SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Jumaat, 27 Februari 2009

MELIHAT KEHEBATAN MENTERI.

Penangguhan keputusan untuk menaikkan harga di lima buah tol oleh kerajaan BN kelmarin benar-benar mengambarkan sikap prihatin dan mengutamakan kebajikan rakyat oleh Pak Lah sendiri, selaku PM Malaysia. Bukannya disebabkan oleh PRK yang bakal tiba di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai sedikit masa lagi. Sebagai sebuah kerajaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan manusia, maka sudah tentu serba sedikit tidak terlepas dari melakukan beberapa kesilapan. Walaupun yang demikian, kerajaan yang sentiasa mendengar sebarang rungutan dari rakyat, akan segera mampu memperbaiki kesilapan dan kealpaan yang berlaku. Begitulah Kerajaan BN. Bukannya salah untuk YB Zin selaku Menteri JKR membuat pengumuman kenaikan harta tol tersebut, hanya masa dan ketikanya kurang sesuai. Dan segera pula PM boleh mengatasinya dengan mengarahkan penarikan balik keputusan yang dibuat itu. Kerajaan berharap sangat agar rakyat pengguna akan berpuas hati dengan tindakan dan keputusan kerajaan ini.



Menteri-Menteri yang datangnya dari UMNO haruslah berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan. Terutamanya yang sangat bersangkutan dengan permasalahan seharian rakyat. Lebih-lebih lagi yang bersangkutan dengan DUIT HARIAN DALAM POKET. Selain drp ia boleh menimbulkan kemarahan rakyat dan akan menurunkan sokongan mereka kepada BN, keputusan yang kurang bijaksana juga boleh menurunkan undi Menteri itu sendiri dalam pemilihan kepimpinan dalam UMNO bulan Mac 2009 ini.



Datuk Sri Hishamuddin Hussein umpamanya, kenalah membuat keputusan yang bijaksana dalam kes PPSMI. Saya yakin undi yang akan beliau perolehi ketika bertanding selaku Naib Presiden UMNO nanti, jika menurun adalah berpunca dari hasil keputusan Kementerian Pelajaran keatas dasar PPSMI.

Datuk Seri Utama Rais Yatim akan menjadi kesayangan rakyat jika mampu menjernihkan masalah pelarian Rohinya dan penerimaan semula kerajaan Mynmar keatas komuniti tersebut. Begitu juga dengan usaha Malaysia sebagai orang tengah dalam menyelesaikan masalah di Selatan Filipina.

Jika masalah pekerja asing dan PATI tidak dapat diatas sebaiknya di Malaysia ini, dan tidak ada satu jalan penyelesaian yang dicadangkan sebelum pemilihan kepimpinnan UMNO ini, Datuk Syed Hamid Albar akan menghadapai masalah dalam pemilihan itu nanti.

Dalam mengendalikan masalah politik di Perak, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan kematangan dan kebolehan beliau yang sewajarnya. Maka saya kira sudah tentu beliau akan menjadi sukaan sebahagian besar perwakilan yang akan turun mengundi. Begitu juga dengan Datuk Shafie Afdal yang sehingga ini menonjolkan kewibawaan kepimpinan dan memperlihatkan kepimpinan yang bersih dan amanah.

Datuk Ahmad Shabery Cheek juga selaku Menteri Penerangan, telah memperlihatkan ketekunan beliau dalam kepimpinan. Selain keberaniannya ketika bersama Anwar dalam program pidato suatu masa dulu, beliau juga merupakan Menteri Penerangan Malaysia yang terbaik sehingga kini.

Pendekata Menteri-Menteri UMNO mestilah memperlihatkan kebijaksanaan dan kematangan dalam membuat sebarang keputusan dan penonjolan diri, khususnya sehingga pemilihan MKT UMNO pada bulan MC 2009 ini. Jika tidak mereka bakal menelan air liur basi kerana akan menerima kekalahan. Perwakilan dewasa ini sangat bijak membuang undi. Undi tidak lagi berdasar wang ringgit, tetapi mereka memilih pemimpin sejati.

1 ulasan:

USD berkata...

Salam, jom kita pjuangkn yg ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm