SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 17 Jun 2009

2009 tahun sesuai untuk Nik Aziz BERSARA!!!!

Jika melihat kepada perkembangan Tok Guru Nik Aziz sejak mutakhir ini, memang eloklah rasanya pada tahun 2009 ini beliau berkira-kira untuk meletakkan jawatan resminya selaku MB Kelantan dan Mursidul Am PAS. Banyak kenyataan yang dibuatnya mengambarkan perolahan nyanyuk beliau sudah sampai keperingkat satu bebanan kepada PAS dan perjuangan agama dan bangsa melayu di Malaysia ini.

Saya sangat simpati dengan parti PAS apatah lagi rakyat penduduk Kelantan yang selama ini patuih dan akur dengan pemerintahan beliau. Walaupun terbukti beliau banyak membuat kesilapan. Antaranya membawa Kelantan kejurang ekonomi yang sangat menyedihkan. Dan yang paling mengecewakan banyak keputusan yang terhasil dari minda beliau, bertentangan dengan nilai dan norma keislaman itu sendiri. Umpamanya, sebagai mursidul Am PAS dan bergelar Ulamak yang hebat, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong YB Elizabeth Wong diatas tabiatnya yang suka berbogel dan diambil gambar oleh rakan bukan muhrimnya. Nik Aziz juga sepatutnya jangan membuat komen atau kenyataan positif diatas perangai macam monyet Nizar didalam Parlimen dan semasa beraksi didalam sarkas di Negeri Perak suatu ketika tak lama dulu. Semua perbuatan itu sangat menyumbang kepada perbuatan perbuatan "kurang ajar" yang berterusan didalam kepimpinan PAS, begitu juga PR, kerana Nik Aziz adalah ikutan dan idola mereka.

Tiba-tiba saranan "perpaduan" yang sangat murni itu dihalangnya.
Semua ini tidak lain dan tidak bukan adalah akibat dari minda dan diri beliau yang sudah masuk ketahap "nyanyuk". Memang eloklah beliau mengundur diri dari kepimpinan PAS dan memulakan zikir sepanjang waktu sehingga keakhir hayatnya. Yang terbukti sejak kebelakangan ini keuzuran jasadnya telah menjelma.

Pada hemat saya lebih baik beliau berbuat demikian, kerana tentunya beliau ingin agar kuburnya suatu ketika nanti akan berbau harum wangi serta dikunjungi rakan taulan seluruh dunia pada setiap waktu terluang, sebagai tanda sayang dan kasih insan manusia ini kepada manusia luhur seperti beliau. Dan ini tidak akan menjadi kenyataan jika beliau terus menentang usul murni dari ketuanya.

2 ulasan:

KHAIRUL NAZRI berkata...

Salam,

Pada hemah saya, N.Ajiz sepatutnya mengundurkan diri dari dunia politik ini sejak dari dulu lagi, lebih-lebih lagi kita melihat tiada sebarang perubahan besar disepanjang pemerintahannya di Kelantan.

Dengan keadaan usia yang hampir penghujungnya ini maka amat molek bagi N.Ajiz duduk berehat sambil memperkasakan amalan sambil membayar kembali masa-masa bersama cucu dan keluarga yang selama ini diluang ke arah politiknya yang tidak kemana itu.

bungaraya berkata...

Betul tu Kahirul.