SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 13 Mei 2009

GUNAKAN KEKUATAN KITA SENDIRI!!!!!

Sehari sebelum 13hb Mei 2009 ini saya ada menulis tentang satu kemungkinan jika melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak bergabung dalam satu barisan untuk berjuang dalam pilihanraya umum ke 13 kelak. Sudah tentulah usaha kearah itu mesti dilakukan sedari sekarang dengan segera. Mungkin PERKASA boleh memulakan inisiatif tersebut. Ini tidak bermakna kita mengenepikan kaum lain dalam memerintah negara ini. Lantak kitalah, jika nak jadikan mereka Menteri, sekalipun sebagai Menteri Pelajaran atau Menteri Dalam Negeri atau menteri Kewangan. Tujuan kita hanyalah menggunakan kekuatan bangsa kita ( Bangsa asal dibumi ini ) untuk mempertahankan kekuasaannya yang selama ini tergugat sekalipun bantuan dari kaum lain ditagih pada saban ketika. Segala apa parti yang ahlinya majoriti bumiputera, samada PBS, UPKO, PBB, UMNO, PAS dan sebagainya, bergabung menjadi sebuah parti besar yang bekerjasama dalam pilihantraya umum ke 13, demi survival perjuangan kita bersama diatas Tanah Air kita yang kita sangat-sangat IKHLAS memperjuangkannya ini.

Banyak peristiwa yang terjadi dan sangat banyak, yang telah menguris hati kita selama ini...yang mana mereka hanya bersandiwara dan beraksi dalam kepura-puraan dengan kata-kata yang manis padahal hal yang sebenarnya sedang "menikam kita dari belakang". Cukuplah buat seketika ini dan kita kena menunjukkan pula bahawa kita masih memiliki taring sakti yang telah diatur sebaiknya oleh pemimpin negarawan masa lepas.

Hari ini dalam penulisan ini saya perturunkan fakta mengenai kedudukkan KERUSI PARLIMEN yang dikuasai bumiputera jika berlaku gabungan dalam berjuang ketika pilihanraya umum ke 13 kelak:

Perlis@ Semua 3 Kerusi boleh dimenangi dengan mudah,
Kedah@ 14 Kerusi Parlimen boleh dimenangi dengan mudah,
Kelantan @ Semua kawasan boleh dimenangi dengan mudah,
Terengganu@semua kawasan boleh dimenangi dengan mudah,
Pulau Pinang @ 4 kawasan adalah kawasan yang boleh kita menangi,
Perak@16 buah kawasan boleh dimenangi dengan mudah,
Pahang@12 kawasan boleh dimenangi dengan mudah,
Selangor@ 12kawasan boleh dimenangi dengan mudah,
Wilayah Persekutuan@ kita boleh menang di 5 kawasan dengan senang,
Negeri Sembilan @ 5 kawasan boleh dimenangi,
Melaka@ 4 kawasan boleh diraih dengan senang,
Johor@ 17 kawasan boleh dimakan dan dijeruk dengan sedap sekali rasanya,
Sabah@ 21 kawasan dan
Sarawak@ 24 kawasan.

Tuan-tuan kira sendiri, jika bergabung kekuatan sesama kita, maka kita akan memperolehi melebihi 2/3 kerusi di Parlimen tanpa bantuan dari kaum-kaum lain yang "mulut murai tapi ekor bergelombang dengan najis".

Mungkin terdapat juga dikalangan individu dari bangsa bumi ini yang memberikan bantahan dan bangkangan daripada usul seperti ini. Dan sudah tentu dalam pilihanraya tidak kurang dari orang sendiri yang tak sedar dik untung seperti ini, tetapi itu hanya terdiri drp segelintir kecil daripada kita. Kita hanya perlu berwaspada dengan mereka yang seperti ini. Tidak tidak bermaksud bermusuhan dengan kaum Tionghua atau kaum India, tetapi kita tidak lagi mahu menanggung risiko dengan meletakkan masa depan dan pertahanan kekuasaan bangsa bumiputera ini ditangan termasuk tangan-tangan kaum lain yang kurang pasti kesetiaannya.

Kita sangat mengakui bahawa mereka juga merupakan warganegara Malaysia, namun dalam soal pertahanan kekuasaan dan perjuangan kaum bumi, kita tidak boleh berharap dengan sokongan dari kaum lain, melainkan kita tidak ada kuasa bagi mempertahankannya lagi.

Jika terlalu inginpun hendak bergabung dengan masyarakat Tionghua, di Sabah dan Sarawak perkara ini boleh berlaku, kerana masyarakat tionghua dikawasan sebelah Sabah dan Sarawak adalah masyarakat Tionghua yang ikhlas dalam perjaungan. Masyarakat Tionghua di Semananjung, kenalah bermuhasabah diri terlebih dahulu dan kena kursus tentang kesetiaan kepada negara ini terlebih dahulu sebelum berura-ura untuk masuk bergabung bersama parti bumiputera malaysia.

4 ulasan:

KHAIRUL NAZRI berkata...

Salam Ziarah,

1. Secara peribadi, saya amat bersetuju dan faham akan apa tuan maksudkan dalam tulisan tuan ini. Namun begitu ia merupakan suatu tugas sukar sekiranya kita semua tidak membuka minda dan melihat saranan in secara positif.

2. Kita sebenarnya tidak mengambil sebareang iktibar atas apa yang berlaku kepada bumupitra terutamanya kepada Melayu sejak akhir-akhir ini. Kita melihat betapa kaum-kaum cina dan india bersatu mempertahankan haknya di tanah Melayu sedangkan kita penduduk yang dominan gagal malah semakin hari hak dan kekuatanya dikikis oleh mereka.

3. Paling menyedihkan, kekusutan yang melanda kaum bumiputra terutama Melayu adalah tindakan dari bangsa itu sendiri.

4. Ayuh, bangsaku Melayu terus bersatu, hancurkan yang lain...

M.Perry berkata...

Hi..Chilliriver,

Sekiranya buat analisa keputusan PRU12, pengaruh UMNO tidak merosot. Parti yang mengalami kemerosotan sokongan adalah parti-parti komponan Bukan Melayu dalam BN. Disamping itu, keputusan itu juga menunjukkan sebahagian pengundi Melayu menyokong parti-parti dalam Pakatan Rakyat.Apakah kumpulan ini termasuk dalam kumpulan tidak setia? Andaian BN kehilangan 2/3 dalam Parlimen kerana tidak dapat undi bukan Melayu adalah kurang tepat malah akan memudaratkan peluang kemenangan BN di masa hadapan.Marilah kita bersama-sama memajukan konsep ONE MALAYSIA supaya melahirkan sebuah negara yang berbilang etnik tetapi bersat-dan maju.Kita bergerak ke hadapan dab bukan regress! t.kasih.

bungaraya berkata...

Khairul Nazri,
Thanks, Sebenarnya kesukaran kerana masing-masing pemimpin samada dari PAS atau kerajaan
lebih mementingkan kuasa dan harta drp kedudukkan kuasa bangsa kita sendiri.
Bukan sedikit kalangan kita yang selalu menggunakan perpecahan bangsa, dan mengambil kesempatan dari perpecahan tersebut demi kepentingan poket mereka sendiri.
Walhal, apakah bangsanya hancur atau pun tidak, bukan menjadi ukuran perbuatan mereka.
Malah mereka masih menyalahkan kerajaan dan orang lain.

bungaraya berkata...

Mr Perry,
Bagaimana jika sekiranya jangan ada lagi BN. Yang ada adalah parti Bumiputera Malaysia dimana semua melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak berjuang dalam sebuah parti bagi mempertahankan kuasa dan tanah airnya?
Soal BN menang atau kalah pada pru ke 13 tidak timbul kerana pada ketika itu BN bukan lagi parti yang mengabungkan antara UMNO dengan MCA dan 12 parti lain. UMNO telah bergabung dengan PAS< PBS dan parti bumiputera lain bagi mendapatkan mandat untuk memerintah negara.