SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Sabtu, 27 Disember 2008

PAS islamkah?

PAS bukan islam. Ia hanya sebuah parti yang kononnya memperjuangkan ISLAM. Itu sebenarnya matlamat PAS ditubuhkan. Sebenarnya ia adalah serpihan UMNO. Saya kurang faham apa sebabnya PAS tertubuh dan keluar dari UMNO. Banyak andaian yang dikemukakan oleh sejarawan dan penulis negara, Yang paling masyhur ialah kerana ia tidak berpuas hati dengan banyak intipati perjuangan UMNO. Bukan tak dapat jadi pemimpin utama UMNO ketika itu? Atau DENGKI KHIANAT. Jangan hairan kalau dengki khianat merupakan satu sebab mereka keluar dari UMNO. Atau kerana ramai penyokong utama UMNO ketika itu lepasan pelajar-pelajar dari Universiti Barat. Dan kebanyakan mereka mungkin agaknya ramai dari sekolah pondok atau dari Universiti di sebelah Arab sana. Dari masa itulah bermulanya perpecahan ketara dalam UMNO. Sebahagiannya masih sayang dengan parti yang berjasa ini. Dan sebahagiannya menubuhkan PAS. Jumlah nya tidaklah ramai. Sebab itu PAS selalu saja mengalami kekalahan apabila tiba pilihanraya umum.

ISLAM KAH PAS ITU?. Jawapannya tidak. Mereka hanya kononnya memperjuangkan ISLAM. Tidakah UMNO memperjuangkan islam? UMNO juga memperjuangkan islam. Kalau kita tidak melaksanakan hukum hudud tidaklah bermakna kita tidak memperjuangkan islam. Kalau UMNO memperjuangkan islam dikatakan menggunakan islam untuk menjadi PMlah, untuk mengejar kuasalah!. Adilkah tuduhan tersebut. UMNO telah membuktikan perjuangkannya telah dapat memertabatkan syiar islam di Malaysia. Malah UMNO bukan sekadar memperjuangkan islam, malah memperjuangan semua bangsa di Malaysia. Malah memperjuangkan bahasa melayu selaku bahasa kebangsaan Malaysia, malah memperjuangkan periok nasi rakyat Malaysia, dan malah memperjuangan tahap pendidikan rakyat Malaysia, terutama orang-orang melayu, tidak kira parti apa yang mereka masuki. Tidak ada sesiapa dari anda semua yang boleh menafikan akan kejayaan UMNO dalam masa 51 tahun ini. Dari masa kesemasa Islam semakin dihayati di Malaysia, Pendidikan kaum melayu semakin bertambahan tinggi, kesihatan rakyat semakin bertambah baik, ekonomi melayu semakin menjadi elok, budaya melayu semakin dicemerlangkan, dan berbagai bidang telah dicapai oleh kaum melayu. Hasil jasa yang dicurahkan oleh UMNO. Apa guna sistem kouta kemasukan ke Universiti suatu ketika dulu? Bukankah untuk menggalakkan orang-orang melayu menjadi Lawyer, Doktor, Jurutera, Arkitek, Penulis yang hebat, Wartawan yang canggih dan sebagainya. Dan kini telah menjadi nyata. Yang membimbangkan hanya politik orang-orang melayu yang kacau akibat melayu-melayu yang....
Apa sebenarnya keutamaan kita?
Menang sorak kampong tergadai?
Kepada PAS,
Sudah kah anda lihat dalam rumah anda?
Pastikah anak anda tidak terlibat mengisab dadah?
Atau suka berzina?
Atau juga pandai main pukau?
Atau minum arak?
Anda pastikah?
Sembahyang lima waktu sehari semalam kah mereka?
Atau anda pandai ponteng puasa juga?
Dan lain-lain lagi ( terlalu panjang persoalan )
Jangan tanya kami balik,
Sebab kamu dah pandang hina dan jijik pada kami.
Dalam politik kamu hanya pandai melihat kesalahan UMNO,
Kesalahan kamu berhabis-habisan dipertahankan,
Elok kalau betul
Tapi umpama menegakkan benang yang basah.
Kalau dah PAS tidak ada kemampuan kata saja kamu tak mampu dan kami setuju.
Ini umpama menjolok bulan dengan buluh...manakan sampai.
DiPerak, kamu Menteri Besar..tapi tindakan kamu sangat menjengkelkan,
Di Selangor, apa yang kamu buat dengan kandang babi. Nak cerita Hudud, mukapun jadi keradut.
Kesian Persuruh jaya PAS Sarawak dan Sabah. Kerana jauh mereka selalu terpedaya.
Mereka tidak belajar dari sejarah bagaiman PAS itu ujud dari hasad dengki.
Sejak akhir-akhir ini memang ramai bijak pandai PAS, cuba membantu menghidupkan parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Pejuang islamkah Kamaruddin Jaafar? Mat Sabu pernah ditangkap khalwat satu ketika dulu. Apakah tauladan yang boleh kita ikuti dari beliau?
Bila memperkatakan Pak Lah, Pak Lah selalu dikatakan lembab kerana tak bijak memajukan ekonomi negara. Bijaksana sangatkah Nik Aziz dalam memacu ekonomi Kelantan? Pak Hadi? Dll pemimpin PAS?.
Cuba PAS ( penyokong-penyokong juga ) fikirkan sesuatu yang baik tentang UMNO.
Jangan asyik prejudis. UMNO adalah satu parti yang baik dan banyak berjaya kepada kita orang-orang melayu. Saya tidak menyangkal UMNO juga pernah melakukan sesuatu yang buruk. Maksud saya pemimpinnya. Tapi jangan kerana itu anda menghukum semua yang dilakukan UMNO buruk. Seperti Nangka buruk begitu. Kalau macam itu jangan makan apa yang UMNO usahakan. Jangan lalu dijalan yang UMNO bina, Jangan gunakan KLIA spt anda tak gunakan LUTH. Kalau Jabatan Kebajikan Masyarakat berkunjong kerumah anda, tolak baik-baik bantuan yang dihulurkan kerana anda kata anda PAS dan haram bagi anda memakan dan menerima bantuan UMNO. UMNO BANYAK BERJAYA KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA. Contohnya:-
1. UMNO yang membawa Malaysia merdeka,
2. UMNO yang mengubal segala dasar untuk membangunkan orang melayu dari 'tidor', UMNO buat DASAR PENDIDIKAN NEGARA, DASAR EKONOMI BARU, DASAR ISLAM MALAYSIA,
SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA DSBNYA...malas nak bagi terlalu banyak dan anda pun tahu. Dan anda boleh kata saya tak tahu, dan saya tidak marah.
3. Negeri Kelantan ada Universiti kerana UMNO, Trengganu ada Universiti kerana UMNO, Sabah ada Universiti kerana UMNO, Sarawak ada Universiti kerana UMNO, Pulau Pinang ada dan Kedah ada, Johor ada dan ada ada ada kerana UMNO.
Memang betul kalau PAS memerintah juga ada, tapi pendekatannya sikit berbeda. Mungkin di Sarawak tak ada, mungkin. Atau di Pulau Pinang tak ada? Mungkin di Kelantan ada dua atau tiga Universiti? Ia memang berbeda dengan pendekatan UMNO. Mungkin sistem pelajarannya ala Pondok yang banyak di Kedah dan Kelantan.
Tetapi yang tetap selagi manusia dikatakan manusia
harta, kuasa dan wanita' tetap menjadi pujaan hati PAS juga. Sekarangpun ada juga berlaKu disana dan sini, yang menggambarkan PAS tidak lari dari melakukan perbuatan yang terlarang.
Di Labuan, cALUN Wakil Rakyat PAS yang kecundang, bukan seorang bijakpandai dalam Islam. Kurang melaksanakan 5 waktu sehari suruhan utama tuhan. Tiang agama kita. Pun pandai minum Beer dan Stout. Kenapa pilih orang spt ini? Pilihlah yang betul-betul memenuhi cita rasa dan apa yang diperjuangkan. Ramai orang-orang Labuan yang bijaksana dalam Islam. Kenapa mereka tidak terpilih? Di Labuan ni, jika kena pemilihannya, PAS boleh menang. Jika Nik Aziz atau Pak Hadi dijadikan Calun PAS Labuan, memang boleh menang, kerana tak sampai rasanya hati untuk memberikan keputusan salah kepada pemimpin mulia spt mereka. Cuma kalau UMNO letakkan Pak Najib, good byelah kepada PAS.

4 ulasan:

Taminsari berkata...

Salam Sdr. Bungaraya..

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS.

Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan.

Salam perjuangan

Taminsari berkata...

Salam Sdr.Bungaraya..

Pemimpin PAS suka menyembunyikan perkara yang sebenar dalam Islam.

Pemimpin PAS tiada rasa malu menggunakan nama ulama tapi sering kali menipu rakyat. Ini kerana pada hakikatnya mereka sedar dan mengetahui bahawa pada zaman keagungan empayar-empayar Islam dulu, orang Islam tidak sahaja menghafal al-Quran dan hadis, belajar tauhid dan belajar fikah tetapi mereka juga belajar sains, matematik, falsafah dan lain-lain ilmu dunia. Dengan cara itu mereka menjadi kuasa besar yang menguasai dunia pada zaman dulu.

Begitu juga dengan ulama-ulama pada zaman dulu bukan sahaja mengetahui ilmu fikah, tauhid dan lain-lain ilmu agama semata-mata, tetapi mereka juga mengetahui ilmu-ilmu dunia yang lain. Maka dengan itu ada antara ulama-ulama zaman dulu yang merupakan ahli perniagaan, doktor (bukan bomoh jampi), saintis, pembuat barang-barang dan lain-lain.

Disuruh bertaranum pun belum tentu Nik Aziz, Hadi, Husam dapat memberikan persembahan yang baik seperti adik-adik "Mari Bertaranum" di NTV9, inikan pula beliau meletakan gelaran khas Musyidul Am kepemimpinan tertinggi PAS kononya melambangkan pemerintahan Islam.

Dengan itu sistem pendidikan PAS yang memberi tumpuan kepada agama semata-mata seperti sering diperjelaskan oleh Nik Aziz demi melaksanakan apa yang dipanggil pembangunan akhirat adalah lari daripada ajaran Islam. Ini kerana tidak mungkin produk pendidikan PAS yang tahu cuma membangunkan akhirat dan tidak tahu pembangunan dunia boleh mewujudkan masyarakat yang ideal dalam erti kata adil, dapat mengurangkan kemiskinan ke tahap yang paling minimum dan negara menjadi aman damai dan sejahtera sebagai syarat utama untuk melayakkan dilaksana hukum hudud.

Rakyat seharusnya sedar bahawa para ulama PAS yang mendakwa diri mereka mengutamakan pembangunan akhirat itu sebenarnya mereka juga cintakan dunia kerana mereka kaya raya belaka. Contohnya kereta dan rumah mereka dan pendapatan "belakang" mereka. Dulu mereka miskin dan kini mereka kaya seperti ahli politik lain juga. Apa faedahnya mereka menjadi kaya jika betul mereka mengutamakan pembangunan akhirat terutama yang telah tua-tua itu?

Ada yang menjadi kaya secepat kilat seolah-olah mereka mendapat harta karun. Apakah betul pembangunan akhirat yang mereka laung-laungkan selama ini? Cara memomok-momokkan pembangunan akhirat oleh PAS adalah bertujuan untuk menuduh kerajaan dengan terang-terang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Ketika terlalu ghairah mereka bukan sahaja menuduh kerajaan tidak mahu melaksanakan hukum hudud, tetapi menuduh kerajaan juga tidak mahu melaksanakan hukum Islam secara keseluruhannya. Namun yang pasti PAS lah yang sebenarnya yang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud kerana ia menolak pendidikan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan dituduh sebagai sekular dan tidak Islamik.

Hakikatnya pendidikan dan pembangunan adalah merupakan di antara persiapan-persiapan awal yang diperlukan untuk melaksanakan ajaran Islam yang bersifat hukum hakam termasuklah hudud. Maka oleh kerana PAS tidak mengiktiraf pendidikan dan pembangunan, bererti ia sendiri yang menolak pelaksanaan hukum hudud atau sekurang-kurangnya meletakkan halangan supaya tidak melaksanakannya.

PAS menganggap pendidikan yang seimbang antara dunia dan agama seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai sekular. Bagi PAS, pendidikan mestilah pendidikan agama sahaja yang dianggap pendidikan yang Islamik. Dengan itu tidak hairanlah jika ada ustaz dan ulama PAS sering mengulit para pengikut dan penyokong mereka dengan dendangan? PAS mengutamakan pembangunan akhirat daripada pembangunan duniawi yang dilaksanakan oleh kerajaan?

Sekarang siapa yang tidak Islam iaitu tidak menuntut atau berusaha ke arah jalan yang sebenar-benarnya untuk membangunkan Islam dan seterusnya melaksanakan hukum Allah?

Salam perjuangan..

Taminsari berkata...

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah 1430.
Semuga apa yang kita lakukan akan mendapat keredaan dari Allah swt.
Insya Allah.

Salam perjuangan
Taminsari
belantan.blogspot.com

bungaraya berkata...

Saya juga mengucapkan maal hijrah kepada Tuan Tamingsari. Komentar musangat tepat, agar dapat menyedarkan golongan muda dan memberikan ruang secukupnya kepada generasi tersebut untuk melihat sudut pandangan yang berbeda drp pandangan penyokong PAS yang selama ini sangat terkeliru.