SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 10 Ogos 2009

BALIK CERITA ASAL, KENAPA MARAH KEPADA BN?

Sekarang ni kita balik semula kepada cerita asal, kenapa ramai generasi Belia / muda mudi marah kepada BN sehingga parti komponen tersebut gagal untuk meraih 2/3 kerusi di Parlimen seperti selalunya dalam pilihanraya-pilihanraya sebelumnya? Dalam Pilihanraya ke 12 lalu BN hanya mampu mengekalkan kira-kira sejumlah 140 kerusi di Parlimen, manakala Pakatan Pembangkang yang terdiri dari tiga parti besar iaitu PAS, PKR dan DAP memperolehi sejumlah kira-kira 80 kerusi. Seluruh negara bermuram durja dan "terperanjat-kera" akibat dari hasil pilihanraya ke 12 tersebut. Hanya gulungan Pembangkang yang ceria dan bergembira sakan kerana dapat mencipta rekod keberhasilan keputusan dalam PRU ke 12 tersebut semenjak merdeka. Terperanjat Kera ini bukan sahaja berlaku dikalangan Pemimpin BN dan ahli serta penyokong tegarnya, malah termasuk juga gulungan generasi Y ( belia ) yang kononnya mengundi Parti Pembangkang hanya sebagai amaran kepada kerajaan BN yang mereka anggap telah banyak melakukan kesilapan sepanjang pemerintahan negera selama ini.
Dari renungan mata jernih kita, antara alasan besar kenapa gen. Y tidak mengundi BN dalam pru ke 12 yang lalu ialah kerana PEMIMPIN-PEMIMPIN BN TELAH BERTINDAK TERPESONG JAUH DARI AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB SEBENAR SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN. Banyak suara-suara lantang mempertikaikan keikhlasan dalam kepimpinan negara, Sikap nepotisma yang berleluasa, Sikap kronisma yang hanya mementingkan kawan dan rakan seperjuangan yang hampir dengan mereka, Perbuatan Rasuah yang bermaharaja-lela, Penyelewengan Peruntukkan kerajaan, Sombong bodoh, angkuh dan selalu bertindak tidak mementingkan keadilan sebaliknya rakus mengumpul harta dunia semata-mata. Matlamat amanah yang diturunkan melalui undi pilihanraya oleh rakyat jelata tidak dilaksana seperti mana sepatutnya. Sebaliknya kuasa diperolehi untuk kepentingan peribadi dan kroni. Gulungan muda-mudi sangat marah dan benci kepada semua sikap serta perangai pemimpin-pemimpin BN yang lupa diri dan lupa tugas serta amanah sebenar. Yang sangat mereka benci dan jijik ialah tentang perangai sesetengah pemimpin yang sombong, bongkak, mengada-ada, menunjuk-nunjuk kuasa dan harta serta wanita.
Gulungan muda-mudi sebenarnya menyedari sepenuhnya bahawa dibawah kerajaan BN, negara Malaysia mampu dibangunkan dan dimajukan dengan jayanya. Gulungan muda-mudi juga sedar bahawa selama ini pembangunan negara adalah hasil jerih payah kalangan pemimpin negara. Mereka tahu akan kehebatan Tun Dr Mahathir Mohamaed, Datuk Seri Najib Tun razak, Tun Razak Datuk Hussien, Tun Hussein Onn, Jasa Tengku Abdul Rahman, Tun Sanbanthan, Tan Chin Lock dan yang lain-lain lagi itu. Gulungan muda-mudi juga tahu tentang keperluannya I.S.A di Malaysia. Mereka akur akan kepentingan SPR atau kini ditukar nama kepada SPRM. Usaha berterusan kepimpinan negara kepada pembangunan pendidikan rakyat juga dipuji oleh gulungan muda. Tapi itu lah, yang menjadi kemarahan mereka ialah kegagalan menunjukkan budi pekerti mulia dikalangan pemimpin negara. Mereka bersikap sombong dan tak sedar diri.
Kita juga yakin sepenuhnya bahawa gulungan muda-mudi ini juga tidak suka dengan tabiat ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang menunjuk-nunjuk dan bersikap riak dewasa ini. Baru sekadar setahunh jagung menjadi pemerintah negeri, pemimpin pembangkang telah mula mengamalkan rasuah sehingga menggelapkan banyak wang peruntukkan seperti yang berlaku di Selangor. Bukan sakadar itu, malah juga menggunakan khidmat "samseng: dan :kongsi gelap" seperti dalam drama-drma Honh Kong di kaca TV2. Saya yakin gulungan muda mudi juga jijik dengan tabiat "free-sex" oleh YB Elizabeth di Selangor. Saya yakin perbuatan melahirkan anak luar nikah oleh seorang ADUN PR di Kedah juga tidak digemari gulungan muda mudi.
Sekarang ini dibawah teraju kepimpinan Perdana Menteri baru, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, banyak perubahan sikap dikalangan pemimpin BN telah berlaku. Jika dulu pemimpin tidak gemar turun ke akar umbi, kini keadaan sebaliknya telah mula berlaku. Ramai Wakil-Wakil Rakyat dan ADUN telah mula turun kebawah dan mula menjengok rakyat dibawah seliaan mereka. Berbagai-bagai program mesra rakyat dan menyelami permasalahan rakyat telah mula berjalan diseluruh negara. Dan gulungan muda-mudi telah mula "sejuk hati" semula dengan perubahan sikap dan perangai pemimpin BN, khasnya pemimpin melayu islam dalam BN. Demikian juga dengan perbuatan rasuah yang lantang ditujukan kepada pemimpin BN suatu ketika dulu, kini telah reda 100% dan sebaliknya yang kerap dituduh melakukan perbuatan keji rasuah itu ialah kalangan pemimpin pembangkang di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Kali ini jika berlaku tuduhan Rasuah kepada mana-mana pemimpin BN, saya suka mencadangkan agar pemimpin berkenaan dikenakan tindakan serta merta tanpa perlu dibicarakan langsung. Sumbat terus dalam penjara/api neraka jahanam!!!!!Kerana satu dua orang seperti itulah negara porak peranda. Gulungan muda-mudi tidak sekali-kali boleh dipersalahkan. Mereka inginkan pemimpin BN bertindak jujur dan ikhlas dalam perjuangan. Mereka juga tahu bahawa menjadi pengurus dan pentadbir negara Malaysia yang dihuni oleh berbagai kaum dan anutan agama ini, bukannya sesenang makan bubur cendol di Pasar Seremban atau berkuahkan budu di Gerai Kopi dalam Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu kelantan.
Gulungan muda-mudi sangat menyedari bahawa jika sikap dan perangai pemimpin BN itu jujur dan ikhlas dalam kepimpinan mereka, adalah merupakan satu kesilapan yang maha besar menukar-ganti kerajaan BN dengan sebuah kerajaan yang tidak diketahui akan kemampuannya mentadbir sebuah negara. Pakatan Rakyat yang terdiri dari tiga buah parti itu sangat tuhur ilmunya dalam pentadbiran negara berbanding BN yang telah sekian lama berpengalaman. BN telah memerintah negara kita sejak merdeka lagi. Ada manasabahnya kenapa Tun Mahathir mengatakan PR tidak pandai mentadbir negara jika menjadi pemerintah. Sudah tentu ilmu mengenai pengurusan & pentadbiran negara ini seperti kacang sahaja kepada BN. Tidak seperti PR yang hanya ujud setahun jagung dan belum pernah sekalipun memimpin negara ini.
Dibawah kerajaan BN, semua kaum dilayan sama rendah dan sama tingginya. Tidak ada yang akan ketinggalan. Jika kenyataan ini, anda kata dusta, maka anda sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata. Kerana ternyata kerajaan BN bertindak bagai dikata. YAB Datuk Seri Najib dengan jujur dan ikhlas melayan semua keperluan berbagai kaum di Malaysia, terutama kaum cina, India dan melayu. Cuma mungkin kepada mereka yang bersikap ekstrim bangsa dan agama tidak dapat bertoleransi. Namun jika rakyat mengamalkan sikap toleransi, suasana sekarang dan masa lalu di malaysia, adalah suasana yang paling harmoni dalam muka bumi ini.
Secara logiknya, memanglah tidak akan semua dapat segalanya, tetapi yang mustahak semua akan memperolehi seadanya mengikut keperluan dan kepentingan utama setiap kaum yang ada.
Tidak adillah namanya jika semua yang diminta oleh bangsa melayu umpamanya mendapat layanan berlebihan, manakala kaum Kadazan atau India tidak mendapat apa yang dipinta. Itulah konsep sepakat dalam kerajaan BN. Dari semula, semenjak merdeka, konsep ini tidak pernah dilupakan. Berterusan sehingga waktu dan ketika ini. Dari zaman Tengku hingga ke zaman Datuk Seri Najib. Sedang dalam masa yang sama Pakatan Rakyat juga mencuba konsep yang sama. tetapi kerana terlalu mentah, ianya tidak kemas dan sangat rojak sifatnya. Kekadang Pakatan Rakyat nampak berlebih-lebih membantu kaum cina dan India melebihi bangsa melayu sehingga agama islam tidak mendapat layanan sempurna dalam pakatan Rakyat. Padalah dalam pakatan tersebut, terdapat sebuah parti yang mendakwa ianya memperjuangan syariat islam dan menuduh UMNO itu kafir dan barua.
Anak-anak muda mudi kini telah tahu sepenuhnya siasah / politik PAS. Bukan sangat berjuang untuk agama islam, tetapi untuk kerusi Parlimen dan dewan Undangan negeri. Pemimpin Pas telah diketahui menggunakan alasan agama untuk menghalalkan banyak perbuatan haram dalam pentadbiran mereka. Tidak payah saya jelaskan lagi. Tuan-puan pun dah sedia maklum akan hal itu. Anda fikirlah sendiri, apakah PAS boleh diharap menjadi pejuang agama, jikapun mereka ditadkdirkan memerintah negara bersama PKR dan DAP suatu ketika nanti. Sehingga setakt ini apakah yang telah dibuat oleh DAP diPulau Pinang, PAS di Kedah dan Kelantan dan PKR di Selangor????Melainkan hanya meneruskan agenda kepimpinan BN sebelum pru ke12 lalu. Sebaliknya sebahagian janji pilihanraya ke 12 masih belum terpenuhi/dikota oleh mereka. Masalah di Kg Pala, Pulau Pinang, jika BN yang menyelesaikannya tentulah mudah seperti makan kacang. Namun ia sukar diurus tadbir dengan baik oleh DAP kerana mereka masih mentah sebenarnya dalam mengendalikan permasalahan rakyat seperti itu. Bila pembangkang bercakap mengenai politik pun, suara dan tindakan yang lahir dari diri mereka semuanya kasar dan diplomasi dan langsung tidak mencerminkan kematangan politikawan imej dunia antarabangsa. Demikianlah juga mereka mentadbir negeri dibawah pemerintahan mereka. Kasar, rakus dan sibuk mencari kesempatan mengumpul harta sementara berkuasa. Takut nanti dalam pru ke 13 kuasa kembali semula ke tangan BN.
Kita sepatutnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi muda, kerana amaran yang diberikan kepada bapak-bapak pemimpin negara. Nampak jelas amaran yang diberi sampai hingga kedalam minda mereka. Dan kini telah mula bertindak mengatasi semua kesilapan yang pernah ada. Mudah-mudahan akan berterusan kesedaran itu. Dan tidak hanya sekadar nak menang 2/3 dalam pilihanraya umum ke13, tetapi untuk selamanya. Pemimpin mesti jujur, ikhlas dan tidak mudah lupa akan amanah yang disandarkan kebahu mereka oleh rakyat jelata.
Bantulah PM kita menuju kearah jaya. 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. MEMIMPIN PENDAPAT RAKYAT, JANGAN IKUT TELUNJUK SAMSENG DAN KONGSI GELAP SEPERTI DIHONGKONG SUATU KETIKA. Amin....

4 ulasan:

Tok Pambu berkata...

Calun PAS dari PR P Pinang akan melalui jalan mudah untuk memenangai PRK di N11 Permatang Pasir.

Undi tetap untuk PAS sudah sedia ada dari kaum cina dan india sebanyak 27.55%, kini calun PAS cuma memerlukan undi kaum melayu sebanyak lebih kurang 30% sahaja pun sudah cukup untuk menang.

Kemenangan sudah pasti kepada PR, sepatutnya untuk menjimatkan wang negara, UMNO tidak perlu bertanding - sudah tentu pasti kalah.

Sekarang, walau dimana sahaja di adakan PRK tentu BN akan kalah.

bungaraya berkata...

Nalapambu. Apa sebab tu?

amirrash berkata...

nalapambu..try buat PRK kat lembah pantai. nescaya, keputusan yang akan diterima oleh anwar amat menakutkan beliau. anak beliau gagal jalankan tugas sebagai yb. dah ramai yang komplen. lagi sekali, walau dimana pun prk diadakan bn akan kalah? saya rasa anda perlu betulkan semula kenyataan itu.

bungaraya berkata...

yA, BETUL TU AMIRSHAH, KALAU BERANI BAUTLAH DEKAT lABUAN DAN kKOTA BELUD, SABAH. NESCAYA AKAN HILANG WANG PERTARUHAN PR.