Setelah merdeka lebih setengah abad,
Dasar Pendidikan Negara
telah berjaya menghasilkan ramai anak-anak melayu menjadi ahli bijak pandai dan memiliki ilmu menongkat langit.
Bila mereka nak bersatu dan berkumpul dibawah satu payung,
bagi mempertahankan bangsa dari berkubur diatas tanah air sendiri? Janganlah seperti anau dalam belukar,
melepas pucuk masing-masing.
Ketika ini bangsa mu berada dalam situasi cemas.
Gulungan bijak pandai melayu harus bangkit dan bersatu
bagi mengembalikan maruah melayu
yang telah pernah diselamatkan dua kali
oleh nenek moyang kamu suatu ketika dulu
dari bahaman penjajah dan kaum pendatang.
4 ulasan:
Malam tadi keluar di berita TV3 ucapan Tun Mahathir di majlis yang dianjurkan oleh persatuan Perkasa. Nampaknya Mahathir akan diberi tempat semula di bawah pimpian DS Najib Nanti, yang akan menjadi kuda tua bagi memperkuatkan perjuangan orang-orang Melayu.
Saya nampak ucapannya itu hanya akan melebarkan jurang perkauman di negara ini. Dia tidak berpijak dibumi nyata. Dia mengatakan negara ini adalah hak peribumi negara ini iaitu orang Melayu. Tidakkah dia sedar, datuk dia sendiri pun berasal dari pendatang Negara India.
Bolehkah kita kata bahawa negara Singapura itu adalah hak peribumi negara itu iaitu orang Melayu. Undang-undang mana dia pakai?
En Alias Mohd Yusof,
Anda seharusnya belajar lagi tentang apa yang tersirat dalam sejarah Tanah melayu. Apa itu orang melayu dan bagaimana datangnya kaum lain ke Tanah Melayu. Lepas itu barulah anda ikut campur dalam politik Tanah Melayu. Jika itu tidak didalam sedalam-dalamnya, anda hanya terikut-ikut dalam kancah politik negara tanpa pegangan.
Kita tidak sejkali-kali membenci warga negara yang tidak sebangsa dengan kita. Yang kita mahukan ialah hak kita sebagai anak asli Tanah ini tidak sesenang diperkotak-katikkan oleh kaum lain yang jelas sekali tidak jujur dengan bangsa asal negara ini.
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.
Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.
“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…
Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.
Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???
Allah SWB berfirman :
" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)
Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!
Ingatlah wahai saudaraku...
Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.
MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???
Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…
Membangun Budaya dan Bisnis Melayu
www.erdeka.com
Catat Ulasan