan Rakyat.
Menyentuh mengenai UMNO, memang benar terlalu banyak kudis yang menjadi barah dalam sejarah perjuangannya. Namun, hidayah ALLAH sentiasa ada lagi-lagi kepada hambaNYA yang mahukan perubahan positif. Transmisi pucuk kepimpinan UMNO sendiri secara sukarela mahukan perubahan tanpa menggunakan/mempermainkan hukum ISLAM!!!
Bagaimana pula dengan PAS. Pilihanraya demi pilihanraya berlalu, isu HUDUD, HUKUM ISLAM dsb sentiasa berbunyi di mulut mereka yang bertanding. Perlu ditanya, adakah hukum Islam ini sekadar letaknya di tepi bibir sahaja?? Sebagai golongan muda, saya sendiri bosan dengan isu agama yang dipermainkan!!! Kenapa mesti hukum HUDUD??? Bukannya isu MURTAD yang semamangnya menjadi ancaman besar dalam agama kita??? Nasib saudara baru, bagaimana??? Apakah ianya sekadar tanggungjawab orang-orang yang dilantik UMNO??? Perlu kita tanyakan keada diri masng-masing, apakah perjuangan ideologi politik itu lagi besar pahalanya dari menyatupadukan sesama umat Islam??? Baik PAS mahupun UMNO, golongan muda mahukan satu perubahan positif lebih-lebih lagi umat Islam kini diancam dengan pelbagai peristiwa yang meletakkan kita sebagai tidak berguna!!! Sama-sama kita berfikir, jangan menang jadi abu, kalah jadi arang!!!