Anda mungkin berkata jika PR memerintahpun, Melayu akan tetap duduk dikerusi utama pemerintahan negara.
Di Perak, MB sebelum Dr Zambry juga seorang melayu.
Namanya Nizar.
Tapi sebenarnya beliau hanyalah seorang boneka.
MUNGKIN...PRU ke 13 BN akan menghadapi kekalahan,
dan PR akan menjadi kerajaan pemerintah dalam negara ini.
Secara logik, dah tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi PM.
Dan dari Perlis hingga ke Sabah, jawatan utama samada dalam jawatan awam, GLC dan sebagainya akan berubah secara drastik.
Jawatan TPM bukan lagi dipegang oleh seorang melayu.
Mungkin cina, atau India atau Dusun atau Iban.
Jika tengok janji Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan ada dua TPM.
Satu Iban dan satu Kadazan.
Bagaimana dari kaum Cina atau India?
Namun yang pasti, melayu akan kehilangan kerusi tersebut.
Tidak hairan jikalau kerusi Pengerusi Petronas juga bukan lagi seorang melayu.
Kerusi Menteri Kewangan tentu sekali menjadi idaman pimpinan Cina dari DAP.
Pendekata mana-mana jawatan strategi yang kini disandang oleh seorang berbangsa melayu,
akan berpindah tangan kepada kaum lain.
SECARA DRASTIK!!!!
Semua senario ini memberikan gambaran tentang keruntuhan gagasan perjuangan melayu.
Yang puncanya tentulah angkara persengkitaan sesama melayu sendiri.
Sudah tentu kaum Cina, India dan lain-lain kaum tidak bersalah dalam hal ini.
Yang bersalah....Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin, Gulungan cendiakawan melayu seperti Dr Abu, Pak Hadi Awang, Tok Guru Nik Aziz, Datuk Idris Jusoh, Tan Sri Khalid Ibrahim, Nizar dan lain-lain lagi.
Sehingga waktu ini penyatuan bangsa melayu didalam sebuah perjuangan yang sama masih gagal secara total.
Melayu asyik bercakaran sesama sendiri, dan dah tentu Allah SWT amat murka dengan sikap seperti ini. Tidak hairan jika kekalahan nanti adalah satu amaran dari Allah SWT.
Ada diantara mereka hanya memiliki rasa puas dihati sahaja.
Ertinya "menang sorak, kampung tergadai"...
Selepas seminggu kemenangan PR, semua akan menyesal didalam hati.
Nak diluahkan, rasa malu yang amat sangat.
Sedang kaum lain berpesta sakan dengan kemenangan menundukkan BN.
Katakan dalam kemenangan tersebut, PAS memperolehi kerusi parlimen, hanya sebanyak 37 kerusi sahaja.
mampukah PAS memperjuangkan agenda melayu dan islam?
1 ulasan:
UMNO Bodoh,
Sabah dan Sarawak bukan milik orang Melayu. Sabah adalah negeri yg kaya dgn sumber alam tetapi juga negeri yg paling miskin in Malaysia, dirampas UMNO.
Balik la.. sentimen perkauman tidak lagi berkesan skrng dalam era komputer & internet.
Bodoh..
Catat Ulasan