Jika Sabah dan Sarawak adalah merupakan contoh terbaik kepada 1MALAYSIA, sebagaimana yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri kita, YAB Datuk Seri Najib Tun Haji Abd Razak, tentu sekali ianya merujuk kepada semangat toleransi dikalangan berbagai etnik dikedua negeri tersebut. Dikedua negeri itu ( Sabah & Sarawak ), mereka tidak kenal erti persengkitaan diantara etnik yang ada. Mereka hidup rukun damai berzaman-zaman, sama seperti yang disarankan oleh berbagai-bagai agama yang terdapat diatas muka bumi ini. Ianya terjadi secara natural dan atas dasar keharmonian dan keamanan bersama, sikap jumut dan suka bertelagah mereka letak jauh-jauh dari lubuk hati setiap individu yang masih bernyawa. Bahkan dalam berbeda fahaman agama yang mereka anutipun, mereka masih boleh hidup satu bumbung dan satu katil serta satu bantal. Ini dapat kita perhatikan dikebanyakan perkampungan dikawasan pendalaman Sabah seeprti Tambunan, Keningau, Ranau dan juga di Sarawak seperti dikawasan perumahan panjang kaum Iban dan Dayak.
Masyarakat pribumi yang menganut Kristian dan Pagan sangat menghormati kaum yang beragama islam dimana "secara otomatik" setiap hidangan makanan dan minuman akan dipastikan kehalalannya oleh mereka, jika ingin menjamu rakan islam mereka. Kahwin campur sangat lumrah diSabah dan Sarawak. Kadazan berkahwin dengan Cina. Bajau berkahwin dengan Dusun, Murut berkahwin dengan Kedayan, Iban berkahwin dengan melanau dan sebagainya adalah perkara yang bukan luar biasa dan perlu ditakutkan. Bahkan kaum islam Sabah dan Sarawak merasakan satu keistimewaan jika dapat mengahwini perempuan dari suku kaum selain kaum mereka sendiri.
Kini pengaruh dari luar telah banyak mengikis kebiasaan penduduk dikedua negeri tersebut.
Sabah adalah sebuah negeri yang aman dan sentosa. Begitu juga dengan Sarawak. Baru-baru ini saya bersama rombongan seramai hampir 100 orang, telah berkunjong kesebuah rumah panjang suku kaum Iban di Limbang, Sarawak. Saya merasa sayu dan hiba apabila rombongan kami disambuat dengan mariah dan dijamu dengan segala makanan dan minuman sepuas-puasnya. Betapa suku kaum itu menghormati kami, dari suku kaum lain yang 99.999%nya adalah beragama islam. Ketua Rumah Panjang Ungi telah menyambut kami, sekaligus kami dipersembahkan dengan tarian ngajat ( tarian budaya suku kaum Iban ) dan lagu poco-poco dalam bahasa Iban. Saya suka mencadangkan tarian poco-poco Kebangsaan kita mennyerapkan tarian poco-poco bahasa Iban yang dipersembahkan kepada kami itu. Ianya lebih berbentuk kebangsaan jika dibandingkan dengan tarian poco-poco sedia ada yang menggunakan bahawa jawa.
Kepada anak-anak remaja Sabah dan Sarawak, sedarlah bahawa selama ini keharmonian dan kesentosaan dikedua negeri tersebut, adalah berpunca dari sikap toleransi penduduknya yang sangat kuat dan jitu. Jika ini hilang dibawa oleh angin bayu, maka tidak mustahil Sabah dan Sarawak akan kehilangan suasana harmoni yang mereka miliki sekarang ini. Jangan kerana perjuangan yang karut marut seperti yang PKR dan DAP perjuangkan, anda boleh tertipu dan menggadaikan segala suasana nyaman ketika ini.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan