SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 18 Jun 2009

POLITIK MUAFAKAT

Politik muafakat ini sebenarnya sering kali dianjurkan atau disarankan oleh kawan kita NOBISHA dalam ruangan blog beliau atau jika berkesempatan dalam ruangan TV, samada dalam Astro Awani maupun TV One. Secara idea nya saya kata saya sangat bersetuju, kerana jelas sekali, jika kita mempraktikkan politik permuafakatan, segala sesuatu perkara penting terutama yang menyentuh soal bangsa, agama dan negara akan dibincang secara bermuafakat dan secara baik serta ikhlas. Namun agak susah untuk dipraktikkan secara realitinya, terutama setelah sekian lama antara dua parti melayu terbesar itu umpama "anjing dengan kucing". Lebih-lebih lagi jika memanjngkan politik muafakat itu dengan DAP dan PKR. Ianya hampir mustahil berlaku. Sangat susah dan begitu seksa rasanya untuk dijadikan sebuah kenyataan.



NAMUN. Kata bijakpandai "tidak ada perkara mustahil dalam politik". Jika kita amat amati kata-kata bijakpandai tersebut, mungkin juga ada kebenarannya. Disamping itu amanahkanlah kepada pucuk pimpinan melayu yang utama, untuk mengatur permuafakatan diatas keinsafan yang telah disarankan oleh Ustaz Haji Hadi Awang, Presiden PAS itu. YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak nampaknya telah memberikan lampu hijau untuk sesiapa saja menggerakkan usaha permuafakatan tersebut. Beliau dalam perkara ini, jelas sekali bersikap "open minded" dan begitu juga dengan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, orang nombor dua dalam parti UMNO. Jangan lupa seorang kanak-kanak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapan Singapura, apabila dilanggar todak.
Kerana orang nombor satu dan dua dalam PAS juga bertindak positif untuk bersepakat, maka jalan nampaknya terbuka luas kearah perpaduan dan permuafakatan melayu/islam tersebut.


Tapi sekali lagi saya mengingatkan, bahawa bukannya mudah usaha kearah politik muafakat tersebut. Didalamnya terdapat "pengorbanan" yang sangat besar, terutama dipihak UMNO. Tidak juga kurang pengorbanan dipihak PAS, kerana ini membawa makna, akhirnya akan bermusuh kembali dengan DAP dan PKR. Tetapi selama inipun, jelas hanya PAS sahaja yang "ikhlas dalam kebengongan" kepada PKR dan DAP. Sebaliknya kedua parti itu sentiasa bersandiwara dengan PAS. Dan akhirnya dalam pakatan pembangkang tersebut, hanya PAS yang mengalami kerugian besar. Jika keuntungan menang di Kedah dan Kelantan dijadikan ukuran, tanpa PKR dan DAPpun PAS akan tetap memilikinya. PAS hanya "tukang bantu" kepada kemenangan PKR dan DAP di Perak dan Selangor sahaja. Bagaimanapun tidak mustahil boleh diusahakan dengan baik. Kita ingin melihat kepimpin besar negara samada dibelah Kerajaan maupun pembangkang merungkai segala pemasaalahan yang mungkin timbul dalam menuju kearah kata muafakat tersebut. Janganlah mengharapkan cuma merungkai perkara yang senang dan remeh sahaja. Tidaklah kita dipanggil pemimpin besar jika hanya sukses dalam merungkai perkara remeh dan mudah sahaja. Barulah kita bertambah berwibawa dan hebat jika merungkai sesuatu permasalahan rumit dan sukar. Maka dengan semangat dan pegangan waja sedemikian saya yakin pemimpin agung negara bisa mencapai titik pertemuan dari permasalahan yang cukup rumit tersebut.

Semoga pemimpin kita berjaya!!!!!!!!!!

Tiada ulasan: