SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 1 Mac 2009

PERCAYALAH. Akhirnya ISLAM akan kecundang jika tidak beringat-ingat!!!!

Melihat kepada perkembangan mutakhir ini, penganut islam di Malaysia mesti beringat-ingat dan hendaklah menyedari bahawa sebenarnya perjuangan mereka ialah untuk melemahkan kita dan menjadikan kita tidak bermaya dan bercakaran sesama sendiri sehingga hari kiamat.

1. Suara keras yang timbul menentang hukum hudud oleh Karpal Singh. Sangat lantang dan membawa makna yang sangat jelas sekali. Masihkah kita tidak dapat memahmi dan asyik menganggap itu hanya retorik Karpal Singh untuk memenangi undi pilihanraya sahaja. Itu adalah suara Karpal Singh dan sebahagian besar pemimpin dibawahnya untuk memberitahu penyokongnya bahawa islam harus dihapuskan dan disingkirkan dari minda masyarakat melayu di Malaysia.

2. Perbuatan berbogel oleh YB Elizabeth Wong yang tanpa kita sedari kita sendiri yang mempromosinya adalah satu cara halus untuk memasukkan budaya bertentangan dengan nilai islam kejiwa kita. Di Malaysia perbuatan berbogel bukan sahaja diterima oleh mereka yang bukan islam, malah telah mendapat tempat dihati dan perangai penganut islam juga. Lebih-lebih lagi mereka yang hidup bermastauntin di Kota-Kota spt Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Saya yakin artis melayu (islam) Malaysia tidak menganggap perlakuan bogel sesuatu yang luar biasa.

3. Manifestio perjuangan Hindraf sangat jelas dan begitu sekali ketaranya sangat bermusuhan dengan melayu islam di Malaysia. Yang saya sangat jelik bilamana mereka meletakkan perjuangan untuk melahirkan anak-anak luar nikah dengan perempuan melayu atau lelaki melayu.

4. Dengan dokongan dan sokongan pelobi Yahudi Amerika dan badan-badan Kristian sedunia, matlamat ini tidak mustahil akan tercapai. Lebih-lebih lagi anak-anak muda melayu masa kini berada jauh dari menghayati nilai islam sebagai senjata mempertahankan diri dari godaan syaitan yang bertopeng manusia itu.

5. Usaha untuk memasukkan nama Allah dalam kitab bible tulisan melayu adalah bertujuan secara halus untuk memesongkan aqidah dan syariat penganut islam di Malaysia.


OLEH ITU BERHATI-HATILAH. MEREKA BUKAN MENAKLUKI KITA MELALUI PERMAINAN POLITIK KERANA MENGUASAI POLITIK TANAH AIR SANGAT SUASAH BAGI MEREKA. OLEH ITU MEREKA MENGGUNAKAN DAKYAH YANG SANGAT LICIK DAN LICIN INI UNTUK MENGHANCURKAN BANGSA MELAYU ISLAM. Dengan bantuan pemimpin melayu yang kecewa politik itu, usaha mereka nampak dengan jelas telah menunjukkan kejayaan sejak kebelakangan ini. PAS semakin bengung, UMNO semakin penasaran dan PKR tidak menentu dalam pentadbirannya. Sedang rakyat tidak menyedari mereka masuk dalam karung guni nodaan dan keseronokan dunia.

2 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam,

Masalahnya, kemarahan bangsa kita hanya bermusim!!!
Kemudian, hilang bersama isu-isu yang lebih membawa keuntungan politk dan kerjaya!!!

Sama-sama kita berfikir!!!

http://meetuncleshah.blogspot.com

EQUILIBRIUM berkata...

1. takde bezanya karpal dgn mca. kalau rajin baca google web mca

2. bagi saya tengok gambar bogel elize tu muahahahaha teman cari dlm mangga tak jumpa

3. harap boleh postkan manifesto hindraf pasal anak luar nikah. ganas hindraf ni muahahahaha

4. marah kat pelobi je tak guna kalau kita sendiri hulur tengkok kita kat depa muahahahahaha

5. cerita Allah dlm bible ni bukan dimasukkan. tapi bible ni dimport dari indonesia. tiada penerbitan bible bahasa melayu di malaysia.

kalau anak2 org islam ada iman dan ilmu InsyaAllah mereka akan selamat. dah memang kerja musuh islam utk merosakkan umat islam. yg penting iman perlu ditanamkan ketika anak2 masih kecil dan sentiasa diperkuatkan.