SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 30 Julai 2009

1MALAYSIA MELALUI HASIL BUDAYA BERBAGAI KAUM.

Tengoklah tarian-tarian Malaysia tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Betapa mengasyikkan, tidak kira ia dari budaya mana. Semuanya kini telah diterima baik seadanya oleh semua kaum sebagai tarian kebangsaan. Saya rasa tidak mengapa jikalau budaya sebegini ditokoh-tambah berdasarkan budaya berbagai bangsa yang kita ada. Akhirnya Malaysia akan mengujudkan satu budaya baru yang akan menjadi kebanggaan anak cucu kita masa hadapan.



Tarian Masy. Portugis di Melaka


Tarian Orang Asli dibelantara. juga ditarikan oleh kaum-kaum lain dalam Malaysia.



Tarian Sumazau kaum Kadazan/Dusun . Semua suku kaum di Negeri Dibawah Bayu pakai menarikan tarian ini. Ianya telah diterima secara total sebagai tarian anak bangsa negeri Sabah dan malaysia secara amnya.


Tarian ngajat kaum Iban . Juga diterima sebagai tarian semua suku kaum dinegeri Sarawak. Siapa yang tak pandai menari ngajat dan menjadi anak Sarawak, sangatlah memalukan.



Tarian Naga Kaum Cina. Tarian ini tidaklah terlalu susah dan boleh diajar kepada anak-anak generasi masa kini dan masa depan.



Tarian Melayu . Lemah Gemelai dan sesuai kepada semua jiwa manusia dialam ini. Bertambah ayu jika ditarikan oleh kaum cina yang berkulit putih dan wajah yang menawan.

Dan banyak lagi tarian tradisi setiap kaum yang menjadi warganegara menjadi adat dan budaya rakyat Malaysia.....

Tarian Ghangra dari suku kaum yang berasal dari India ini bisa mengambarkan kepelbagaian yang murni dikalangan masyarakat negara ini.

Seperti dibawah ini umpamanya dll lagi.

Tarian Gangra kaum Sikh. Tarian ni, kalau nak pergi perang, askar elok sekali mempraktikkannya. Auah..banzaiii.


Apabila kita melihat adat budaya bangsa dan kaum yang menjadi warganegara Malaysia ini, maka kita insaf betapa selama ini rupanya kita hidup rukun damai dengan rela dan ikhlas menerima suasana keharmonian kehidupan sesama kita diatas bumi tercinta ini. Kita akan kerugian jikalau kita mensia-siakan kehidupan yang aman sentosa ini. Terlalu banyak persamaan dalam kepelbagaian budaya kaum-kaum di Malaysia.

BESOK SAYA AKAN MEMPAMERKAN KUIH MAKANAN RAKYAT MALAYSIA.

BUKANKAH KEPELBAGAIAN INI YANG DIHASRATKAN OLEH PERDANA MENTERI KITA.

ELOKKAN!!! KITA JANGAN TERBAWA-BAWA OLEH HASUTAN PEMBANGKANG YANG SABAN WAKTU MENGEMUKAKAN RENCANA BUSUK MEREKA. HANYA SEMATA-MATA DEMI KUASA DAN HARTA. KITA HENDAKLAH PRO-AKTIF DAN MEMBANTU USAHA BAIK SERTA MURNI OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN DEMIM KEMAJUAN BANGSA YANG PERBAGAI DIMALAYSIA INI.

Tarian Mak Yong dari Kelantan




















































































Tiada ulasan: