Tajuk ini tak ramai yang dapat membantah. Dewasa ini banyak suara dari gulungan muda yang nyaring-nyaring dan pedas berdesing. Tidak terkecuali mereka yang menjadi ahli UMNO, apatah lagi gulungan muda yang menjadi ahli parti pembangkang. Kadang tu timbul juga dari mereka yang duduk atas pagar. Banyak dasar dan pelaksanaan kerajaan yang menjadi tajuk perbualan dimana kerap sekali gulungan muda lincah mengkritik dan mempertikaikannya. Ada setengahnya hingga ketahap kritikan yang langsung tidak membina dan tidak mendatangkan manafaat kepada perjuangan bangsa, agama dan negara.
Suasana seperti ini menimbulkan satu ilham kepada kita, apa kiranya jika kali ini UMNO dan BN menampilkan lebih ramai dari gulungan ini menjawat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kerajaan Persekutuan? Kita ramai tenaga dari gulungan ini yang bijaksana dan berkemahiran. Tidak semestinya mereka terdiri dari pemimpin muda dalam parti, malah boleh juga dilantik dari kalangan profesional serta juga pemimpin ngo's.
Bukan pula maksud saya untuk mengenepikan gulungan veteran. Cuma pertambahan gulungan muda perlu ditambah agar pemerintahan dibawah Datuk Seri Najib mempamerkan wajah baru dalam pasukan kepimpinannya. Adunan kepimpinan yang mempamerkan wajah baru dan ceria ini, tentu sekali sangat bersemangat dan memiliki pendekatan baru dalam kepimpinan mereka. Pada rasa saya mereka inilah yang sepatutnya yang diharapkan akan menjulang nama negara diperingkat persada dunia antarabangsa. Dengan tenaga yang kuat dan sifap yang agressif, mereka umpama Ronaldo dipadang bola. Dengan asuhan dan nasihat gulungan veteran, mereka ini akan menjadi seorang pemimpin yang boleh menjadi pengharapan bangsa dan negara dimana mendatang.
Namun terdapat satu bidang ilmu yang mana gulungan muda amat ketandusan sejak kebelakangan ini. Yakni bidang sejarah Bangsa mereka sendiri. Tidak ada sesiapa yang dipersalahkan jika ini berlaku kerana mungkin masa tidak mengizinkan gulungan muda ini menimba ilmu tersebut. Mereka terlalu banyak menjurus kedalam bidang dimana mereka diamanahkan. Pun demikian saya rasa mereka perlu mempelajari ilmu dalam bidang tersebut, jika hendak menjadi pemimpin dalam negara ini.
Seorang pemimpin harus "mengenal dirinya sendiri",
Seorang pemimpin harus tahu sejarah bangsanya sendiri,
Seorang pemimpin, budi pekertinya mestilah budi pekerti melayu sejati,
Jika mereka berfikir soal KEADILAN, pemimpin mestilah berjuang untuk mencari keadilan untuk bangsanya sendiri. Saya tak menafikan keperluan keadilan sejagat, tapi jika keadilan tersebut memusnahkan bangsa sendiri, saya akan kata pergilah jahanam kepada keadilan yang seperti itu.
Jika mereka berfikir soal KESAMARATAAN, pemimpin itu mestilah berjuang untuk kesamarataan bangsanya sendiri, sebelum berfikir soal kesamarataan kaum pendatang. Jika kita belajar sejarah bangsa kita, maka kita akan faham bahawa bangsa kita masih tidak merasai apa itu sebenarnya rasa kesamarataan.
Jika nak menjadi pemimpin bangsa dan negara, seorang pemimpin itu mesti tahu bahawa disuatu masa lalu, banyak waktu bangsa melayu diperlakukan dengan tidak adil oleh penjajah dan yang bersekongkol dengannya.
Saya sangat terkilan apabila mendengar seorang YB UMNO mengatakan generasi muda kini tidak kisah dengan apa yang pernah dilalui ketika orang-orang tua berjuang mencapai kemerdekaan dulu. Gulungan muda masa kini tak peduli akan kejadian itu dan apa yang penting kepada mereka ialah kedailan, kesamarataan dan kebebasan pada masa kini. Mereka mahu kerajaan yang telus, bertanggungjawab dan memiliki integriti yang tinggi. Pada saya orang muda seperti ini tidak langsung layak untuk diketengahkan sebagai alah seorang pemimpin utama bangsa. Dan saya juga sangsi apakah mereka yang bergelar pemimpin didalam PAS dan PKR itu tahu dengan mendalam makna dan pengertian dalam menggali sejarah keujudan bangsanya sendiri?.
Dengan mempelajari ilmu sejarah bangsa, gulungan muda akan tahu bahawa perjuangan bangsanya masih belum selesai. Dan ini bermakna buku-buku yang mereka rujuk dari barat itu masih belum relevan dalam konteks politik Malaysia secara realiti. Ertinya pentafsiran penulis barat mengenai kata keadilan, kesamarataan dan kebebasan dalam konteks Malaysia tidak sama dengan tafsiran penulisan buku-buku falsafah dari barat.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
1 ulasan:
itu yg dikatakan BN perlu berubah... ikut kesesuaian...
Catat Ulasan