SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 28 Disember 2008

Demi Agama, Bangsa dan Negara...Maka kita sepatutnya BERSATU ERAT.

Demi untuk bangsa, agama dan negara saya ingin menyeru orang-orang melayu semua agar BERSATU ERAT. Antara tiga parti utama bangsa UMNO, PAS dan PKR, mana satu yang boleh diharap? Kepada saya bersatulah kita di dalam UMNO. UMNO telah banyak membuktikan yang ia adalah parti yang boleh diharap dan sangat banyak JASA yang telah diberikan kepada agama, bangsa dan negara Malaysia. Sejak MERDEKA. Saya tahu UMNO tidak 'perfect'. Oleh itu bersama-samalah kita menjadi penyokong UMNO dan membantu agar ia menjadi 'perfect' seperti yang kita inginkan. Saya yakin dan percaya, jika UMNO kecundang, ia membawa makna perjuangan kita juga akan tersungkur kebumi. Ketika itu tidak lagi ada satu parti melayu yang benar-benar kuat dan boleh memperjuangan dengan yakin apa yang orang-orang melayu mahu. PAS akan tetap lemah dan dijadikan Boneka. PKR akan kecoh sepanjang masa kerana berbagai kaum berada didalamnya.

UMNO masih relevan. Kita perbaiki mana yang binasa. Bijakpandai islam bertimbun dalam UMNO. Jika kita tambah dengan bijakpandai islam dalam PAS dan termasuk mereka yang tidak berparti, semua mereka kembali kepada UMNO, insyaallah UMNO akan dapat dijadikan sebagai parti yang 'memperjuangkan' islam sebaiknya dan memuaskan hati kita. Bijakpandai ilmu keduniaan bertimbun dalam UMNO dan bisa memacu Malaysia didalam Dunia yang serba mencabar ini. Kita tidak boleh maju didunia ini hanya dengan doa. Itu janji Allah. IA tidak akan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak berusaha mengubahnya.

Kenapa kita bertelagah? Pertelagahan tidak akan membawa kita kemana-mana. Musuh sebenar kita tengah menunguu kealpaan kita. Kini mereka bermaharajalela. Nampakkah? Atau anda masih buta?

10 ulasan:

Taminsari berkata...

Salam...

Perpecahan Bawa Kehancuran!!

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya- jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya" (Surah An-Nissa’-Ayat 59)

Demi Melayu dan demi Islam, tanganilah segera perpecahan yang sedang melanda umat Melayu hari ini. Memang segala yang telah berlaku ke atas orang Melayu ini mempunyai sebab-musababnya. Tetapi, perlu diingat bahawa memang sudah menjadi hukum alam ini bahawa sebab-sebab itu sebenarnya telah diatur oleh Allah Ázza Wa Jalla.

Begitulah hakikatnya di sisi Islam. Kalau Islam menuntut setiap umatnya supaya hanya Allah sahajalah yang kita sembah, Islam juga menuntut supaya kepada Allah sahajalah kita memohon pertolongan. Oleh itu, usahakanlah perdamaian antara Melayu dan Islam di negara ini. Ikhtiarkanlah. Segala daya usaha itu dijalankan seiringan dengan restu dan hidayat yang dipohonkan dari Allah yang maha besar lagi maha sempurna.

Waspadalah, dalam sesuatu pertelingkahan, setiap pihak yang terbabit akan mengatakan bahawa dia berada di pihak yang benar, sedangkan kebenaran itu hanya satu. Bukannya dua atau tiga. Dan kebenaran itu pula datangnya dari Allah SWT jua. Beginilah seharusnya perlawanan Melayu sesama Melayu hari ini berakhir. Kembalilah ke pangkal jalan. Berdamailah pemimpin Melayu dan selesaikanlah masalah perpaduan Melayu dan ketuanan Melayu ini dengan penuh bijaksana.

Berwaspadalah, kalau menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan bersepah. Berhati-hatilah, kalau membunuh ular, kayu pemukul janganlah sampai patah, ular dipukul biarlah mati, tanah terpukul usahlah pula sampai lekuk.

Melayu harus berpadu. Melayu mesti bersatu.Melayu harus bersatu dan berpadu dalam politik dan seluruh aspek kehidupan yang sewajarnya. Perlu diingat bahawa hanya UMNO dan BN sahaja yang menjamin kesejahteraan masa depan.

Taminsari

Apai Ngelai berkata...

Salam Bungaraya,

Boleh tak masukkan url kawan ke dalam blog list chilliriver?

http://rajahmas.blogspot.com/

Terima kasih, ye..

bungaraya berkata...

Tamingsari,
Saya bersyukur kepadaNYA kerana masih ramai spt sdr. Yang melihat dengan mata hati akan perjalanan yang lurus dan sebenarnya kemana dan bagaimana cara serta kaedah kita menjaga kesumuran Islam dan bangsa melayu di Malaysia ini.
Apai ngelai,
Tak ada masalah, saya akan masukkan blog sdr dalam blog saya.
Thanks anyway.

pkrpasdap berkata...

berkelahi sebab ada kepentingan tertentu..dan itulah dikatakan apa itu politik...

http://pkrpasdap.blogspot.com

SHADAN HJ OTHMAN berkata...

sama-sama kita pastikan umno masih relevan dan marilah kita sama-sama meneuskan perjuangan.salam perjuangan

Panglima Perang Cyber berkata...

yer..perpaduan ummah dengan perpaduan hati hati.

dengan banyakkan membaiki diri.

a.d.a.m. berkata...

salam hijrah 1430!!
semga i membawa lembaran baru dalam sejarah perjuangan kita!!!

bungaraya berkata...

Syukur alhamdulillah,
Ramai diantara kita masih sayangkan perjuangan UMNO. Selagi hayat dikandung badan kita semua kena mempertahankan parti keramat yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara kita ini.
Jangan biarkan sesiapa termasuk bangsa kita sendiri menguburkannya.

red rooster berkata...

Salam,

Setuju dengan pendapat tuan!
Bila kelapangan, jemput lawati blog saya.

T'kasih.

paneh berkata...

perbezaan pendapat dlm umno kadangkala dianggap polemik atau krisis pada sesetengah orang. yang pasti wadah perjuangan sebenar tidak lari walaupun berbeza pemikiran serta tujuan. percambahan fikiran dan pendapat dlm umno akan menjadikannya lebih baik dari sebelumnya.