SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 6 Julai 2009

MANIK URAI SEBAGAI "ANAK ANGKAT" BN???

Paling sesuai Manik Urai dijadikan kawasan angkat atau "anak angkat" selepas BN mencari kemenangan dalam prk akan datang ini. Ini adalah antara saranan yang diberikan oleh kawan-kawan di Kota Bharu setelah saya merbual panjang melalui telefon dengan mereka pagi semalam. Saya nampak ada logiknya saranan tersebut demi untuk membuktikan kepada rakyat seluruh Kelantan bagaimana cara dan teknik Barisan Nasional dalam menjaga kebajikan rakyat dibawah kepimpinannya.

Pertama Barisan Nasional akan menumpukan segala bantuan ekonomi dan apa sekalipun untuk rakyat Manik Urai. Pembangunan Intrastruktur Manik Urai akan dimajukan sama seperti kawasan dimana BN memegang pentadbirannya. Pekan di Manik Urai akan dinaiktarafkan. Diujudkan berbagai-bagai kemudahan prasarana dan pusat pengajian samada tinggi,ataupun separa tinggi untuk kemakmuran rakyat Manik Urai. Peluang pekerjaan akan diperbanyakkan untuk rakyat dekat situ, agar mereka sangat berpuas hati sebagai anak kesayangan Barisan Nasional. Pusat dakwah kelantan atau Pantai Timor juga boleh ditubuhkan di manik Urai. Semua ini akan menjadikan Manik Urai kawasan tumpuan, bukan sahaja kepada orang-orang yang setia dengan perjuangan Barisan nasional, malah ahli Pas, DAP dan PKR sekali gus. Melihat dan memerhatikan bahawa Barisan Nasional, jika diminta sebagai pemerintah, akan memerintah dengan baik dan teratur dan akan menjalankan tugas serta tanggungjawab seeperti yang dikehendaki oleh Al quran dan Hadith. Bukan seperti yang difitnah melalui laman-laman sesawang dalam internet ini.

Dengan menjadikan Manik Urani "Anak Kesayangan" Barisan Nasional, akan dapat membuka mata penyokong PAS di Kelantan, betapa selama ini mereka rupanya sangat membuang waktu dan masa mereka dengan memberikan sokongan emosi kepada PAS dan PKR. Rupanya selama ini mereka telah membuat keputusan yang sangat tidak bijaksana. Kerana kononnya dijanjikan syurga jika menyokong PAS, rupanya neraka dunia dan akhirat yang mereka perolehi.

Tiada ulasan: