Keputusan pilihanraya kecil Manek Urai jelas membayangkan bahawa rakyat Manek Urai mahukan pembangunan khususnya pembangunan infrastrukturnya. Olehkeran itu rasanya elok Kerajaan BN meneruskan cadangannya untuk membina Jambatan Dua Hala yang menghubungkan kedua belah kawasan tersebut. Majoriti undi 65 orang itu hanyalah diukur angkanya sahaja. tetapi pada puratanya 50% daripada Pengundi Manek Urai telah menyatakan kepada kita bahawa mereka memiliki dunia serta akhirat sekaligus. Tentunya mereka sangat menyedari bahawa penyembahan kepada Allah SWT yang maha isa itu akan lebih selesa dan tenang dengan membangunkan prasarana seperti Jalan raya, Masjid yang indah dan tersergam indah, jambatan yang kukuh, suasana persekitaran yang bersih dan ilmu yang bercambah.
Walaupun sebenarnya sembahyang diatas pandang juga dibenarkan oleh agama. Walaupun sebenarnya air masin laut juga boleh digunakan sebagai air untuk mengambil wudhuk.
Zaman serba canggih sekarang ini menuntut para pemimpin negeri dan negara tidak hanya boleh membangunkan rakyat dengan kebijaksanaan berhujah semata, malah mereka mesti bijaksana dalam menterjamahkan kata-kata mereka dalam bentuk tindakan terutama yang melibatkan kesenangan dan keselesaan rakyat dibawah pimpinannya. Rakyat Kelantan amnya sudah 20 tahun memberi muka dan ruang kepada Tok Guru Nik Aziz utnuk menjadi pemimpin utama mereka. Malah hingga kini mereka merasakan satu dosa jika tidak meneruskan sokongan kepada beliau. Tetapi malangnya seperti biasa Tok Guru itu bukan satu aset kepada Kelantan, malah liabiliti. Kelantan langsung tidak berdaya untuk membangunkan dirinya dibawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Jika bukan peruntukan kewangan dari pusat, sudah tentu keadaan dan suasana negeri tersebut tersangatlah memilukan dan menyedihkan.
Walaupun semasa pilihanraya kecil baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin menyatakan JIKA BN MENENG, Manek Urai akan dijadikan ANAK EMAS BN, rasanya tidak salah jika selepas mengalami kekalahan inipun Manek Urai itu tetap diteruskan sebagai anak emas itu. Pilihanraya umum mungkin tidak sampai 1,000 hari saja lagi. Sekarang inilah masanya kita menjadikan salah satu kawasan di Kelantan itu sebagai satu contoh kepada rakyat seluruh negeri itu, betapa jika dibangunkan akan menyenangkan rakyat jelata.
Oleh itu teruskan angan-angan menjadi kenyataan. Jadikan Manek Urai sebagai anak emas BN dan agropolitan Manek Urai akan dijadikan satu kenyataan. Penduduk MELAYU Manek Urai tentu akan meningkat taraf hidupnya. Dan selesa bagi mereka menunaikan tuntutan agama. Dan senang bagi mereka bila melihat kemajuan anak-anak muda. Dan sudah tentunya pru ke 13 kelak mereka akan mengenang JASA baik kerajaan Kuala Lumpur. Mereka juga sedar bahawa tidak selamanya ruang selesa harus diberikan kepada pemimpin yang "cakap tak serupa bikin" seeprti MB mereka.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan