SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 15 Februari 2009

Dimana Letak Logiknya?

Dalam Pilihanraya kecil Bukit Selambau pada akhir bulan Mac 2009 hingga awal April 2009 akan datang ini, tentunya kita akan melihat pertandingan yang sangat rancak dan panas serta sangat mendebarkan calun dan parti yang bertanding. Ia akan bertambah-tambah rancak lagi jika calun-calun yang bertanding umpama bertembunya "buku dengan ruas".

Bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang, sudah tentu calun melayu akan diketengahkan, samada dipihak Kerajaan BN yang baru kembali memerintah Perak ataupun Pakatan Rakyat yang baru melepaskan pemerintahan dinegeri tersebut. Selain ianya merupakan kerusi melayu secara tradisinya, kaum melayu juga merupakan kaum majoriti dikawasan tersebut. Memang selayaknya calun yang akan dipertandingkan oleh kedua pihak adalah pemimpin melayu. Tidak usah untuk sesiapa saja pemain politik cuba beretorik dan memberikan berbagai alasan kenapa calun dari kaum lain juga layak dipertandingkan. Noktah...calun melayu yang kan bertanding dikawasan Bukit Gantang itu. Kalau nak cuba boleh juga. Kebermungkinan peratusan hilang wang pertaruhan sangat tinggi. Ertinya kalah teruk. Bukit Gantang calun melayu. Noktah.

Bagaimana dengan satu lagi bukit. Bukit Selambau? Calun Indiakah, Cinakah? atau melayukah? Calun Siam mungkin tidak langsung terfikir. Apatah lagi calun dari orang asli. Kerana apa? Kerana mereka kedudukannya sangat minoriti. Pada fikir saya jika sekalipun terdapat pemimpin yang sangat, sangat, sangat bijak dan baik dari kaum asli, namun ia tidak akan dipilih oleh kedua parti besar itu sebagai calun mereka. Alasan konkritnya kerana mereka dari kaum yang sangat minoriti. Pada pilihanraya lalu kenapa calun dari kalangan orang India? Bukankah kaum tersebut juga minoriti di Bukit Selambau? Dan saya difahamkan calun India tersebut didatangkan dari luar Bukit Selambau. Bodohkah orang-orang Bukit Selambau itu? Setelah 50 tahun lebih Malaysia merdeka, masih tidak ada rakyat Bukit Selambau yang "bijak"?.

Jika itu telah menjadi satu kesedaran dikalangan kepimpinan tertinggi parti maka eloklah memberikan kesempatan kepada orang tempatan Bukit Selambau sendiri sebagai calun. Dan yang paling elok selain orang tempatan disitu, ia mestilah dipilih dari kaum yang teramai atau majoriti. Jika kaum melayu yang majoriti, maka haruslah calunnya datang daripada kaum melayu. Begitu juga jika kaum Cina yang majoriti.

Secara logiknya, Ketua Menteri Pulau Pinang diambil dari kaum Cina kerana kaum itulah yang majoritinya di Pulau tersebut. Bolehkah demi toleransi sesama rakyat yang berbagai kaum ini, seorang melayu dijadikan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Segalanya tidak mustahil kerana Sabah pernah ber Ketua Menterikan Cina walaupun kaum tersebut hanya minoriti dinegeri tersebut.

Tiada ulasan: