SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 12 Januari 2010

HAK KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA

Cuma sebagai satu peringatan, ditulis disini satu persoalan untuk anda sekalian yang termasuk dalam rangkuman bumiputera...Apakah Hak ini tercabar dalam Gagasan 1MALAYSIA yang diwar-warkan dewasa ini?....

Yang jelasnya semakin banyak suara-suara yang mahu hak tersebut dihapuskan.
Tuntutan tersebut nampaknya bukan sekadar melalui kertas putih yang berbentuk memorandum, permohonan dsbnya, malah juga melalui media elektronik seperti internet ini.
Dan ianya berjalan tanpa perasaan segan dan silu lagi. Serta diperjuangkan secara terbuka.

Hal seperti ini, mestilah ada satu ketegasan keputusan atau tindakan dari pihak UMNO.
Suasana dan senario ini agak mengusarkan hati kepada majoriti "silent voters" yang akan menentukan kemana undi hendak diberi ketika pru ke13 kelak.

Sebagai satu ingatan, walaupun kita menyokong penuh saranan atau gagasan 1MALAYSIA, namun kita tetap gusar akan kehilangan satu demi satu hak istimewa bumiputera seperti termaktub dalam jiwa setiap rakyat melayu, iban, kadazan, melanatu, kedayan, brunei, Murut dsbnya.

UMNO tertubuh kerana mempertahankan Hak tersebut dan membangunkannya.
Bukan sebaliknya untuk berbaik dengan kaum lain, kita menggadaikannya.

Saya mengharapkan kita jangan terlalu murah dalam ketakutan yang tidak menentu.

2 ulasan:

Unknown berkata...

umno dilihat gagal dlm menanggani masaalah melayu/bumiputra hak keistimewaan bumiputra, kedaulatan raja2, ISLAM semakin terhakis ini kerana melayu sendiri telah trbahagi kpd puak2 pas,keadilan dan
umno.pas,keadilan turut sama mmpersoalkan/menolak keistemewaan melayu.tapi suatu prkara yg misti
di ingat pru12 bn menang kerana umno brjaya mengekalkan kerusi mereka, mic,mca,gerakan gagal,kalau
melayu melihat umno tidak dapat menunjukkan pembelaan trhadap mereka, bagaimankah pru13 kelak.
memang sesetengah kita faham umno
trpaksa menjadi juara rakyat 1malaysia sama rasa sama rata..bagaimana ya. sekarang ni pun
melayu ketinggalan didalam semua bidang ekonomi out,education out,
politik out??? bagaimana ya?
merekalah yg mengangkat umno

bungaraya berkata...

aPAKAH `JIKA pas DAN pkr SERTA dap MEMEGANG PEMERINTAHAN NEGARA, HAK MELAYU DAN BUMI INI AKAN TERJAMIN??
SAYA KATAKAN JAUH PANGGANG DARI API. bAHKAN AKAN TERHAPUS HAK TERSEBUT DENGAN CEPAT KERANA TEKANAN DAP SEMAKIN KUAT DAN LAUNGANNYA UMPAMA HARIMAU KELAPARAN.