SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 3 Mei 2009

APA ERTINYA PAS JIKALAU KUMPULAN ERDOGAN MENGAMBILALIH TERAJU UTAMA PARTI ITU?

Sejak kebelakangan ini panas mengenai isu PAS seolah-olah terbelah dua. Satu kumpulan ulamak dan satu lagi kumpulan yang memperjuangkan Anwarisme yang dikenali dengan kumpulan erdogan. Nizar, Husam, Kamaruddin Jaafar dan ramai lagi disebut-sebut sebagai mewakili idea-idea dan perjuangan Anwarisme dan sebahagian lagi termasuk Pak Hadi Awang, Tok Guru Nik Aziz dan yang seumpamanya dengannya disebut-sebut dan digambarkan sebagai gulungan ulamak. Kedua kumpulan ini dikatakan sedang merancang hebat untuk duduk sebagai teraju utama didalam kepimpinan PAS negara ini.

Apahal tiba-tiba teraju utama PAS menjadi PANAS dan menjadi rebutan dikalangan kepimpinan PAS? Agaknya sudah tentulah kerana dewasa ini PAS telah menjadi sebuah parti yang semakin popular dan berkedudukan gagah dipersada politik negara. Apa sebenarnya intipati perjuangan PAS yang menjadikan ianya semakin popular dan gagah itu? Apakah kerana perjuangan ISLAMnya atau kerana KEHEBATAN GENGS ERDOGANnya yang selama ini lebih bijaksana bermain siasah/politik. Selama bertahun-tahun PAS dibawah pimpinan ulamak, PAS tetap tersorok dibawah karpet. Namun setelah Gengs Erdogan menunjukkan taringnya dalam parti parti tersebut, dengan bantuan kuat Anwar Ibrahim, PAS telah mula menunjukkan sengat berbisanya dikalangan bukan sahaja orang-orang islam, malah juga Cina dan Hindu di Malaysia ini.

Penyokong PAS telah mula serba salah dalam membuat keputusan dan perkiraan politik, samada untuk memberikan peluang kepada kumpulan erdogan maupun masih tetap dengan berketuakan kumpulan ulamak yang sedikit konservatif dan berpolitik dibawah tempurung?

Walaupun sebahagian besar penyokong UMNO dan orang-orang yang duduk atas pagar memiliki pernilaian yang sedikit berbeda dengan penyokong PAS, namun pernilaian orang UMNO dan yang atas pagar juga perlu diambil-kira oleh penyokong PAS dalam membuat keputusan tentang kumpulan mana satu yang akan diundi kelak, semasa persidangan Agung PAS. KEPADA SAYA, JIKA GENGS ERDOGAN DISOKONG, ERTINYA PAS AKAN BERKUBUR DALAM WAKTU TERDEKAT. Ini kerana kumpulan inilah yang membawa kepada kehancuran perjuangan PAS yang dibawa sejak mencapai kemerdekaan suatu ketika dulu. Mahu dikatakan mereka memperjuangkan islam sebagaimana PAS sepatutnya berjuang? tetapi pelopor kumpulan ini ialah seorang "kaki-liwat". Ketua kumpulan erdogan ini hanya menggunakan islam untuk kepentingan perjuangan peribadinya sahaja. Bukan menggunakan politik untuk kepentingan perjuangan islamnya seperti Tok Hadi Awang atau Tok Guru Nik Aziz.
Daripada UMNO, kami sangat suka jika PAS masih mempertahankan Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Hadi Awang dan kumpulan Ulamaknya daripada memberikan undi anda kepada kumpulan Erdogan yang sangat jelas memperjuangan Anwarisme daripada memperjuangkan Islamisme. PERJUANGAN IKHLAS UNTUK ISLAM OLEH GENGS ULAMAK SANGAT MENGUJAKAN DAN MEYAKINKAN.

Kepada kami, penyokong UMNO dan yang duduk atas pagar, hanya ada tiga kepentingan utama dalam perjuangan politik Malaysia, iaitu perjuangan menegakkan syiar Islam, Memertabatkan perjuangan melayu sebagai bangsa asal dan asli Malaysia, dan menegakkan negara bangsa Malaysia yang didalamnya berbagai masyarakat majmuk duduk dalam aman dan damai. Kepada kami pemimpin boleh silih berganti, namun perjuangan penegakkan parti BN tetap berkekalan selamanya. Namun Anwarisme akan terhapus apakala pelopornya hilang dimakan ulat dan siput tanah sedalam 6 kaki.

Jangan sampai nanti, apabila mahkamah membuat keputusan bahawa sesungguhnya Anwar Ibrahim benar-benar melakukan perbuatan meliwat Saiful, baru anda sedar dan mula menyesal. Kerana ketika itu mungkin Nasi dah jadi bubur. Berbagai cara dan kaedah boleh anda lakukan untuk menghindarkan diri anda daripada menyokong Anwar sedari sekarang secara yang diplomasi bagi mengelakkan dari suasana tersebut akan melibatkan diri anda. Jauh lebih baik bersama seperjuangan dengan Karpal Singh dan Lim Kit Siang daripada bersama seperjuangan dengan seorang "kaki liwat".

2 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

Sebenarnya pemimpin PAS yang dungu..mereka tidak tau permainan si Nuar..mereka tidak sedar bahawa permainan Nuar ini bermula setelah memasukkan Kamarudin didalam PAS..kalau betul kenapa kroni kuat Nuar tu tidak masuk team repormasi si Nuar dahulu...inilah jarum sebenar Nuar untuk menusuk didalam PAS...so sekarang kita tengok lah apa yang akan terjadi pada pemilihan di Muktamar PAS pada Jun nanti...

PAS UNTUK SEMUA berkata...

UMNO sudah nampak semakin terhimpit.
Takut akan dimalukan sekali lagi di N12 Penanti.

Hingga kesaat ini UMNO masih lagi membisu sama ada bertanding atau tidak.

Sekarang UMNO boleh kata apa saja terhadap PKR, PAS atau DAP, tetapi selagi sokongan kaum cina dan india dari DAP terhadap Pakatan Rakyat, UMNO akan menemui ajal nya tidak lama lagi.