SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 8 Julai 2009

SAH. PAS TIDAK UBAH SEPERTI UMNO. TAPI PKR MULTIRACIAL PARTI.

Sah dan janganlah anda semua cuba untuk menafikan lagi bahawa PAS tidak ubah seperti UMNO. Mungkin dari segi teknikalnya berbeza, tetapi yang jelas sekali dari segi yang diperjuangkannya adalah sama dan langsung tidak berbeza walau dibesar atom sekalipun. Jika nak kata PAS berjuang untuk islam, maka UMNO juga berjuang untuk islam. Jika naka kata UMNO berjuang untuk Melayu, PAS juga tidak dapat dinafikan perjuangan kepada bangsanya.
Mungkin hanya yang berbeza ialah dari sudut kejayaan dalam perjuangan kedua parti tersebut.
Sepertimana yang diucapkankan oleh Tan Sri Muhyiddin kelmarin, cubalah buktikan apa kejayaan yang telah dicapai oleh PAS setakat hari ini? berbanding dengan pencapaian yang telah UMNO buktikan dan capai semenjak merdeka. Islam menyinar di Malaysia adalah hasil usaha bersungguh UMNO. Melayu mampu berdiri gah kerana kehebatan perjuangan UMNO.
Sedang PAS asyik dengan caci merba, sibuk dengan menyalahkan UMNO sepanjang ketika. Namun seperti sedia kala, mana yang patuttu, UMNO memperbetulkan tuduhan PAS. Mungkin kerana terlampau agaknya.

UMNO dan PAS umpama langit dengan bumi. Jarak pencapaian kedua parti tersebut sangat jauh bezanya. Kalaunak kata tidak pernah memerintah, Kelantan diperintah PAS sejak 19 tahun yang lalu. Namun mencapaian PAS sebagai pemerintah Kerajaan Negeri Kelantan sangat menyedihkan. Mundur dan tidak terdapat sebarang kemajuan selain dari apa yang dilaksanakan oleh UMNO di Kelantan itu.

PAS sibuk mencaci UMNO.
Bahawa UMNO tidak islam, sama seperti komunis dan Ajaran Ayah Pin.
Betulkah?
Tidakkah PAS yang serupa Ayah Pin.
Mendidik masyarakat membenci sesama bangsa dan agama, yang telah dimainkan oleh pemimpin PAS sejak dahulu, adalah ajaran yang sangat menyimpang daripada ajaran Nabi Muhamad SAW yang kita cintai dan sayangi.
Jika UMNO dituduh tidak islamik, apakah perbuatan pemimpin PAS itu dianggap islamik?
Nyata-nyata didalam Al Quran, Allah SWT menyarankan kita berbaik-baik dengan masyarakat bukan islam yang tridak bermusuh dengan kita. UMNO telah mengikuti saranan tersebut dengan berbaik bersama MCA, MIC dan PBS serta lain-lain seksyen dalam masyarakat yang tidak beragama islam. Ini kerana mereka nytanya tidak memusuhi kita selaku penganut sagama islam. Tetapi PAS berbaik dengan DAP dan Hindraf yang nyata sekali tidak bebaik dengan islam, malah membantah objektif PAS untuk menjadikan hukum hudud dalam malaysia ini.
Malah yang paling dashyat sekali ialah, PAS berdiam diri jika berlaku sesuatu perkara yang bertentangan dalam Pakatan mereka. Pemimpin PAS tidak memilki kekuatan untuk menolak yang mungkar dalam Pakatan Rakyat. PAS hanya berani bergaduh dengan UMNO. Tetapi bila dengan jepun, China, Jerman, India, Pakistan, Korea,,,PAS membisu dan bagai kerbau dicucuk hidungnya. Bertambah pilu lagi bila tiba-tiba PAS bersuara menyokong kemungkaran tersebut. Ini berlaku bilamana mereka berusaha membetulkan apa yang dilakukan oleh DSAI dan Elizabeth Wong.

PASPASPAS...memang kamu tidak berbeza dengan UMNO. Namun perbuatan kamu sangat mungkar sejak kebelakangan ini. Takdir karma telah kena kepada PAS. Ingatlah kejadian Tshunami di Aceh telah menyedarkan kita bahawa kesilapan juga boleh berlaku kepada manusia yang memakai serban dan kopiah putih.

1 ulasan:

Taminsari berkata...

Salam..

Pas sanggup perjudikan matlamat perjuangan semata-mata mahu bergabung dengan DAP! Pas begitu mudah memaafkan Karpal Singh yang bermati-matian mempertahankan ideologi DAP dan meminta supaya melangkah mayatnya dahulu sebelum tertubuhnya negara Islam Pas! Manakala DAP semata-mata ingin menangguk peluang keemasan di atas kebebalan segelintir orang Melayu, sanggup terima Pas dalam Pakatan Rakyat untuk menghancur dan memecahkan undi orang Melayu/Islam?

Pas yang semakin sedar yang parti itu tidak dapat menarik majoriti orang Melayu Islam, sanggup bersekongkol dengan DAP dan " buat-buat " lupa apa yang telah dilaung-laungkan sebelum ini demi matlamat dan cita-cita untuk kekal berkuasa di Kelantan, Kedah dan seterusnya merampas kuasa dan tampuk pemerintahan di Malysia. Jadi apakah makna maufakat mereka sebenarnya?

Kesimpulannya, ketiga-tiga parti pembangkang itu bertemu jodoh kerana ada satu persamaan antara mereka iaitu memiliki sifat ekstrim. Perkahwinan hanya atas sifat gila kuasa dan keras kepala. Pas dengan label taksub dan ekstrim agama, DAP bersifat chauvanis dan perkauman, manakala Keadilan masih tidak ketentuan hala tuju.

Pakatan yang cuba dilakukan walaupun berlainan ideologi dan matlamat tetapi dibuai satu mimpi iaitu berkuasa walau dengan cara yang boleh merosakkan masa depan rakyat dan negara. Mereka sebenarnya cuma saudagar mimpi yang cuba mempengaruhi rakyat untuk terus lena bersama mereka tanpa sebarang tujuan.

Salam perjuangan