SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Jumaat, 15 Mei 2009

JANGAN BIARKAN ORANG MELAYU TERGURIS HATINYA.

Pandangan Datuk A Kadir Jasin dan Prof Zainal Keling malam semalam memang kena pada masa dan suasana kini. Kesimpulan dari bicara mereka berdua sangat membawa erti kepada kesinambungan perjuangan melayu yang belum pernah menghadapai kegagalan semenjak sebelum lagi merdeka berkumandang diudara Malaysia.

Ancaman dan cabaran terbesar kepada pejuangan melayu ialah 13hb mei 1969 dan musim komunis memberontak sekitar 1948 dahulu. Selain dari dua episod sejarah tersebut, perjuangan bangsa berterusan tanpa gangguan kaum lain. Malah kerana kekuatan kesatuan bangsa melayu ini, kaum lain menumbang kuasa dan kemakmuran bersama didalam negara yang bergelar Malaysia ini. Terdapat juga gangguan-gangguan yang terjadi, tapi adalah hasil yang dibuat oleh bangsa melayu sendiri. UMNO haram sekitar tahun 1987/88 adalah akibat percakaran sesama bangsa.

Kini abad ke 21 ini sekali lagi perjuangan melayu tercabar. Dan kini juga adalah akibat percakaran sesama bangsa. Kenapa perlu timbul PKR? Kenapa PAS bertambah bertenaga dan bersemangat? Apakah kerana perjuangan melayu dan Islam? Atau sedarkah mereka bahawa pergeseran yang maha dasyhat ini akan memusnahkan segala perancangan yang telah disusun dengan baik semula merdeka dahulu? Apakah tidak ada cara dan pendekatan yang boleh kepimpinan UMNO gunakan untuk meredakan keadaan pergeseran yang panas ini?

Dalam penulisan saya yang lepas, saya ada mengingatkan kepimpinan samada diperingkat tertinggi maupun separuh tinggi dalam kerajaan, bahawa disamping kita melayan semua kehendak dan permintaan kaum lain, jangan lupa akan kaum kita sendiri yang sebenarnya meletakkan undi mereka selama ini kepada UMNO. Jika mereka ini terguris hatinya kerana tindakan terlalu memberi muka kepada kaum lain, maka kemungkinan mereka akan bertindak diluar jangkaan kita itu ada. Saya percaya Datuk A Kadir Jasin dan Prof Zainal Keling juga merasakan demikian. Saya juga menulis tentang persoalan kenapakah kita tidak berdaya mengumpul kekuatan bangsa kita seluruhnya bersama bumiputera dari Sabah dan Sarawak untuk bergabung tenaga mempertahankan kekuasaan bangsa kita sebagai pemerintah negara, tanpa penglibatan kaum lain? Tidak bermakna kita mengenepikan mereka segala aspek kehidupan, cuma dalam mempertahankan kuasa melayu dan bumi, jangan kita berharapkan semata kepada bantuan mereka, sedang dalam masa yang sama kita bercakaran sesama kita.

Renung-renungkanlah.........

6 ulasan:

jatiseterus berkata...

MACAM MANE TAK TERGURIS.

13 KUALA SEPETANG
Jumlah Pengundi: 19,699
Peratusan Kaum: M: 59.96% C: 31.67% I: 8.34% L: 0.03%
1. Tai Sing Ng (PKR) (7,285)
2. See Tean Seng (BN) (6,721)
Majoriti: 564 Jumlah undi: 14,466 Peratus mengundi: 73.44%
Undi rosak: 460
Penyandang: See Tean Seng (BN) (Majoriti: 2,686 undi)

N51 PASIR PANJANG
Jumlah Pengundi: 26, 557
Peratusan Kaum: M: 65.61% C: 14.69% I: 19.58% L: 0.12%
1. Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas) (11,994)
2. Dr. S. Vasan (BN) (7,520)
Majoriti: 4,474 Jumlah undi: 19,923 Peratus mengundi: 75.02%
Undi rosak: 409
Penyandang: M. Ramachandran (BN) (Majoriti: 1,644 undi)

N54 HUTAN MELINTANG
Jumlah Pengundi: 20,758
Peratusan Kaum: M: 50.41% C: 17.01% I: 32.54% L: 0.04%
1. S. Kesavan (PKR) (7,804)
2. S. Thangasvari (BN) (6,083)
Majoriti: 1,721 Jumlah undi: 14,523 Peratus mengundi: 69.96%
Undi rosak: 636
Penyandang: Datuk G. Rajoo (BN) (Majoriti: 3,759 undi)

N59 BEHRANG
Jumlah Pengundi: 18,552
Peratusan Kaum: M: 57.09% C: 23.44% I: 19.25L: 0.22%
1. Jamaluddin Mohd Radzi (PKR) (6,771)
2. Datuk M. Ramasamy (BN) (5,744)
Majoriti: 1,027 Jumlah undi: 13,027 Peratus mengundi: 70.22%
Undi rosak: 512
Penyandang: R. Apalanaidu (BN ) (Majoriti: 3,748 undi)

jatiseterus berkata...

BERTAMBAH TERGURIS LAGI BILA

Speaker Perak sama ada BN atau BR pilih INDIA.

Sedangkan UMNO ade 28 , MCA 1.

jatiseterus berkata...

13 MEI anatara UMNO dan DAP tapi sekarang anatara BN dan BR.

Dalam BN ada UMNO, MCA,Gerakan,MIC
Dlam BR ada PKR, DAP dan PAS
masing masing mewakili semua kaum.

Macam mana boleh jadi rusuhan kaum, yang saya nampak di Ipoh ialah anatara puak puak PR dan POLIS je.

Ni yang tak faham.

jatiseterus berkata...

ARKIB : 21/03/2008
Pastikan UMNO terus relevan
Oleh MOHD AYOP ABD. RAZID

Perasaan
UMNO perlu ada perasaan untuk membersih segala kekotoran dan najis yang melanda tubuh badannya. Sementara generasi muda yang mula agresif untuk mengambil alih warisan kepimpinan UMNO perlu ditarbiyah erti perjuangan UMNO yang sebenarnya iaitu untuk bangsa, agama (Islam) dan tanah air bukannya untuk agenda dan kepentingan diri.

Tanpa prejudis kepada UMNO, saya melontarkan pandangan bahawa jika parti ini terus gagal memahami hati nurani bangsanya sendiri maka tidak mustahil satu-satunya jalan untuk orang Melayu meletakkan kepercayaan nasib mereka ialah kepada parti Pas.

Pas akan berada dalam kotak minda Melayu sebagai penyelamat maruah bangsa dan agama. Ini adalah lontaran soalan yang mencabar jati diri dan keikhlasan UMNO untuk memikirkannya. UMNO jangan menafikan kemungkinan ini.

bungaraya berkata...

Jatiseterus,
Mungkin selama lebih 50 tahun UMNO menjadi tulang belakang pemerintahan negara, disamping kebaikan yang dibawa, terpalit juga beberapa kesialapan yang dilakukan oleh pemimpin dan penyokongnya. Dan tidak juga dinafikan PAS juga banyak melakukan kesilapan yang mungkin akibat kealpaan keduniaan dan kerakusan pemimpinnya. Kesilapan sebegini memang tidak dapat dihindarkan oleh mana-mana pemerintah dialam dunia bernegara diserata alam fana ini. Namun yang mustahak disini ialah kesatuan bangsa kita. Kita sama-sama lupakan semua kesilapan tadi dan kita bersatru kembali demi perjuangan bersama. Tidak kira samada berada dalam apa parti jua pun. Sama-sama berjuang dan sama-sama mendapat nikmat dari hasil perjuangan. Lupakan segala kerakusan, ketamakan, kehalobaan dan sikap mementing diri samada dalam PAS maupun UMNO.

Tai berkata...

Ya bungaraya, amat tepat sekali apa yang encik cakapkan itu.