Begitu hebat tokoh-tokoh negara berbincang mengenai PPMSI di TV1 malam tadi. Jika boleh kenapa tidak diperbincangkan secara terbuka tentang Penghapusan DEB di Pulau Pinang di dalam TV1, TV Awani dan TV3.
2. Kepada Jabatan yang dipertanggungjawabkan jangan lupa untuk membuat pemantauan sejauh mana kejayaan Dasar baru Lim Guan Eng?. Jangan buat penganalisaan dalam bilik sejuk sahaja. Kumpulkan segala fakta yang menunjukkan kejayaan atau kegagalannya. Bolehkah kaum melayu bersaing secara merit didalam bidang ekonomi setakat 2008 ini?.
3. Semua kaum di Malaysia mengetahui bahawa DEB bermatlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
4. Ia menjadi persoalan kenapa sebaik sahaja DAP menjadi pemerintah, DEB telah menjadi mangsa. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi jangan duduk diam mengenai hal ini. Saya bimbang perak akan menjadi negeri kedua menghapuskan DEB...kerana MBnya seperti boneka DAP.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
2 ulasan:
saudara penulis blog dan sahabat saya kasihi...
selamat tahun baru 2009..hadapilah dengan tabah rintangan dan cabaran yang mendatang...kuncinya sabar...
Assalamualaikum,
Bagus Bunga Raya
Perjuangkan DEB
Kita lihat ramai Bangsa Melayu yang dah berjaya kerana dasar DEB
Cuma mereka(segelintir Pkr dan Pas) aje yang tak nampak
Catat Ulasan