SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 15 Februari 2009

PAS lebih percaya kepada HUKUM KANUN drp HUKUM LAKNATULLAH. Semua kerana Kuasa.

Saya cuma mahu anda semua melihat kepada dua senario berikut sebagai perbandingan:-



1. Tingkah laku derhaka kepada Sultan Perak oleh Karpal Singh, Mantan MB Perak sdr Nizar dan penyokong-penyokong PAS yang sebahagiannya sanggup menghalang kenderaan Raja Muda Perak sambil berbaring,,,,kerana bagi pendapat mereka perlantikan MB Perak yang baru tidak mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak. Selain drp sikap mereka yang secara terbuka terang-terangan bersifat derhaka kepada sultan, mereka jelas mempercayai hukum berkanun melebih segala-galanya termasuk tidak lagi mempercayai norma dan nilai tata susila murni bangsa sendiri. Apakah mereka itu dianggap kono dan kolot jika masih sayang kepada adat dan budaya bangsa?.





2. Seenaknya penyokong Pakatan Rakyat membelakangkan sumpah laknat yang dilafazkan oleh individu yang terkena liwat oleh Anwar Ibrahim dengan berbagai alasan demi kuasa dan muka tak mahu malu dan tak tahu malu mereka. Tanpa merasai sedikit pun keraguan, mereka lantas saja mempertahankan bahawa Saiful yang bersalah, bukan sebaliknya anwar ihrahim. Apatah lagi untuk mempercayai sumpah laknat yang dibuat didalam masjid oleh Saiful tersebut.





Banyak lagi contoh yang boleh diketengahkan untuk tatapan anda sekalian. Cukup ini saja dulu dan dilain waktu saya akan jelaskan lagi. Rukun Negara tidak lagi dipatuhi sepenuhnya. Apa sebenarnya yang dikehendaki, sehingga sanggup derhaka dan melanggar kesopanan dan kesusilaan bangsa spt yang termaktub dalan Rukun Negara? Tidak bolehkah kita berlaku adil dan saksama dimana disamping berjuang mengikut kebebasan dan kesamarataan yang kita laungkan, kita juga membataskan perjuangan tersebut diatas sempadan garis tata susila bangsa dan adat ketimboran kita. Sesungguhnya tidak ada yang bebas total dalam dunia ini, sekalipun dinegara yahudi. Sekalipun dalam negara yang terlalu taksub kepada kehebatan perundangan dunia yang sebenarnya hanya direka manusia.

Rakyat Malaysia sungguh bijak memberikan berbagai alasan bagi membetulkan segala salah laku yang sengaja dibuat. Tapi sedarkah kita, jika kita bertanya kepada jiwa, jawapannya bahawa kita adalah auta dan "pukimak" kepada diri kita sendiri? Sebenarnya kita tidak jujur kepada diri kita sendiri.

Tiada ulasan: