Kelakar sungguh tindakan dan keputusan Haji Hadi!!!
Ketika Muktamar PAS beliau mencadangkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO.
Kemudian dengan berbagai alasan yang menyayukan menarik balik saranan tersebut.
Sambil DSAI menyokong penarikan balik saranan tersebut dengan mengatakan UMNO sebenarnya telah memfitnah PAS dan pemimpin utamanya termasuk Haji Hadi dan Nik Aziz serta Shaharuddin.
Politik kelakar seperti ini sepatutnya tidak berlaku semasa keadaan perpecahan umat islam/melayu di Malaysia dalam keadaan parah.
Sekali lagi saya katakan bahawa perpaduan dalam bangsa melayu sangat penting untuk kemakmuran negara keseluruhannya. Kaum lain juga akan mengikut dari belakang untuk mengujudkan perpaduan dikalangan mereka dalan bersama bangsa melayu berpadu sacara kesemua rakyat warganegara.
Saya katakan lagi sekali bahawa saranan Haji Hadi itu adalah sangat murni dan jika beserta dengan keikhlasan, akan membawa negara kesatu era kemakmuran sejagat yang amat harmoni.
Kenapa Haji Hadi menarik balik saranan tersebut, itu adalah tindakan politik yang paling kelakar sekali. Jelas sangat kelihatan unsur "takut", "tidak berprinsip", "tak'ada koter", "Dayus" dan "gagal" selaku pemimpin bangsa dan pemimpin umat islam negara.
Dengan sikap "terbuka" Datuk Seri Najib dan "sambutan" oleh Tan Sri Muhyiddin yang sangat positif itu, telah membayangkan kepada ku akan peluang Haji Hadi atau sesiapa jua dalam Pas yang akan bergelar Menteri dan berpeluang untuk memperjuangkan syiar islam melalui pentadbiran negara Malaysia. Kan selama ini pemimpin Pas tak puas hati dengan cara dan kaedah UMNO mentadbir islam di Malaysia. Nah!!!!bukankah ini peluang keemasan bagi pemimpin PAS untuk menabur bakti kepada bangsa dan agama? Namun gagal akibat penarikan balik Haji Hadi diatas saranannya sendiri. Kerana "takut" dengan PKR dan DAP.
Bye-bye Pas. Peluang sebegini hanya sekali. Tidak ada duanya atau tiganya atau empatnya. Politik kelakr seperti ini tidak ada dalam UMNO kerana pemimpin UMNO serius dalam memperjuangan agama dan negara. Mereka tidak sekadar menanam tebu dibibir mulut sahaja.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
4 ulasan:
SALAM BRO
ANWAR SDG MENGHITUNG HARI. KES PERBICARAAN LIWAT BELIAU AKAN TIBA. GAP BG PIHAK SAIFUL MEMINTA KITA BERIKANKAN SOKONGAN KPD SAIFUL
Sebenarnya penyokong PAS lah yang membantu DAP dan PKR memenangi banyak kerusi di P. Pinang.
Akhirnya PAS diketepikan macam sampah. Pakatan Rakyat kunun - Pakatan Kepala Butuh!
Bangsa melayu hendaklah berkumpul semua didalam UMNO dan kita bariskan satu saf utk berjuang dan mempertahankan kedudukan mantap bangsa kita dalam persada pemerintahan dan kuasa dan kekuatan negara. Amin. Jika ahli dan pemimpin Pas nak keras dan degil, apa boleh buat. Sejarah akan menentukan, jika melayu kecundang, mereka lah punya pasal!!!!
Salam,
Tapi pemimpin dan penyokong parti pembangkang ni sentiasa merasakan mereka benar dan betul belaka. Yang salah dan sentiasa akan disalahkan adalah UMNO sehingga lembu bergelimpangan di tengah jalan pun adalah salah UMNO. Begitulah kebencian yang ditanamkan terhadap sejak lama dulu lagi. Begitulah buruknya hati benci mereka yang mengaku memertabatkan Islam lebih dari orang lain ~ bRAVEhEART
Catat Ulasan