SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 15 Jun 2009

NIZAR, NIZAR...Apa ertinya title DATUK SERI dipangkal nama beliau?

Sungguh memalukan dan memilukan!!!!!!
Apakah ini contoh pemimpin melayu zaman serba canggih sekarang ini?
Macamana Nizar boleh berlagak sedemikian rupa?
Beginikah cara dan kaedah kepimpinan DAP yang dicanang oleh Salahudin Ayub dan Mahfus Omar? Datuk Pak Hadi Awang, maupun Tok Guru Islam Nik Aziz. Ingat bukan Tok Guru Hindraf tu. Nik Aziz tu adalah Tok Guru yang membawa ajaran Islam. Apakah Nizar membawa ajaran yang diperjuangkan oleh Nik Aziz?
Kalau nak banding dengan monyet dekat zoo tu, nampak lebih kurang aksinya. Seperti Nizar selepas angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang di Parlimen kelmarin.
Anda semua,
Bukan seorang malah ramai pemimpin pembangkang yang seperti ini.
Jangan kita kira yang bukan islam dan yang bukan bumiputera. Kita kira Melayunya, Dusunnya, Ibannya dan sebahagian lagi bumiputera kita. Majoriti yang berperangai macam Nizar, rata-ratanya melayu dan berada dibelah pembangkang. Kenapa? Lepas tu kita sokong pula tu.
Sudah terbalikkah?
Beginikah hasil keluaran Universiti atau pusat pengajian tinggi atas dunia ini?.
Belajar kurang ajar!!!.
Selaku pemimpin sebuah negara islam seperti Malaysia, yang mengamalkan tata-susila dan adab bangsa ketimoran, jangan bercontohkan perangai Yahudi, Hindaraf, LTTE, Taliban, Gengs Metals, dan sebagainya yang sangat tidak senonoh itu.
Sebaliknya bersopan santun dan berdisiplinlah hendaknya.
Mundurkah negara jika kita bertata-susila?
Selama ini, sejak 50 tahun lebih yang lalu, kurang ajarkah pemimpin kita?.
TIDAK!!!!!!!malah tata-susila dan sopan santun mereka tetap terpelihara DAN negara maju, aman sentosa dalam tatasusila dan aopan santun mereka.
Kenapa Nizar mengelabah dan mahu dicucuk hidung oleh Ngep dan Nga serta pemimpin utama PAS dan Pakatan Rakyat?
Sudahlah Nizar...
Elok awak ke Mekah dan menunaikan Umrah selalu.
Atau Haji tak mengira waktu?
Jangan merosakkan negara dan kesentosaan Rakyat khususnya di Perak.
Amin.....

4 ulasan:

sol amano berkata...

Nizar patut keluara PAS & masuk DAP. Dia memalukan pimpinan PAS dan org Islam keseluruhannya. Tak layak langsung dua bergelar YangBerhormat. Yang Diperbodohkan atau Yang DiKambingkan atau Yang Bodoh atau Yang TakSedarDiri atau Yang Biadap lebih layak utk Nizar.

Mandailing Rangkuti berkata...

Salam,

Saya syorkan agar Bloggers pembela Negara(BPN)mengusahakan untuk mendapatkan suara rakyak agar gelaran Dato' Seri yang diberikan kepada Nizar dan Ngeh Koo Ham ditarik balek oleh pihak istana Perak.

Menghina Parlimen bererti menghina Yang Di Pertuan Agong.Jelas mereka bukan sahaja menghina Tuanku Sultan Perak tetapi mereka juga menghina Yang Di Pertuan Agong.

Sampai bila nak dibiarkan mereka ini terus jadi KURANG AJAR.Sesiapa sahaja yang menyokong mereka ini samalah KURANG AJARnya.

Alizul berkata...

Jelas sekali Nizar tidak lagi mengamalkan amalan Islam sebenarnya. Namun, selagi dia masih Islam, kita dan orang-orang Islam yang sayangkan agamanya wajib memberi teguran dan nasihat supaya ia balik ke pangkal jalan.

Yang lebih penting di sini ialah, PAS sendiri mesti membetulkan dirinya dulu. Maksudnya, bukan saja PAS perlu kembali kepada landasan dan perjuangan asalnya, tetapi juga ia mesti kembali kepada ajaran Islam sebenarnya berdasarkan Al-Quran dan Hadith.

Saya berkata demikian kerana PAS telah beberapa kali mengeluarkan kata-kata dan melakukan tindakan-tindakan yang jelas bercanggah dengan Al-Quran dan Hadith. Memadaii jika saya ambil satu contoh saja (dan contoh ini sudah cukup), iaitu "sesiapa yang menyokong atau mengudi PAS akan masuk syurga." Saya tidak perlulah menjelaskan ungkapan ini kerana saya percaya semua orang Islam tahu makna dan implikasinya. Memadaiilah jika saya katakan setiap orang Islam yang faham agamanya tahu bahawa hanya Allah saja yang berkuasa menentukan siapa yang masuk syurga. Sedihnya, pengikut-pengikut PAS mempercayainya bulat-bulat tanpa berfikir, dan ini mempengaruhi pengundi-pengundi untuk menyokong parti itu dalam pilihan raya. Apakah makna kemenangan dalam pilihan raya jika mereka memilih PAS supaya mudah masuk syurga? Bukankah dengan pemilihan itu juga mereka jelas terpesong akidah? Siapakah yang bertanggungjawab? Bukankah para pemimpin PAS termasuk Nik Aziz?

Oleh sebab itulah saya berpendapat bahawa PAS perlu mencermin, memperbaiki dan membersih dirinya dahulu. Inilah kesilapan yang paling utama kerana ia memberi kesan yang besar kepada umat Islam di negara ini. Tetapi sedihnya, apa yang dilihat sekarang nampaknya seolah-olah tiada usaha langsung untuk kembali ke pangkal jalan. Kita hanya mampu berdoa.... dan para blogger-blogger Islam, terutama yang mempunyai ilmu yang mendalam tentang Islam, wajib berusaha memberi teguran mengikut sudut Islam sebenar, dan elakkan diri dari memberi kritikan negatif dan keterlaluan yang hanya akan memburukkan keadaan serta menguntungkan musuh-musuh Islam.

Detguaq berkata...

Itu kita kata.

Jika rajin selaklah blog-blog dan portal pembangkang yang menyucikan perbuatan Nizar ketahap mulia.

Dan pihak sebelah sana sebenarnya begitu amat berbangga dengan 'keberanian' Nizar menjadi berok sarkas yang mahir sehingga jurulatihnya tidak lagi perlu mengikat dan mendera dia agar menurut perintah. Cukup dengan isyarat, berok ini dah boleh faham apa yang diperintah oleh j/latihnya. BRAVO!!!