Saya difahamkan oleh Datuk Khir Toyo, Ketua Pembangkang di DUN Selangor menjelaskan bahawa kini Selangor telah menghadapi kedudukan kewangannya yang serius. Hari ini beliau dihukum keluar DUN selama satu tahun. Selain itu 4 orang lagi ADUN BN diperintahkan keluar oleh Speaker DUN Selangor. Di Khabarkan juga masalah DUN PR sebagai petualang Kongsi Gelap telahpun bermula. Jika ditambah lagi dengan kegagalan MB melunaskan janji-janji pilihanraya lepas, ianya menjadikan DUN dan pemerintahan negeri Selangor sangat serupakan dengan Rojak Mamak dikedai tepian jalan Klang lama. Apa sudah jadi dengan keputusan rakyat Selangor menyerahkan kauasa pemerintahan negeri kepada parti yang "lemah dan lembab serta suka bergaduh itu"?. Mungkin juga agaknya kedudukan Pulau Pinang mengalami keadaan yang sama. Dulu ketika PRU ke 12, janji Bulan dan Bintang. Kini habuk pun tak ada. Jika rakyat masih memberikan peluang kepada PR untuk menjadi pemerintah negeri-negeri tersebut, nampaknya dalam jangka sedikit masa lagi Kelantan boleh mengatasi kedua-dua negeri tersebut dari segi kedudukan kewangan masing-masing. Yang ini semua orang tahu. Bila kerajaan Persekutuan dibelakangkan, alamatnya akan meranalah negeri tersebut. Akhirnya rakyat juga yang mengalami bencana dan penyakit kemurungan yang dahsyat. Puncanya mereka sendiri yang memberikan ruang dan peluang untuk sebuah parti dangkal meneraju kerajaan negeri.
Hendaknya berpijaklah dibumi yang nyata. Janganlah dalam pilihanraya ke 13 nanti, rakyat Selangor masih memberikan ruang tersebut kepada PR untuk memerintah negeri. Cukup lah takat itu. Sayang membiarkan lagi sekali untuk menjahanamkan masa depan selangor yang gemilang menjadi malang. UMNO sudah bermuhasabah diri. Dan sedar serta insaf dimana kini sibuk memperbaiki diri dan pentadbirannya agar dapat memimpin dan memerintah dengan baik negeri anda semua. Selangor tidak rela menjadi miskin semula. Dinegeri tersebut berbagai kemajuan telah dicapai ketika kerajaan BN memerintah. Kini selama lebih satu tahun PR memerintah, berbagai gejala yang tidak baik berlaku di selangor. Konon mereka akan menunjukkan pemerintahan yang berbeza dari apa yang dilakukan BN, tetapi sebaliknya kenampakkan keburukan yang asyik menimpa kerajaan pimpinan mereka. Apa sudah jadi????
Tan Sri Khalid jelas gagal mentrampilkan satu kepimpinan yang berkesan. Jika hanya "free" pembayaran untuk Gerai dimusin Puasa nanti, itu bukan anjakan paradigma kepimpinan yang sepatutnya ditonjolkan oleh seorang yang bergelar BEKAS USAHAWAN TERBILANG. Terlalu banyak percuma, akhirnya rakyat seluruhnya yang menerima akibat. Negeri menjadi muflis. Dan sudahnya bergantung kepada kerajaan persekutuan untuk membayar gaji. Mana dia para cendiakawan yang bersekolah tinggi-tinggi itu di Selangor. Benar kata saya, bukannya nak mengubah negeri, tetapi penuh dengan rasa cemburu dan iri hati, kerana melihat kerajaan negeri dibawah BN maju dan perkasa membawa harta berlaksa-laksa dan membantu memperkaya negara juga. Dibawah PR apa yang ada?. Hentam buntut Saiful dan Pemimpin wanitnya terkangkang nampak dicelah kangkang yang luas terbuka...yang itu pula yang ada.
Rakyat akhirnya membuka mata. Bahawa selama ini perkiraan mereka silap belaka. Mencari Gading bertuah, rupanya tanduk lama yang terjumpa. Dalam kerajaan BN semuanya luas terbuka dan terbantang ( Bukan terkangkang ). Segala peluang ada. Apa sahaja yang kita impikan tentunya akan menjadi nyata. Syaratnya kita hendaklah rajin berusaha. Jika kita malas berusaha dalam gedung beraspun kita susah nak suap rezeki kemulut. Sebabnya kerana kita malas berusaha. Dalam kerajaan BN, semua peluang terbuka luas. Janganlah diabaikan dan membiarkan orang lain dari rantau ini menikmati sepenuhnya peluang tersebut.
Kita semua sebenarnya hebat belaka. Namun sayangnya kita salah meletakkan kehebatan kita.
Apa yang sebanrnya yang kita kehendaki selaian daripada kebahgiaan dunia dan akhirat? Segala sesuatu yang kita lakukan diatas alam fana ini akan menjadi mulia dan menjamin akhirat kita dengan nawaitu perbuatan yang betul. Dato Fuad Hassan, Presiden Perkasa, adalah satu contoh rakyat Selangor yang baik dan bermaruah tinggi. Landasan perjalanan hidup beliau jelas dan sangat terang tanpa perlukan suluh buluh. Jangan melatah seperti Ustaz Harun Din yang perjalanan kerjayanya jelas lintang pukang. Akhirnya menjadi bomoh dengan menjual ayat-ayat suci al quran. Sedang beliau boleh mencari jalan yang lebih baik dan lebih mulia seperti adik beradiknya. Mungkin agaknya saintis melayu kenalah mencari ubat "menghilangkan sikap melawan tanpa karuan" ini. Kadang orang kita ni suka melawan dan membangkang tanpa pasal. Hanya for the sake of melawan semata. Itulah yang saya katakan selalu, berpijak dibumi nyata, rasional dalam menentu arah sokongan. Negara ini negara kita. Maka kitalah yang menjadikan ianya beruk atau naga. Atau jika umpama singahsana, kita jadikanlah ia umpama istana raja. Berseri dan selesa untuk didiami semua rakyat jelata.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
1 ulasan:
SLM BRO..SKRG NI PUN SELANGOR DAH HURU HARA AKIBAT 'KEROSAKAN DALAMAN' PAKATAN. MENUNGGU MASA JE..RETAK MENANTI BELAH!
Catat Ulasan