Pakatan Pembangkang Umpama Ular Tiga (3) Kepala!!.
Begitulah nampaknya seperti apa yang kita dapat dengar, lihat, baca dan tonton mukathir ini.
Berserabut dengan ucapan-ucapan yang tidak sekata serta tindakan yang tidak sehaluan.
Masing-masing mempunyai pandangan dan pendekatan sendiri tanpa memikirkan samada ianya menyinggong dan mengguris hati rakan sepembangkangan sendiri.
Di Kedah, setelah puas menunjukkan belang, dengan mengata itu dan ini kepada PAS negeri, DAP akhirnya menyesali perbuatannya dan kembali mencium punggung MB dengan tak jadi keluar Pakatan. Di Pulau Pinang, tentunya Anwar Ibrahim tak berapa senang dan setuju dengan tindakan Lim Guan Eng mempermain janji Pilihanraya Umum ke 12 lepas dengan berdolak dalik apabila time mengotakan janji kepada penduduk Kampung Pala telah tiba. DSAI khabarnya berjanji akan menyelesaikan masalah yang penduduk tersebut hadapi. Entah selesai entah tidak, kita sama-sama nanti. Adalah tidak masuk akal tiba-tiba Lim Guan Eng nak kenen kepada BN untuk menyelesaikan masalah yang mereka reka-reka itu.
Yang jelas telahan kita mengenai tidak ujudnya kata sepakat dan Pakatan Pembangkang itu kini satu demi satu telah menjadi nyata. Ramai penyokong Pakatan tak percaya pada masa lalu akan telahan kita ini. Namun kini nampaknya mereka telah mula memikirkan semula, apakah Pakatan Rakyat patut diberikan sokongan ataupun tidak setelah melihat kepada senario mukathir ini. Janganlah kita berpandangan seolah kita benar serba serbi. Terdapat sebilangan penduduk Kedah umpamanya, rasa beruntung kerana PAS memerintah negeri menyebabkan mereka memperolehi peruntukkan pembangunan dari PAS dan BN sekali gus. Kalau memberikan kemenangan kepada BN saja, PAS tentunya tidak akan menyalurkan peruntukkan, kononnya. Pada saya fikiran seperti ini sangat jumud dan berpegang kepada kaedah jahat dalam menjalani ranjau dan usaha politik mereka. Inikah yang dikatakan politik canggih dan modern?. Politik Tan Sri Muhyiddin mereka katakan ketinggalan zaman. Politik yang tidak ketinggalan zaman kepada mereka ialah umpama "tahi tikus".....putih kesepenggalan. Ertinya mendapat keuntungan dikeduabelah pihak, sekalipun kita bersikap khianat.
Bagaimanakah rakyat jelata nak bergantung masa depan dengan sebuah pakatan yang tidak utuh? BN telah berhasil membuktikan keutuhan dan keselarian serta kesepakatan perjuangan sejak lebih 50 tahun yang lalu. Baru hanya tidak lebih dari 3 tahun Pakatan Rakyat telah menunjukkan keretakan dan pandangan yang sangat tidak sama ( berbeza ) sesama mereka.
Pakatan Pembangkang sangat mudah berpecah sifatnya. Ini kerana parti-parti yang terdapoatr didaslamnya sangat berbeza juga dalam matlamat dan objektif perjuangan. APAKAH GENERASI MUDA/MUDI YAKIN DENGAN PAKATAN PEMBANGKANG INI? Terumbang ambing dengan tidak menentu hala tujunya. Sibuk dengan usaha mencari kesempatan pangkat dan harta serta kekayaan diri. Hatta, Nik Aziz juga dihebohkan dengan simpanan harta melebihi 10Juta ringgit dewasa ini. Dari segi kemaruk kekayaan, apa bezanya dengan Barisan nasional yang asyik dituduh saban hari pada masa pru ke 12 dulu?
Berfikirlah dengan waras wahai generasi muda. Pilihlah paerti yang benar-benar menjamin masa depan kita. Saya jamin hanya BN yang dapat mengotakan semua ini. BN telah membuktikannya sejak sekian lama. Dan Pakatan Pembangkang juga sebenarnya telah berjaya membuktikan bahawa ia adalah sebuah Pakatan yang sangat rapuh dan menuju kearah kehancuran negara jika diberikan kesempatan berkuasa.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan