SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 7 Jun 2009

BOLEH SOKONG MAKKALLLL SAKTIkah???

Jika kaum India di Malaysia menyokong MAKKAL SAKTI, maka kita semua akan nampak betapa masyarakat minoriti itu mengamalkan politik ekstrimis yang sangat mendalam. Tengoklah berapa ramai dari masyarakat itu yang menyokong dan menjadi ahlinya. Bilangan tersebut nanti yang akan memberikan gambaran yang paling tepat tentang kekuatan semangat ekstrim masyarakat tersebut.

Memang tidak dapat dinafikan, ramai cendiakawan dari kaum India Malaysia yang bersama DSAI dalam parti PKR. Juga dalam DAP dan tidak kurang ramainya dalam PPP. Antara parti-parti yang tidak mengamalakan kononya dasar perkauman. Mungkin ini mengambarkan sikap setenagh daripada masyarakat kaum tersebut. Namun cerita-cerita yang mengatakan lebih kurang 50,000 orang dari kaum itu yang menyertai parti Makkal Sakti juga boleh mengambarkan sikap perkauman kaum India. MAKKAL SAKTI adalah sebuah pertubuhan politik yang akan didaftarkan oleh para pemimpin Hindraf yang ternyata sekali perjuangannya hanya untuk kaum India sahaja dan fakta-fakta membuktikan bahawa ia sangat ekstrim sikapnya. Sekali lagi dalam sejarah negara ini, kaum India memperlihatkan perjuangan yang sangat bertentangan dengan sifat masyarakat majmuk dalam negara ini.

Tidak bolehkah semua kaum India berjuang bersama UMNO dan MCA dan PBS dan SUPP dan SNAP sebagai sebuah parti besar yang tidak berbau perkauman? Tidak mampukah Barisan Nasional memperjuangkan masyarakat India di Malaysia? Jikalau kaum India masih ramai yang berada dalam garis kemiskinan, itu kesalahan BNkah atau kesalahan pemimpin India yang terlalu suka dan seronok mengujudkan berbagai-bagai parti di negara ini? Penubuhan banyak parti ini, adakah bertujuan untuk kepentingan kaum India, atau kepentingan segulungan pemimpin India sahaja? Lu orang semua boleh bacakah? Adakah perlu bagi kaum India tubuh lagi satu parti?
Bukankah menubuhkan terlalu banyak parti itu menyebabkan kaum India berpecah kepada banyak seksyen dalam politik negara. Saya jarang nampak kaum tersebut duduk bersama-sama dan membangun kaumnya dalam keadaan harmoni.

Saya nampak MIC dan PPP telah mencuba sedayanya untuk mewakili kaum tersebut dalam paerti yang merangkumi semua kaum iaitu BN. Bukankah itu satu langkah yang terpuji dan sangat baik? Jika pemimpin MIC dan PPP itu dirasakan sudah tidak memiliki kemampuan dan terlari matlamat, bukankah lebih baik ditukar kepada pemimpin yang lain. Saya kira tidak parlu untuk kaum India menubuhkan lagi satu atau banyak parti untuk berlawan sesama sendiri, kerana ia tentunya sangat tidak membawa kearah kebaikan kepada kaum tersebut, malah memecah belahkannya lagi.

Saya berani mengatakan bahawa penubuhan MAKKAL SAKTI tidak kemana, bahkan mungkin besar kearah kacau bilau kaum India itu sendiri. Lebih-lebih lagi sejarahnya bermula adalah dari satu sikap ekstrim kaum yang tidak selari dengan semangat Perlembagaan Negara dan perjuangan bersama semua kaum dalam negara. BERHATI-HATILAH KAUM INDIA MALAYSIA dengan Makkal Sakti yang bukan sakti itu.

Wahai kaum India, Tak malukah? jumlah hanya "secukap" tapi nak tubuh 100 parti? Saya kira semuanya hanyalah kerana "emosi".

1 ulasan:

Tai berkata...

Ya, mereka yang rugi nanti.