Sepertinya penulisan yang bersemangat didalam blog ini masih belum mencukupi bagi menyedarkan umat islam melayu tentang perlunya persatuan dan penyatuan dan perpaduan dikalangan mereka bagi memulihkan kemelut perpecahan yang berlaku akibat kerakusan sebahagian umat yang berlaku dalam parti-parti besar bangsa itu.
Nampaknya PERKASA perlu bertindak berani dari hanya sekadar penulisan semata.
Kepada pemimpin PERKASA, marilah kita lupakan kepentingan peribadi yang berbentuk kuasa dan harta benda. Ayuhlah kumpulkan kepimpinan bangsa kita dan bersatu dalam payung kesatuan yang boleh memberikan kesedaran yang lebih hakiki.
Pada firasatku, melayu akan kecundang diatas tanah airnya sendiri jika tidak ada sesiapa dikalangan kepimpinannya yang berani memulakan langkah pertama. Kalau India berani menggunakan Hindraf, kenapa melayu takut nak gunakan PERKASA? aTAU ADA BADAN nGOS LAIN YANG LEBIH LANTANG DAN BERANI MEMULAKANNYA?????
Saya sangat kehairanan kenapa ada diantara kita merasa jijik kepada UMNO? Sedang UMNO telah banyak berkorban dan berjasa kepada perjuangan memertabat agama dan bangsa melayu kita.
Saya juga pelik kenapa kita beriya-iya sangat memberikan sokongan kepada DAP? sedang DAP bukannya sebuah parti yang memperjuangkan bangsa Melayu dan sangat ekstrim sifatnya.
Dan yang lebih memilukan hati ialah kenapa kita sanggup mengambil tindakan yang drastik kepada Al Arqam dan Mauyah suatu ketika dulu, padahal Hindraf terbiar tanpa tindakan pembatalan pertubuhan yang haram itu?
Astaghfirullah hul aziiiiiim!!!!
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
1 ulasan:
DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!
http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html
Catat Ulasan