SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 27 Julai 2009

Bagaimana jika diujudkan PARTI KRISTIAN SEMALAYSIA?

Kebarangkaliannya tetap ada, bahawa suatu masa mendatang ini terdapat kalangan penganut agama kristian akan menubuhkan PARTI KRISTIAN SEMALAYSIA. Atau mungkin kerana terlalu suka menubuhkan parti politik, terdapat kumpulan dalam masyarakat India yang akan menubuhkan PARTI HINDU SEMALAYSIA. Ada sesiapa yang dapat menyangkal perkara ini? Semuanya kerana gara-gara adanya Parti Islam Semalaysia yang ditubuhkan oleh penganut agama islam dalam negara ini. Tentunya ini adalah senario yang kurang enak dan lari jauh daripada konsep 1MALAYSIA yang cuba diterapkan oleh Perdana Menteri kedalam jiwa setiap rakyat.


Seluruh rakyat tidak kita penganut islam, kristian, hindu atau apa agama sekalipun mestilah memikirkan sensitiviti sesama masyarakat. Perkara yang boleh menimbulkan rasa tersinggung kenalah diketepikan jauh-jauh dari semua tindakan yang akan kita ambil. Saya rasa, termasuklah ura-ura, jika ada, untuk menubuhkan parti yang berasaskan agama. Banyak contoh dah kita lihat dimerata dunia ini, bahawa sentitif agama mampu memporak perandakan masyarakat. Ini sepatutnya tidak sesekali boleh berlaku jika ingin melihat negara berada didalam situasi aman dan sentosa. Sepertimana yang dimahukan oleh setiap agama yang ada atas muka bumi ini.


Apakah anda merasakan rakyat dari suku kaum Kadazan/Dusun, Murut, Iban, Dayak, Lindayu dan sebagainya tidak berhak berbuat demikian? Mereka adalah rakyat asal/asli negara ini yang sama statusnya dengan bangsa melayu di Kelantan atau dimanapun jua. Apakah anda merasakan kaum India tidak berhak untuk menubuhkan PARTI HINDU SEMALAYSIA? Kerana Perlembagaan Negara juga tidak pernah menghalang dari mereka berbuat demikian.


Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan bertanya diri kita sendiri, apakah perlu Parti Islam SeMalaysia diteruskan keujudannya? Tidakkah perjuangan menegakkan syariat dan syiar islam hanya cukup dengan sebuah parti yang tidak menggunakan islam sebagai label parti mereka? UMNO selama ini tidak pernah mengabaikan perjuangan islamnya. Malah didalam kepimpinannya, Islam tidak pernah diabaikan dan terus menjadi contoh terbaik kepada negara islam dalam dunia ini. Hanya kerana kita tidak boleh berfikir secara rasional, semua yang UMNO laksanakan itu, kita pandang dengan hati dan mata yang prejudis. Kita sebenarnya yang tidak mengenal erti dosa dan pahala. Kita lupa kepada ajaran ibu bapak kita. Kita beranggapan kemodernan ertinya jauh dari agama tauhid itu. Kerajaan UMNO dari saat kesaat sentiasa melaungkan dunia keislaman dan mengajak/tabliq kepada penganutnya agar membuang yang mungkar dan melaksanakan amalan yang baik.


Sdr. sekalian, jika ISA dimansuhkan semua perkara yang logik dan adil pada anda, meskipun bahaya kepada keselamatan negara, akan dikhuatiri bermaharajalela. Kesudahannya negara akan menjadi porak peranda. Dan sudahnya kita akan kembali kezaman purbakala.

Tiada ulasan: