SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 18 Februari 2009

PERGESERAN!!! Apa sudah jadi dengan UMNO Labuan????

Saya berada diantara meneruskan penulisan ini dengan membatalkannya. Ada juga rasa kebimbangan kemungkinannya akan dimarahi oleh kawan-kawan seperjuangan. Namun demi UMNO dan perjuangan ini, saya teruskan juga menulis warkah separuh pilu ini untuk dibaca dan direnungkan bersama-sama agar menjadi tauladan terutamanya menjelang PRU ke 13 akan datang ini.
Lantas saya berkata UMNO Labuan masa kini berada dalam satu suasana pergeseran yang serius. Dengan kata lain, pergeseran ini berlaku diantara Ketua UMNO Bahagian dengan Yang Berhormat Ahli Parlimen yang akhirnya membawa kepada pergeseran diantara Yang Berhormat Ahli Parlimen dengan majoriti Ketua Kampong yang kebetulannya rata-rata memegang jawatan selaku Ahlijawatankuasa Bahagian. Untuk lebih jelas, dalam pergeseran ini Ahli Parlimen Labuan berseorangan dimana seluruh Ahli Jawatankuasa Bahagian berada disebelah Ketua UMNO bahagian.
Anda tentunya bertanya apakah punca pergeseran tersebut?
Maka saya menjawab begini senarionya:-
Mula-mula berlaku pertandingan merebut jawatan ketua UMNO Bahagian antara Dato' Haji Suhaili Abdul Rahman dengan YB Datuk Haji Yussof Haji Mahal. Semasa sebalum berlakunya pertandingan tersebut saya telah mengagak bahawa pertandingan tersebut akan memecatkan kesatuan dan perpaduan yang sedia ada dikalangan AJK UMNO Bahagian Labuan. Perjumpaan dikalangan AJK Bahagian ( Tanpa kehadiran Dato Hj Suhaili Abdul Rahman ) dengan Yang Berhormat Datuk Hj Yussof Hj Mahal diadakan bagi mengelakkan dari berlakunya pertandingan tersebut. Namun perjumpaan tersebut gagal mencapai matlamat. YB Datuk Haji Yussof Haji Mahal berpandangan, yang seharusnya menarik diri dari bertanding ialah Dato Haji Suhaili Abdul Rahman, kerana beliau sepatutnya memberi peluang kepada Ahli Parlimen menjawat jawatan selaku Ketua UMNO bahagian tersebut. Sedang dalam masa yang sama Dato Haji Suhaili berpandangan beliau hanya mempertahankan jawatan yang sedia dipegangnya selain untuk meneruskan kontraknya selaku Pengerusi Perbadanan Labuan, agar tidak diberhentikan oleh Kuala Lumpur. Percanggahan pandangan tersebut menyebabkan perbincangan antara Ketua Kampong dengan YB Datuk Yussof Hj Mahal gagal mencapai matlamat. Maka pertandingan terpaksa diteruskan.
Pertandingan menyebelahi Dato Hji Suhaili Abdul Rahman dimana beliau memenanginya.
YB Datuk Haji Yussof kalah dan tidak langsung dilantik ke mana-mana jawatan dibahagian.
Selepas beberapa bulan pertandingan UMNO Bahagian berlalu, pergeseran nampaknya masih belum reda, bahkan menjadi semakin serius dan kritikal. Cadangan perlantikan Ketua-Ketua Kampong yang baru menambahkan lagi pergeseran yang telah sedia parah. Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan atau menteri Wilayah Persekutuan hanya memilih kalangan ketua-ketua kampong di Labuan dari cadangan yang dikemukakan oleh Dato' Haji Suhaili Abdul Rahman DAN tidak melayan nama-nama ketua kampong yang dikemukakan oleh YB Datuk Yussof Haji Mahal. Hampir semua ketua-ketua kampong lama ( kecuali 2 orang ) telah dilantik semula memegang jawatan tersebut. Sokongan mereka keatas Dato Haji Suhaili Abd Rahman sangat kuat sehinggakan mereka sanggup "tidak melayan" kepada sebarang undangan resmi yang dibuat oleh YB Datuk Hj Yussof pada setiap program anjuran yang dibuatnya. Ini telah membawa kepada satu tindakan drastik, dimana Yang Berhomat Datuk Wakil Rakyat telah membuat lantikan Wakil Ahli Parlimennya sendiri disetiap kampong di Labuan bagi menyalurkan segala mesej dan sebarang peruntukan dari Pejabat Parlimen di kampong-kampong. Ianya adalah hasil dari kerjasama yang tidak diberikan oleh Ketua-Ketua Kampong yang telah dipilih oleh Dato' Haji Suhaili Abdul Rahman tadi. Datuk Hj Yussof berharap supaya wakil yang dilantiknya pada setiap kampong akan memberikan kerjasama yang baik kepada Ketua-Ketua Kampong masing-masing agar tidak berlaku berpecah belah dan pembangunan kampong masing-masing akan dapat diteruskan seperti sedia kala.

Ulasan: Saya ingin mencadangkan agar Ketua UMNO Bahagian membuat satu program bagi menjernihkan semula pergeseran yang terjadi. Suasana ini tidak elok dan mendatangkan kesan sokongan kepada BN ketika pilihanraya umum ke 13 nanti. Pihak Ibu Pejabat UMNO juga tidak dapat membiarkan daripada perkara pergeseran ini berterusan. HQ parti mesti mengambil sebarang tindakan yang segera demi kepentingan perjuangan UMNO. Akhir sekali saya ingin mengingatkan bahawa hendaklah kita mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi. Jika parti kita kalah, maka tiada apa yang boleh kita kecapi dan perolehi, sekalipun untuk kepentingan peribadi kita sendiri.

2 ulasan:

perunding berkata...

pandai pandai lah..
adat lah tu..

saya tak berminat urusan dalaman..
saya berminat cakap pasal policy je..

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Salam bungaraya,

Ini yang merisaukan hati. Mana nda nda abis dengan isu politik murahan caminani.

Mun kan bercakaran nganya, bila tah kunun kan berkraja???!!!

Paning meliat ulah urang kitani.

http://meetuncleshah.blogspot.com/2009/02/kenyataan-maaf-kepada-mbl.html